Monday, January 18, 2010

Program Dakwah Orang Asli Slim River






Salam,

Semalam saya baru pulang dari Pos Bersih, sebuah perkampungan orang asli di Slim River, menghala ke Ulu Behrang.

Program adalah anjuran Biro Kesihatan ABIM, Malaysian Relief Agency dan Islamic Outreach ABIM dari 15-17 Januari 2010. Maaf kepada sesiapa yang tidak dapat menguhubungi saya kerana tiada talian Maxis di sana.. hanya Celcom sahaja.

Kami disertai oleh adik-adik pelajar perubatan Malaysia di Universiti Sumatera Utara (USU) seramai 11 orang, kakitangan Hospital Pakar Al-Islam seramai 6 orang dan Skuad Prihatin seramai 6 orang, ABIM Selangor 5 orang dan Islamic Outreach seramai 6 orang.

Hampir 98% orang asli di sana tidak mempunyai agama. Sebilangan kecil adalah beragama Islam dan sebilangan kecil lagi beragama kristian.

Terdapat sebuah pondok penggerak (pendakwah dari jabatan agama Islam) tetapi tidak berpenghuni.

Alhamdulillah, bersama-sama kami di sana ialah Dato' Dr Abd Razak Kechik, Bekas Pengarah Kesihatan Negeri Perak. Dato Dr Razak telah menjalankan program dakwah orang asli selama 30 tahun dan berjaya mengislamkan berpuluh ribu orang asli di Malaysia dan Indonesia.

Mesej Dato' adalah jelas iaitu sepotong ayat Allah dari surah an Nahl ayat 125, "Dan Serulah ke Jalan Tuhanmu dengan Hikmah".

Hikmah itu mencakupi banyak segi, bukan sahaja daripada perbuatan dan pertuturan yang baik dan bijaksana kepada orang yang nak di dakwah tetapi juga perancangan yang berkesan dan tersusun secara jangka pendek dan jangka panjang.

Menurut Dato', keadaan orang asli di kampung ini yang 98% bukan Islam adalah peluang terbaik untuk kita menyampaikan ajaran Islam di sini dan berdakwah ke arah Islam.

Kami menjalankan program motivasi, kenduri, pemeriksaan kesihatan dari kampung ke kampung dan dialog dengan pimpinan masyarakat orang asli. InsyaAllah Islamic Outreach ABIM akan mengadakan program ziarah tetap di kampung ini.

Gambar-gambar akan menyusul dengan laporan penuh oleh AJK dokumentasi kelolaan adik-adik USU.

Wallahua Alam.






3 comments:

GPI said...

Salam.

Saya teruja apabila membaca berita ini.
Untuk pengetahuan. saya merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Slim Village. Kawasan yg pastinya anda lalui semasa ke Pos Bersih.

Di sekolah saya, jumlah murid Asli ada sekitar 100-120 daripada 360 org.

Beberapa perkampungan Asli sekitar sekolah kami ialah Kpg. Asli Sg. Bil, Kg. Pecah Batu, Kg. Ladang Cluny dan Kg Pisang, Rasau.

Mungkin pihak tuan berminat untuk anjurkan lagi program sebegini...

Layari blog sklh saya
http://sksv.blogspot.com/

Faris Ikram said...
This comment has been removed by the author.
Faris Ikram said...

salam .saya merupakan pelajar tahun akhir UIAM dalam bidang senibina .saya sangat berminat untuk membuat kajian tentang muallaf kawasan pendalaman bagi rujukan kepada tajuk thesis saya iaitu 'Compact Tarbiah centre for Muallaf ' ..harap tuan boleh membantu serba sedikit beknenaan maklumat dan info tentang golongan ini~
tq

Related Posts with Thumbnails