Tuesday, October 12, 2010

Mangsa banjir tagih simpati



Shahrulazilan Said (dari kiri) dan penulis dihantar oleh rakan-rakan dari MRA di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Pakistan.


KALI terakhir Pakistan dilanda banjir besar yang menyebabkan kemusnahan berskala besar seperti sekarang adalah 81 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1929.

Tragedi yang melanda negara yang mempunyai penduduk seramai 130 juta itu tidak dapat dibayangkan kecuali kita berada di sana untuk melihatnya.

Hampir dua juta buah rumah telah rosak dan musnah melibatkan hampir 15 juta penduduk.

Alhamdulillah, saya dan sahabat saya, Shahrulazilan Said selaku pengurus projek Agensi Bantuan Malaysia (MRA) telah terpilih untuk berada di sana di bawah MRA sebagai wakil misi pertama dari 20 sehingga 28 Ogos 2010.


CABARAN MISI PERTAMA

Sebaik sahaja menerima panggilan telefon daripada Setiausaha Agung MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman pada 17 Ogos yang lalu bahawa saya terpilih sebagai sukarelawan untuk misi pertama MRA, saya tidak berfikir panjang dan menerimanya tanpa ragu-ragu.

Sudah tentu ia merupakan satu cabaran yang besar bagi saya. Pertamanya, kerana saya mempunyai tiga hari untuk persediaan bertolak ke Islamabad, Pakistan. Keduanya, kerana ini merupakan tugasan antarabangsa saya yang kedua di MRA selepas kejadian gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia pada awal Januari tahun ini. Mungkin jika diukur dari segi umur dan pengalaman, saya masih muda untuk dihantar sebagai wakil misi pertama. Selain itu, saya juga akan menjalankan misi ini pada bulan Ramadan, di waktu rakyat Malaysia bergembira berpuasa bersama keluarga.

Misi pertama adalah sangat penting untuk merintis jalan yang akan dilalui oleh pasukan MRA seterusnya, mencari fakta-fakta penting untuk perancangan organisasi MRA di sana, membina jaringan dan perhubungan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk bekerjasama dan seterusnya melaksanakan program bantuan awal kepada mangsa.


TIBA DI ISLAMABAD

Kami bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 Ogos menaiki Thai Airways menuju ke Bangkok sebelum meneruskan perjalanan ke Islamabad.

Setibanya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhutto, ubat-ubat yang kami bawa ditahan kastam.

Ini kerana segala ubat-ubatan yang dibawa masuk untuk bantuan kemanusiaan perlu melalui saringan tertentu daripada jabatan pengurusan bencana di sana.

Bagaimanapun, ketua pegawai kastam, Adnan Swati memberi kerjasama yang sangat baik dan membantu menguruskan kelulusan ubat-ubatan tersebut secepat mungkin.




BANJIR DI CHARSADDAR

Kami menginap sebuah rumah tumpangan di Peshawar yang terletak 150 kilometer (km) ke barat Islamabad. Ia untuk memudahkan kami berulang-alik ke Chasaddar yang terletak kira-kira 30 km dari Peshawar, iaitu bandar berhampiran yang terjejas teruk akibat banjir.

Di kawasan berhampiran Chasaddar inilah pertemuan tiga buah sungai utama iaitu Sungai Indus, Sungai Kabul dan Sungai Swat yang membawa banjir besar sehingga menenggelamkan seluruh bandar beberapa hari sebelum tibanya bulan Ramadan. Tugas kami tertumpu di kawasan itu.

Walaupun banjir telah surut di Chasaddar sejak dua minggu lepas, tidak ramai yang bernasib baik untuk pulang ke rumah masing-masing.

Menurut statistik, hampir 80 peratus rumah musnah di Chasaddar. Kebanyakan rumah secara asasnya tidak kukuh kerana dibina menggunakan batu, tanah liat dan sedikit simen tanpa menggunakan tiang yang kukuh sebagai sokongan.

Yang lebih malang ialah rumah tanah liat. Rumah-rumah ini dibina oleh golongan kurang berkemampuan daripada tanah liat dari sungai. Apabila banjir tiba, rumah ini seolah-oleh 'cair' dihanyutkan air tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Kebanyakan penduduk yang terjejas terdiri daripada golongan petani yang miskin.

Antara tanaman utama penduduk kawasan Chasaddar ialah pokok tebu, yang menjana pendapatan kepada penduduk setempat. Sebahagian besar tanaman tebu telah musnah akibat banjir. Ini menyebabkan penduduk kehilangan pendapatan dan harga gula meningkat.

Selain itu, tanaman sayur-sayuran dan pokok buah-buahan juga musnah. Kambing, lembu dan kerbau yang merupakan binatang pelihar Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Pakistan. ">


AIR DAN MAKANAN

Isu penting di dalam bantuan kemanusiaan seperti di kawasan Chesaddar ini ialah pembekalan air bersih.

Tanpa air bersih, mereka tidak dapat memasak makanan, minum dan tidak boleh membersihkan diri. Penyakit boleh merebak dan membunuh bila-bila masa melalui air yang tidak bersih. Perigi-perigi yang merupakan sumber air utama mereka telah tertimbus oleh lumpur dan kebanyakan tidak boleh digunakan lagi walaupun dibersihkan.

MRA komited untuk memastikan pembekalan air bersih dijalankan di beberapa tempat di kawasan Chasaddar melalui dua cara.

Pertama dengan membekalkan air secara berkala menggunakan tangki air besar yang dibawa menggunakan kenderaan ke kampung-kampung yang memerlukan air setiap hari.

Keduanya dengan membina pam-pam air di sekitar kawasan yang dikenalpasti mempunyai takungan air bawah tanah. Membina pam-pam air adalah penyelesaian jangka sederhana dan panjang kepada masalah kekurangan air bersih.

MRA juga menjalankan program dapur umum dan Iftar dengan mengagih-agihkan makanan kepada penduduk kampung untuk berbuka puasa. Menu utama dapur umum MRA ialah nasi briyani, ayam gulai dan roti nan.

Makanan ini diedarkan melalui kenderaan ke kampung-kampung berkenaan dan sebahagian lagi dihidang kepada orang kampung di masjid.

Ketika kami mengagih-agihkan makanan, seorang lelaki menegur saya di dalam bahasa Melayu yang fasih. Rupa-rupanya dia seorang warga Pakistan yang dahulu pernah bekerja di kedai karpet di Puchong, Selangor selama tiga tahun. Rumahnya juga hancur dihanyut air.

No comments:

Related Posts with Thumbnails