Assalamualaikum.
Sejak saya menulis artikel ttg mengira waktu subur begitu ramai sekali yang menghantar komen bertanyakan soalan, email, sms dan ada juga yang call semata2 ingin bertanya tentang waktu subur mereka. Komen telah mencecah beratus. Ada yang dah jawab, ada yang belum... Ada yang tengah jawab komen berjela-jela... tiba-tiba klinik black out!
Ada 2 perkara yang jelas di sini. Yang pertama, artikel saya itu tidak memberi kefahaman kepada pembaca. Ini adalah kerana pembaca bertanyakan soalan seperti bagaimana untuk mengira waktu subur dan soalan mudah yang berkaitan waktu subur yang sudah diterangkan di dalam artikel.
Mungkin kerana tulisan saya terlalu teknikal (? atau penat sangat nak baca sebab panjang sangat). Malah pembaca yang bertanyakan soalan tidak membaca komen2, kerana saya juga ada menerangkan tentang bagaimana nak mengira tarikh subur melalui jawapan di komen-komen (tetapi soalan-soalan yang sama masih terus ditanyakan).
Kedua. Masalah kesuburan menjadi masalah utama wanita di Malaysia. Dan wanita-wanita ingin cuba mencari penyelesaiannya dengan mencari maklumat di dalam internet. Kebetulan terdapat banyak pautan tentang artikel kesuburan itu kepada kepada blog-blog pelawat. Ini menjadikan carian di dalam internet tertumpu kepada artikel yang telah saya tulis.
KENAPA MASALAH KESUBURAN INI MENJADI TOPIK PANAS?
Masalah kesuburan ini menjadi masalah/ kepeningan kepada ramai wanita kerana trend yang berubah. Ramai wanita kahwin agak lambat akibat banyak sebab seperti mengejar kerjaya, menghabiskan pendidikan sehingga peringkat tertinggi, dapat jodoh lambat (kerana lelaki berkualiti semakin berkurang ataupun kumbang sudah "dipetik" bunga.. hehe) ataupun disebabkan oleh masalah kewangan pasangan.
Zaman dahulu, wanita mula berkahwin pada usia 18 tahun. Sekiranya mereka mendapat anak hanya pada umur 22 tahun pun, tidak menjadi masalah. Masih di dalam usia muda. Boleh sempat joli sana joli sini bersama pasangan masing-masing walaupun 4 tahun tiada anak.
Tapi pada zaman sekarang, wanita ramai berkahwin ketika umur mencecah 28 tahun ke atas. Ada yang berkahwin pada umur 30 tahun. Oleh itu, sekiranya wanita tidak mengandung selepas 2-3 tahun, maka ia menjadi kerisauan kepada kedua-dua pasangan. Kenapa masih belum mengandung? Umur sudah mencecah 32 tahun contohnya. Pasangan yang lebih berumur ini lebih cenderung untuk bertindak lebih aggresif. Tiada masa untuk joli joli bagi mereka.
Terdapat maklumat yang saya baca menyatakan bahawa, apabila seseorang wanita menempuhi umur 30 tahun ke atas, daripada segi kesuburan ia mula menampakkan penurunan. Walaubagaimanapun saya tidak pasti kesahihan maklumat ini.
Sekiranya ia benar, maka wanita yang menempuh alam rumahtangga dalam usia 30 tahun ke atas, akan menghadapi sedikit masalah kesuburan berbanding dengan mereka yang memasuki alam rumah tangga didalam usia yang lebih muda seperti umur 20 tahun.
SALAH FAHAM TERHADAP BLOG DR AZWAN
Saya bukan seorang doktor pakar sakit puan. Saya menulis sekadar nak berkongsi ilmu dan pandangan sahaja. Apabila ramai pembaca mula salah faham, saya menjadi agak kurang senang. Ramai yang beranggapan bahawa saya pakar sakit puan sedangkan yang sebenarnya tidak.
Ada yang telefon kerana menganggap saya pakar sakit puan. Saya berharap pembaca jangan tertipu. (sekurang-kurangnya saya berasa seperti saya sedang menipu anda semua).
Soalan yang saya jawab berdasarkan kemampuan saya sahaja. Tentulah jawapan saya tidak setaraf dengan pakar perbidanan dan sakit puan. Sekiranya masalah itu tidak selesai di blog ini maka silalah ke pakar sakit puan yang berdekatan.
Saya rasa amat bersalah sekiranya jawapan saya tidak menepati masalah puan-puan. Malahan saya sendiri tidak begitu kredential untuk menjawab soalan puan-puan.
Saya juga amat berharap anda tidak bertanya kepada saya di dalam blog ini kerana anda ingin berjimat dan tidak mahu berjumpa doktor kerana tidak mahu membayar wang konsultasi. Manakan sama bertanyakan soalan dalam blog berbanding dengan berjumpa berdepan dengan doktor sendiri? Blog bukan direka untuk menyelesaikan masalah kesihatan anda yang rumit. Sekurang-kurangnya bukan di blog saya.
Saya juga mendapat banyak email (memang banyak!) meminta saya mengirakan tarikh subur puan-puan. Adakalanya saya jawab dan adakalanya tidak. Maafkan saya. Kebanyakan yang tidak dijawab kerana saya terlalu sibuk, informasi tidak cukup atau saya merasakan ia sudah jelas tertulis di dalam artikel saya.
Mungkin saya terpaksa mencari jalan bagaimana untuk membantu anda mengira tarikh kesuburan anda sendiri.
Atau anda ada cara? Minta respons.
Terima kasih.
11 comments:
emm mmg artikel tu dah byk membantu.. terima kasih doktor..
Puan Fiza
tip mudah mcm ni jelah, ingat waktu subur wanita tu hari ke 15 slps tarikh mula period. Tapi, beringatla jugala hari subur tu maybe awal sikit atau telebih sikit mean subur 24jam tu maybe jatuh hari ke 13, 14, 15, 16, 17. Alhamdulillah kaedah ni selamat je...
memang saya dah jangka situasi ini awal2 lagi. sebenarnya senang je nak faham artikal doc tu tapi dorang tu yang malas nak baca dan malas nak fikir sendiri..harap lepas ni, tak de dah yang nak tanya kira waktu subur...ulang2 soalan yang sama je,..saya pun jadi boring dengan dorang2 ni...
zie
ala cari kat google dah jumpa
http://www.webmd.com/baby/healthtool-ovulation-calculator
yang nie plak untuk baby boy/girl http://www.momswhothink.com/pregnancy/ovulation-calculator-and-calendar.html
sekadar rujukan jer ..
ooo patut doctor tak jawab kat kat topic panas tu.. tapi mmg betullah.. ramai yg minta kirakan hari subur.. sy rasa ..doctor just ignore soklan camtu... soh dia bc artikel yg cukup padat doctor beri tu... sy pun ade beri soalan kat ruangan tu... tapi kalau rajin balas lah doctor kat email saya... sbb baru jugak jengah2 web doctor ni...terima kasih...
jangan la puan anon tu kata org malas nak baca. org bertanya mesti la sebab ada masalah. puan anon mungkin takde masalah dengan kitaran period puan tu. macam saya period sebulan. berhenti untuk 2 minggu, period semula sebulan lagi. kalau berulang benda yang sama betahun-tahun, saya sendiri pun tak reti nak kira.
internet ni macam sahabat setia untuk kebanyakkan suri rumah. nak mangadu pasal hal-hal dalaman ni sebenarnya memang memalukan. nak bercerita pun memerlukan banyak masa & pertimbangan sebelum dapat ambik decision untuk bercerita. dalam internet kita tak perlu face to face. tak perlu nak rasa malu. tu sebab ramai yang bertanya. kalau la ramai dr2 lain seikhlas dr. azwan untuk berkongsi info & nasihat dalam internet, memang sihat rakyat malaysia. memang kami tahu dr bukan la pakar sakit puan. tapi info & nasihat tu sedikit sebanyak dapat membantu org2 yang bermasalah macam saya. harap2 dr tak bosan nak menjawab soalan2 macam ni.
salam.. saya sudah menjangka yang dr azwan akan menerima soalan2 sebegitu...
saya berjumpa dengan seorang MO O&G di hosp serdang beberapa bulan yang lepas untuk bertanyakan mengenai masalah kemandulan ini. she answered very well.. sama seperti yang dr azwan terangkan dalam artikel tersebut...
ini merupakan kali pertama saya berjumpa doktor yang saya rasa sangat bahagia. beliau berjaya menerangkan dengan jelas dan saya sangat berpuas hati...
session saya bersama dengan dia agak lama, dan beliau sangat sabar... sebelum2 ini, saya takut nak jumpa doktor sebab ada persepsi doktor kerajaan ini garang2... tapi sangkaan saya meleset...
mengenai dengan waktu subur wanita, saya menasihati agar berjumpa dengan doktor O&G.. explanation dan rawatan yang diberikan, saya sangat berpuas hati...
untuk tujuan mendapatkan zuriat... saya menunggu hampir 5 tahun... pelbagai investigation telah dibuat dan sekarang saya di bawah rawatan 'clomid'... bak kata doktor tersebut, kita usaha sahaja, selebihnya allah yang mengetahui...
session seterusnya, saya request untuk berjumpa doktor itu juga... sungguhpun dia hanyalah junior doctor, tapi, saya yakin dengan kebolehannya... saya sanggup menunngu beberapa jam untuk bertemu beliau...
sungguh2 pertama kali saya rasa seronok jumpa doktor yang baik... senyuman dan setiap perkataan dari mulut dia penuh dnegan nasihat... sentuhan dia begitu juga...
kalau jumpa doktor yang baik, semua yang baik2 saya doakan dia... sempat mengorek dari misi-misi di situ, katanya doktor tu blum kahwin dan saya menunaikan umrah bulan ramadhan lepas, itu yang saya doakan dia berjumpa jodoh yang baik...
mungkin dr azwan kenal doktor itu...
wassalam
Kalau di Hospital Serdangg, mungkin salah seorang junior saya di UIA dahulu. Dr D. InsyaAllah, doakan lah dia mendapat jodoh yang baik dan alim. Berkat doa dia yang baru balik dari mengerjakan umrah baru2 ini.
Salam. dr ada tips ke dpt baby boy hari tu lepas ada 3 girls. Kalau ada share le sikit pasal saya pun dah ada 3 charlie's angel ni. Tq
Jika anda telah disahkan mempunyai fibroid,cyst dan dinasihatkan membuat pembedahan..makanlah SALAMON selama 1-2 minggu. Selepas itu buatlah pemeriksaan semula di klinik.
Assalamualaikum,sy ingin bertanya Dr.saya pernah mengalami spotting dan rasa seperti menekan ke bawah di laluan bayi keluar ketika saya hamil dalam trimester kedua dahulu.Apakah itu disebabkan kemungkinan kandungan saya bakal gugur?sebelum itu saya pernah mengangkat barang seberat 7 kilo ketika saya hamil pada trimester pertama.Adakah disebabkan kejadian tersebut saya mengalami rasa sakit seperti menekan kebawah dan spotting tersebut? Saya berharap Dr sudi untuk membalas pertanyaan saya.
Post a Comment