Pada tahun 1998, kes bankrap telah dilaporkan di Malaysia sebanyak 8,110. Semenjak itu, ia semakin meningkat setiap tahun.
Manakala pada 2006, terdapat 13,596 kes bankrap telah difailkan. 1,656 atau 12.2 peratus disebabkan hutang kad kredit.
APA ITU BANKRAP?
Secara mudahnya jumlah hutang yang tidak boleh dibayar sekurang-kurangnya berjumlah RM 30,000.
APA YANG TERJADI KEPADA SI BANKRAP?
Sekiranya anda Bankrap, anda terhalang untuk:-
- Tidak boleh membuka akaun termasuk akaun simpanan
- Tidak boleh memegang jawatan awam - seperti ahli majistret atau ahli majlis perbandaran
- Tidak boleh membawa kes ke mahkamah kecuali dengan izin Ketua Pengarah Insolvensi (DG)
- Tidak boleh keluar negara kecuali dengan izin DG atau Mahkamah
- Tidak boleh menjadi Pengarah Syarikat atau pengurus syarikat termasuk syarikat kepunyaan isteri atau saudara terdekat.
- Tidak boleh menjadi ahli atau bekerja di badan berdaftar
- Tidak boleh menjual rumah atau aset-aset besar yang lain.
Boleh. Sekiranya seseorang itu memohon untuk diisytiharkan bankrap, tiada lagi penghutang akan mencarinya kerana ia telah dilindungi oleh Mahkamah dari si pemiutang. Pemiutang tidak boleh mengambil tindakan mahkamah ke atas si penghutang dan asetnya. Walau bagaimanapun si Bankrap tidak dilindungi daripada tuduhan jenayah.
APAKAH TUGAS KETUA PENGARAH INSOLVENSI?Ketua Pengarah Insolvensi akan menguruskan kewangan mereka yang telah bankrap. Dia akan memeriksa harta dan kemampuan kewangan si Bankrap dan akan mengambil langkah-langkah untuk menjual harta untuk membayar hutang.
BERAPA LAMA BANKRAP AKAN BERAKHIR?Apabila orang yang Bankrap membayar hutangnya dengan cara keseluruhan ataupun berjadual yang dipersetujui oleh si pemiutang, maka dia boleh memohon kepada mahkamah untuk mengeluarkannya daripada senarai bankrap.
Ketua Pengarah Insolvensi juga boleh mengeluarkan seseorang daripada bankrap setelah 5 tahun diisytiharkan bankrap mengikut budi bicara. Walaupun begitu, si pemiutang boleh membangkang tujuan tersebut dengan notis dan sebab-sebab mereka yang tertentu ditujukan kepada ketua pengarah.
WALLAHU A'LAM
5 comments:
sya sngt stuju dgn panduan dn nasihat doc..,di sni sy ingin brkongsi dgn pmbaca semua 1 sistem untuk untuk kita buat duit dgn mdah mlalui intrnet..,secara tdak lngsung kita dpt mngelakkn bangkrap..
nama:azree
web: http://RezekiJutawan.com/
Nampak Azree ke blog Dr Irfan. Apapun semoga Azree berjaya di dalam bisnes. Sesiapa berminat sila melawat ke blog Azree.
Assalamualaikum Dr. saya nak tanya pasal kad kredit ni. Apa yg bank boleh dilakukan kepada penghutang yg belum bankrap. Samada bank berhak menyita harta atau apa2 tindakan seandainya penghutang
masih tak dpt membayar hutang kad kredit.
Daripada pengalaman saya dengan org yang saya kenali, beliau menggunakan 2 kad kredit maksimum. Mereka akan mnegluarkan surat peguam supaya anda membayar walaupun dengan nilai yang sedikit. Sekiranya anda tidak membayar, nama anda akan disenarai hitamkan di seluruh bank. Oleh itu anda mempunyai masalah membuat pinjaman kemudian hari. Itu adalah termasuk dengan CCRIS dan CTOS. tindakan mahkamah akan dikenakan kemudian.
assalamualaikum , sy nak tanya kpd Dr. ada kah tindakan agensi untuk menagih hutang salah ? sedang kan apa yg agensi ckp semuanya ada kaitan dgn akta penghutang dan ada kaitan dgn bank dan semua jabatan ? apa salah agensi sampai d aib kan , kalau bukan agensi bank x naik , dan kenapa bank refer semua fail penghutang kpd agensi ? sila bagi cadangan :)
Post a Comment