Thursday, January 3, 2008

Sensasi Tahun 2008






Assalamualaikum.

Beberapa hari kebelakangan ini kita dikejutkan dengan cerita sensasi seorang doktor merangkap menteri merangkap pemimpin rakyat dimalukan dengan sehina-hinanya di hadapan televisyen dan dada akhbar akibat penyebaran aksi DVD beliau.

Mungkin bagi Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek, isu ini adalah isu peribadi seseorang. Ramai orang cina bersependapat dengan beliau. Ramai sahaja kaum berbangsa cina yang tinggal serumah dan tidak berkahwin. Saya ramai terjumpa pesakit saya sebegitu. Ia sudah menjadi kehidupan moden masyarakat moden bangsa cina Malaysia. Cerita "China Doll" juga terkenal di kalangan veteran2 kaum Cina. Tetapi senario kehidupan masyarakat Timur walau apa jua agama atau bangsa tidak mengizinkan skandal seks sebegitu bagi seorang pemerintah.

Bukan tiada skandal seks sebegini di dunia. Cuba lihat cerita Gus Dur Abdur Rahman Wahid yang jatuh di Indonesia, Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton dengan Monica Lewinsky dan Presiden Israel Moshe Katzav juga akhirnya gugur dengan isu sebegini.

Satu perkara yang saya terpanggil ialah begitulah buruknya penangan politik orang yang tamakkan kuasa. Sanggup menjatuhkan air muka lawan (mungkin kawan juga) sehingga sebegitu rupa. Di mana keluarga Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek hendak meletakkan maruah mereka. Jikalau silap langkah mungkin yang ada yang mengambil nyawa sendiri.

Tetapi yang patut diinsafi ialah, bagaimana sekiranya Allah ingin menjatuhkan manusia ke tahap yang sehina-hinanya, Dia boleh melakukannya dalam masa sekelip mata. Di dalam masa 3-4 hari, seorang Menteri Kanan Malaysia yang sangat dihormati di mata masyarakat dan orang kuatMCA Kebangsaan, tiba-tiba sahaja menjadi manusia biasa yang tidak berjawatan seperti saya dan anda. Mungkin beliau tidak akan dipandang lagi walaupun hanya sebagai seorang doktor.

Walaubagaimanapun, Di dalam Islam, satu perkara penting di dalam Islam ialah menjaga kehormatan dan menutup keaiban seseorang. Dato' Seri Dr. Chu Soi Lek telah mengaku kesalahannya dan meletakkan semua jawatannya di dalam pentas politik dan kepimpinan negara. Jadi biarkanlah beliau dengan keluarganya bersendiri menempuh saat-saat sukar begini.

Wallahu A'lam.

4 comments:

Orked said...

Ramai lagi yang pandai makan sembunyi tulang. semoga kisah tauladan ini menjadi sempadan dan pengajaran kepada pemimpin 'kita" yang lain.

de_kerinchi said...

Salam doc,

Masalahnya aya ragu dengan status privacy di hotel-hotel kita...

Tak hairan kalau kita dan keluarga kita juga boleh diintip begitu...

Anonymous said...

herm...lepas ni nampak nyer, kena berhoneymoon kat dlm umah sendiri jer la..hotel2 dh x selamat....

-haryani-

Dr Azwan said...

Kak Jie : DVD Kehidupan Menteri Kesihatan yang terlampau. Wah kalau jual boleh kaya ni. Kaya sekejap sebelum masuk jel lah.

De_kerinchi : Betul. Bukan kat hotel saja. Kat toilet pun boleh kena. Rumah sewa? Cuba tanya Nasha Aziz.

Related Posts with Thumbnails