Sunday, May 17, 2009

Lawatan ke Nakorn Pathom, Thailand.


Salam,

Pada 8-10 Mei yang lepas, saya dan dua orang rakan saya Haji Kamaruddin dan Haji Ishak telah ke Nakorn Pathom, Thailand iaitu lebih kurang 100 km ke selatan Bangkok untuk melihat kandang lembu.

Hasrat kami adalah untuk melihat secara dekat kandang tuan punya lembu yang kami akan berurusan untuk pembelian lembu dan melihat bagaimana urusan pembelian dilaksanakan.

Pada 8 hb kami telah bertolak dari LCCT Malaysia jam 8.30 pagi waktu Malaysia dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok jam 9.30 pagi waktu Bangkok (10.30 pagi Malaysia). Tiba di sana kami menaiki teksi ke Sam Rong berhampiran Bangkok dan dijemput oleh kawan saya di sana dan dibawa melalui kereta Toyota Vios ke Nakorn Pathom.

Tiba di sana, kami terus melihat kandang dan sekitar. Kami juga mengunjungi tempat penyembelihan lembu yang juga dipunyai oleh tuan punya kandang yang kami kunjungi. Tuan punya kandang berasal dari Yala, Selatan Thailand dan boleh berbahasa melayu.

Mujur Alhamdulillah, beliau beragama Islam. Ini kerana kalau tanpa beliau dan kawan-kawannya memang kami akan mati kebuluran. Sudahlah tiada restoran Islam, kawasan Nakorn Pathom adalah kawasan ramai cina dan anda melihat daging babi di masak di mana-mana...

Kami bermalam di Whales Hotel di Nakorn Pathom. Keesokan harinya kami mengunjungi pusat penjualan lembu secara borong di sana. Kami juga mengunjungi sebuah ladang besar yang lembunya berjumlah 2000 ekor dan hanya menjual lembu yang beratnya 400kg-600kg ke atas. Ada lembunya setinggi orang!!

Kecanggihan Thailand sebagai pusat pertanian amat mengagumkan. Mereka bukan sahaja kaya dengan tanah yang subur untuk pertanian, malah ia merupakan nadi utama negara mereka. Dengan pembinaan tali air dan empangan, kawasan mereka ditumbuhi dengan pokok segala macam, termasuk padi dan jagung. Nurseri anak pokok sepanjang jalan. Malah setiap rumah hampir ada seekor lembu.

Misi kami untuk membawa lembu ke Malaysia sebagai pengedar lembu pada musim Haji akan datang dengan harga terbaik diharapkan akan menjadi kenyataan. kami mencari ejen yang ingin membeli lembu kami secara pukal dengan harga RM 1700 ke atas dengan berat melebihi 230 kg.



Saya dan haji Kamarudin di Kandang Lembu.






Pemandangan bandar Nakorn Pathom pada waktu petang




Saya, Haji Kamarudin dan Haji Ishak di pusat penyembelihan Islam. Satu malam 20 ekor lembu disembelih dan dihantar ke pasar borong Bangkok pada jam 2 pagi. Jam 7 pagi, daging habis terjual.





Lembu borong, di jual dari atas lori. Ada beratus lori. Setiap lori terdapat antara 3 hingga 20 ekor. Jualan dibuat berdasarkan tawar menawar. Kalau dah tawar kena la beli..


Ni lembu 400 kg. Kalau 600 kg, sudah bertentang mata dengan haji Kamarudin..

3 comments:

wmafendi said...

wow.. bertambah maju!

Unknown said...

masih menjual lembu lagi?sya berminat untuk menjadi penternak lembu secara kecil2an boleh tuan kongsikan serba sedikit maklumat penting untuk memulakan perniagaan ni?jasa baik tuan amatlah dihargai terima kasih

adzizeeadnan@gmail.com

Riko Adryansyah said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

Contact person :
RIKO ADRYANSYAH

Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com


Wassalam

Related Posts with Thumbnails