Tuesday, November 11, 2008

PROGRAM SUBUR PADA BULAN RAMADHAN






Assalamualaikum.

Gambar ini adalah program Biro Kesihatan ABIM bersama penduduk di sekitar SUBUR (Surau Taman Bunga Raya) pada bulan Ramadhan yang lepas.


Pada asalnya program sepatutnya dijalankan di sebuah Masjid di kawasan Ulu Klang tetapi terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan dan terpaksa kami berubah haluan. Daripada cerita wakil kami, pihak masjid mahukan bayaran untuk kami membuka klinik amal di sana.

Agak menyedihkan kerana program amal sebegini pun pihak masjid ingin menangguk sedikit keuntungan padahal sukarelawan seperti kami ini cuba untuk mengimarahkan masjid Allah.

Ada juga suara-suara yang menyatakan bahawa mereka cuma mahu berjumpa pakar sahaja (tak mahu jumpa doktor biasa). Saya tersenyum juga. InsyaAllah tak lama lagi, ramai di kalangan kami akan menjadi pakar perubatan, pakar kanak-kanak, pakar tulang dan pakar bedah (saya terkecuali).

Mungkin di bandar, di mana klinik boleh dapat di merata tempat, kehadiran klinik amal ini tidak diperlukan dan tidak dihargai. Tetapi itulah kemampuan dan kapasiti kami di dalam waktu yang sentiasa menyempit. Untuk masuk ke dalam hutan dan kampung-kampung mungkin boleh, tapi bukanlah selalu.

Apapun, kehadiran kami di Surau Taman Bunga Raya amatlah dialu-alukan kedatangannya. Tak sangka, walaupun di dalam keadaan serba "last minute", ramai penduduk di dalam golongan 40 tahun ke atas datang sehingga mencecah menghampiri 70 orang. Ada juga skuad kami yang melawat pesakit di rumah.

Alhamdulillah, jika kita ingin membuat baik, Allah akan tunjukkan dan permudahkan jalannya. Kami diberi hadiah sebungkus seorang bubur lambuk istimewa SUBUR (yang dikatakan lebih sedap dari bubur lambuk Kg Baru - pakcik tukang masak tuh cakap!). Malah saya sendiri dapat 3 bungkus (sebab anak2 dara yg lain tuh tak minat makan).

Ini ada sedikit gambar untuk tatapan anda. InsyaAllah kalau ada rezeki tahun depan boleh buat lagi. Salam.

Saya dan seorang peserta sedang tersenyum kambing.


Di sebelah kanan, Saudari Saadiah (berbaju hijau), pegawai farmasi (bertugas di Hospital Selayang) sedang menulis ubat. Di sebelah kanannya ialah Dr Dahlia, (bertugas sebagai pegawai perubatan O&G di Hospital Serdang) sedang memerhatikan dengan khusyuk.


Dr Ikhwan (pegawai perubatan di HUKM) sedang memeriksa seorang pakcik. kalau dilihat rupa wajah pakcik ni dan misainya, saya rasa samada pakcik ni adalah seorang pesara askar atau pesara polis.


Dr Saifullah, Pengerusi Biro Kesihatan dan Pegawai Perubatan Orthopaediks di Hospital KL sedang memeriksa pesakit.

(Kapten) Dr Shazni, pegawai perubatan di Angkatan Tentera Malaysia, Lumut sedang berbincang dengan tok bilal SUBUR dan berkongsi cerita.

Saudara Zulkifli, pelajar perubatan tahun 4 UiTM sedang menimbang berat dan tinggi salah seorang peserta untuk mengira Body Mass Index.

7 comments:

Unknown said...

menarik sungguh aktiviti seperti ini. Teruskan membuat kebajikan.

Gelombang Rakyat said...

Dr.

Itu gambar abang saya.

Hahahaha...

Anonymous said...

Dr, nak buat klinik amal macam tu perlu dapatkan permission dari Kem. Kesihatan dulu ke?

Dr Azwan said...

Zubli : yang mana satu?

Saat : tak perlu. Lagipun semua doktor ada Annual Practice Certificate dan tak caj perkhidmatan. Percuma. Kalau caj mungkin kena lah kot.

Gelombang Rakyat said...

Dr Azwan,

dia yang seiras wajah saya itu lah.

mungkin tak perasan sangat kot.

itu yang berdiri atas timbang.

binnya Zainordin.

Gelombang Rakyat said...

Sebenarnya usaha Dr Azwan ini bagus.

Saya perhatikan ramai yang seusianya prihatin terhadap kesihatan masing-masing.

ada peluang dan percuma atau caj minima, ramai yang boleh memanfaatkannya.

Syabas, dan teruskan usaha begini...

Nora said...

sy mintk izin link blog Dr ni kt blog sy..
suke tgk aktivit cmni

ni blog sy
http://www.uniqueofislam.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails