Friday, October 16, 2009

Busung 24 bulan!










Salam,

Suatu waktu dahulu, ketika perubatan moden tidak tercapai dek tangan kerana masalah infrastruktur, kewangan dan logistik, maka rawatan tradisional dipilih sebagai rawatan utama. Ia merangkumi rawatan herba dan akar kayu, petua, jampi serapah ataupun dengan bantuan jin.

Bomoh, pawang dan dukun menjadi pendukung utama di dalam kampung-kampung. Ada waktunya, pemimpin harus dengar cakap mereka dan pendapat mereka perlu dituruti kerana ilmu dan pengalaman mereka tentang kedukunan dan juga amalan firasat.

Namun kini, peranan mereka sudah semakin kurang. Ini kerana, perkhidmatan kesihatan sudah semakin meluas ke ceruk pendalaman. Jika tidak pun, rakyat boleh keluar mencari perkhidmatan perubatan moden walaupun terpaksa menelusi pelbagai rintangan di dalam perjalanan.

Pada waktu 2009 ini, kita mungkin sangka bahawa mereka yang duduk di kawasan pendalaman sahaja yang menolak rawatan moden dan hanya mahukan rawatan tradisional ini secara total.

Itu tidak benar.

2 minggu lepas, saya terjumpa dengan seorang wanita di dalam usia 40-an. Beliau datang dengan perut yang besar dan badan yang sangat kurus. Wajahnya cekung. Mungkin dia menyangka dengan memakai jubah labuh dan lengan yang panjang itu dapat menutup perutnya yang besar sseperti 9 bulan mengandung itu. Cumanya, perutnya bukan membusung 9 bulan tetapi 24 bulan!

Beliau secara terbuka memberitahu bahawa beliau didiagnosis menghidapi fibroid oleh pakar sakit puan 2 tahun lalu. Tetapi beliau buat tidak endah dan hanya mahu berubat secara tradisional. Sudah bermacam tempat dia telah pergi dan pelbagai rawatan tradisional dia telah terima namun "belum ada rezeki" lagi.

Saya terkejut apabila dia memberitahu bahawa dia bertugas di sebuah hospital universiti yang terkenal di Kuala Lumpur. Malah dia kata dia kenal pakar sakit puan si polan dan si polan (yang saya juga kenal) kerana pernah bekerja dengan mereka.

Saya tanya kenapa beliau tidak mahu menerima rawatan dari pakar sakit puan. Wanita berpendapat bahawa beliau lebih serasi dengan rawatan tradisional. Mungkin sedikit segan dengan pakar di tempat beliau bertugas. Tetapi beliau percaya bahawa rawatan tradisional itu boleh membantunya.

Rupa-rupanya beliau pergi ke hospital ini kerana beliau telah berjumpa dengan seorang "pakar" tradisional yang memberitahu bahawa perutnya penuh air. "Pakar" itu mahukan beliau menjalani ujian CT scan supaya air tersebut dapat dikenal pasti dan dibuang. Bagaimana cara ia akan dibuang saya tidak tahu. Mungkin melalui cara batin.

Saya memberitahunya, kalau ketumbuhan ini adalah fibroid, ia bukan lah sejenis air yang terkumpul tetapi sejenis ketumbuhan dari rahim. Kita tidak boleh buang air begitu sahaja sedangkan masalahnya ialah sejenis ketumbuhan berasal dari tisu. Ia perlu dibedah.

Sebelum ini pun banyak sudah cerita tentang fibroid yang banyak dibuang sehingga berkilo-kilo beratnya. Ia boleh dilakukan dan selamat. Asalkan ia bukan kanser.

Beliau tetap dengan pendiriannya untuk menerima rawatan tradisional walaupun beliau mengaku bahawa selama 2 tahun beliau menerima rawatan tersebut, tidak ada perubahan yang berlaku malah ketumbuhan semakin membesar. Dan beliau semakin kurus.

Apa yang boleh saya katakan. Saya berasa sedikit kesal tapi saya yakin itu adalah keputusannya dan kita sebagai perawat harus menghormati kehendak pesakit kita. Apatah lagi beliau tidak jahil dan faham akan penyakitnya.

Cuma mungkin saya boleh berkongsi cerita yang saya terbaca di dalam email.

Kisah seorang perempuan tua yang tinggal seorang diri ketika hujan lebat. Hujan tidak berhenti dan air mula semakin naik ke dalam rumah. Semakin lama semakin tinggi banjir itu sehingga beliau terpaksa naik ke atas meja.

Apabila skuad penyelamat tiba, dan mahu membawanya ke dalam bot beliau menolaknya. beliau berkata, pergilah, Tuhan akan menolong aku. Beliau pun terus berdoa.

Apabila air naik lagi, beliau terpaksa naik ke loteng. Skuad penyelamat pun tiba lagi untuk membawanya pergi. Beliau menolak dan berkata, pergilah, Tuhan akan menolong aku. Wanita itu terus berdoa dengan lebih kuat lagi.

Apabila air nak lagi, beliau naik ke atas atap. Pasukan penyelamat pun tiba lagi buat kali ketiga. Beliau dengan sikap degilnya berkata, pergilah. Tuhan pasti menyelamatkan aku.

Akhirnya wanita tua itu mati tenggelam.

Apabila dia menemui Tuhannya, Tuhan bertanya kepadanya, kenapa engkau membiarkan dirimu tenggelam?

Wanita itu menjawab, Aku menunggu pertolongan dari Mu Tuhan yang tidak kunjung sampai.

Tuhan menjawab, Bukankah aku telah membantumu dengan menghantar pasukan penyelamat ke rumah mu? Bukan sekali tetapi 3 kali!

(p.s. Cerita ini perlu dianggap sebagai sekadar cerita sahaja)

Kadang-kadang Allah memberi pertolongan melalui pelbagai cara. Ia di hadapan mata kita, tetapi kadangkala kita selalu terlepas pandang.

Perubatan Islam bukan hanya memakan herba-herba dan jampi sahaja. Ia juga merangkumi ilmu-ilmu yang baik, yang dijalankan secara teratur, penelitian melalui sistem empirikal dan macam-macam lagi. Malah, sekiranya terdapat unsur menyerah diri kepada kekuasaan Allah, menggunakan ubat-ubatan yang jelas tidak haram kecuali darurat, menggunakan pendekatan islam seperti adab dan sebagainya, Maka perubatan moden sekarang adalah perubatan Islam yang paling berkesan.

Wallahu A'lam.


8 comments:

GT said...

Takot tgk. Dlm tu ade ape ek sbnrnye?

Kakcik Seroja said...

Salam Dr..

kalau suami kakcik baca catatan Dr ni mesti dia suka sangat. Sebab?? Dia tak pernah percaya pada rawatan tradisional @ bomoh...

Sharifah Hamidah said...

Salam

Saya pernah kena cancer hampir 20 tahun yang lalu. Kalau dulu orang kata cancer menunggu mati aje lah. Tapi saya bertekad untuk menjalan operation buang cancer dan seterus nya membuat rawatan terapi dan sudah pulih. Kalau saya dengar orang cakap jangan operate ubat cara tradisional saya rasa mungkin saya sudah tiada di dunia ini kerana kemungkinan besar cancer itu sudah merebak di seluruh badan saya. Alhamdullilah saya made a right decision masa tu walaupun so confuse. Sebab itu saya selalu nasihatkan rakan2 atau sesiapa pun berubat lah cara moden dan kalau nak berubat cara tradisional jangan tinggal perubatan cara moden. Tetapi memang saya akui masih ramai lagi percaya pada bomoh walaupun dianya seorang yang educated dan mempunyai jawatan tinggi. Macamanan nah ubah mindset mereka ni?

Werdah said...

Salam Dr,

Benar apa yg doktor katakan bahawa kita kena berusaha, kita tak boleh menyerahkan segala2nya kpd kehendak Allah.. Allah dah berikan akal dan tenaga.. kita kena gunakan.. dan ttg rawatan perubatan Islam pun mmg benar bukan setakt rukyah dan ubat2an sahaja. Kita kena percaya bahawa Allah menjadikan penyakit dan ubatnya sekali. Cuma kita kena berhati2 jgn kita terjebak dgn perbuatan syirik.. wal'iyazubillah.

amin007 said...

masalah kita sekarang kat universiti
tak diajar ilmu bomoh dan pawang.

kalau doktor sekarang dapat kuasai ilmu yang dimiliki bomoh dan pawang, doktor tersebut dapat ramai pesakit hehehe.

atau doktor tersebut terpaksa "tipu" pesakit, entah lah

ezam969 said...
This comment has been removed by the author.
ezam969 said...

Assalamualaikum..utk makluman, kpd sesiapa yg memerlukan khidmat urut tradisional blh lah hubungi sy di talian 011-11036311...sy menetap di kota bharu kelantan

Unknown said...

Orang x kena dye x akan tahu. Bersyukur la sbb keluarga mak cik x pernah kene dgn buatan orang(sihir).sedangkan dlm Al Quran pon ade sebut jin dan syaitan tu wujud. Doktor? Hospital? Mereka boleh buat ape klau pesakit tu mmg kne buatan orang. So, the last choice you need to go pusat rawatan tradisional jgk. Yup mungkin sesetengah org ckp nonsense but bkn semua rawatan tradisional tu x elok. Itu ikhtiar sbgai pengakhiran usaha. Maaf klau kasar bhasenye but I'm really need to reply this comment.

Related Posts with Thumbnails