Monday, April 13, 2009

Merancang Kaedah Untuk Merancang





Salam,

Ramai yang bertanya saya tentang cara merancang melalui kiraan haid. Mereka ini ada yang belajar dan ada yang sudah berkerjaya tetapi masih belum mahu menimbang cahaya mata.

Untuk pengetahuan puan-puan, kaedah cara merancang melalui kiraan haid boleh digunakan tetapi mempunyai risiko yang tinggi untuk mengandung. Ada yang mengatakan kejayaan sebanyak 80% sahaja, malah ada yang menyatakan kejayaan melalui kiraan kalendar hanyalah setakat 60%. Ini bermakna dalam 10 orang yang mencubanya 4 orang akan gagal! Ini adalah statistik kegagalan yang sangat tinggi.

Lagipun, mereka yang berjaya mempunyai kitaran haid yang tetap setiap bulan. Mereka ini boleh menjangka bila kitaran haid yang seterusnya dan biasanya ianya tepat. Jika perjalanan kitaran haid anda tidak beberapa teratur, ini akan menimbulkan masalah kepada anda jika anda hanya merujuk kepada kalendar. (Ini adalah jawapan kepada ramai yang bertanya, jangan kira bila waktu subur kalau period anda suka berlari, memang tak tepat).

Yang menyedihkan, apabila anda mengandung hasil dari kegagalan kaedah ini, ada yang terpaksa menggugurkan kandungan kerana belum bersedia. Ini tidak elok.

Terdapat banyak lagi kaedah mengelakkan kandungan. Kita ada pil perancang, kita ada kondom, kita ada alat dalam rahim, kita ada implan di tangan dan suntikan hormon. Dan kebanyakan kaedah-kaedah ini mempunyai kejayaan sehingga 90% ke atas.

Saya tidak faham, sekiranya anda beria-ia untuk tidak mahu mempunyai anak buat masa ini, kenapa menggunakan kaedah yang mempunyai kegagalan yang sangat tinggi. Rancang dengan suami untuk menggunakan kaedah yang lebih berkesan. Saya amat tidak suka tentang pembaca yang bertanyakan (telefon pun ada!), di mana hendak menggugurkan kandungan?. Ada yang bertanya (dan menelefon) masih belum berkahwin pun!

Si suami pun ada masalah di antara telinganya (apa yer organ di antara telinga?). Kononnya tidak seronok memakai kondom ketika "bersama". Wah wah... abih tu, seronok ke nak gugurkan anak... ? Untuk suami seperti ini saya cadangkan "vasectomy"... hahaha.. (tolong surf google kalau nak tahu maknanya..)

Oleh itu, tuan puan, jika tidak mahu mengandung buat masa terdekat maka ada pelbagai pilihan yang boleh dibuat. Jika suami 3 bulan sekali ada di rumah kerana bekerja, kita ada after morning pills dan kondom. Kalau sudah mempunyai anak dan mahu jarakkan, kita ada alat dalam rahim, kita juga ada banyak pil hormon yang terbaru (dan mahal) untuk mengelakkan mengandung sekaligus, mencantikkan kulit tetapi mempunyai mengurangkan risiko kegemukan yang rendah. Kebanyakan pekerja wanita Indonesia mengambil suntikan hormon 3 bulan sekali untuk merancang.

Pilihan terletak di tangan anda. Menggugurkan kandungan bukan satu pilihan.

Salam.

3 comments:

aizan said...

Siri Oprah yg menampilkan
tetamunya DR Oz, dia ada menerangkan hal "vasectomy" :)

.:chEyaNtie:. said...

doktor,bagaimana pula dengan yang nak mengandung. dah guna kiraan waktu subur tapi masih lagi fail..dah ada anak sorang dah ni,nak merancang utk dapat anak kedua. anak pertama dah 1thn 6 bln.

MUMMY SGTv said...

sebenarnya galakkan drpd suami itu penting...bukan utk kesenangan satu pihak sahaja. merancang guna alat dlm rahim amat berkesan...lebih selamat...ttp kalau terlupa/terlebih masa mengeluarkannya tu ada kesan apa-2 tak doktor..saya baru perasan saya dah terlebih 6 bulan..takutlah pulak nie..

Related Posts with Thumbnails