Tuesday, August 21, 2007

Gerai UmmuSofeya Bakery di Muktamar Sanawi ABIM ke 36

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, pada hari Sabtu dan Ahad lepas, gerai UmmuSofeya Bakery telah menjadi satu realiti. Buat julung-julung kalinya gerai UmmuSofeya berjaya dibuka di tapak pameran ruang legar Sek Men Agama Kuala Lumpur sempena Muktamar Sanawi ABIM ke 36 selama 2 hari bermula Sabtu 18 - 19 hb Ogos 2007.

Gerai UmmuSofeya Bakery telah awal-awal lagi mencuri tumpuan dengan kehadiran seorang jejaka kacak lagi macho, memakai kemeja kemas dan berseluar slack hitam tetapi disebalik kemachoannya itu terselindung kegelabahan tahap maksima sebab tak tahu mana satu gerainya.. (kua kua... hari nak jual hari tuh nak check mana satu gerai).. sebabnya malam sebelum tuh kerjaaaa...

Setelah banner diangkat dengan warna kuning striking bak "royal stall"... saya dibantu oleh seorang pekerja saya yang comel (my wife) tidak lagi memandang ke belakang... Roti satu demi satu dibeli sehingga habis semuanya... yaa... saya ulangi habis semuanya.. 365 biji... tiada unsur penipuan di sini... cuma adalah yang saya bagi beli 5 dapat 2 free... dah nak last-last tu kan... kesian pulak tengok muka pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang kelaparan... pssst.. mengikut kata pekerja saya yang comel tu... roti habis sebab saya banyak bagi free.. kua kua... tak per.. kita sama kita je tahu..

Inilah gerai kami... takde Dato' Sri Shahidan Kasim yang datang.. takder Dr Irfan Khairi.. hanyalah peserta muktamar...

Di samping itu kami juga ada menjual t-shirt labuh... yerr.. ramai yang berminat dan bertanya.. tapi kami paham... kalau dilihat dari tarikh Muktamar iaitu 18-19 Ogos tuh... pengarah bank pun dah tak der duit dalam poket... Almaklumlah.. tengah bulan ni.. kering... pegang t-shirt lama-lama lepas tuh senyuuuummm panjang pulak tuh senyum nya... saya paham akak abang... pahala senyum tuh lebih besar daripada beli tshirt saya nih..... kua kuaaaa... kata hati saya.... :)


Inilah gambar hadapan gerai. Kalau anda bersedih tengok wanita yang tengah jaga gerai UmmuSofeya ni... anda lebih patut bersedih melihat wanita yang duduk di di belakang wanita yang jaga gerai UmmuSofeya...

Saya juga ada menjual air kotak dan tin, menjadikan gerai kami gerai yang paling ramai dikunjungi oleh kanak-kanak yang sukakan air milo kotak dan soya kotak... Itulah kelebihan gerai kami... air kotak yang sejuuuuk... Namun begitu kami mendapat persaingan daripada penjual burger dan air bancuh diseberang sana... itulah seteru paling kuat kami... hampir sahaja kami berpatah arang.. kalu tidak kerana mereka datang ke gerai kami dan merayu-rayu sambil mengeluarkan air mata kepada kami meminta-minta... (plastik nak bungkus burger diorang habis... hahaha... kami jual plastik kami yang tak bukak lagi dengan harga RM1.. patut jual RM 10 kann??).

Sewa kedai untuk dua hari ialah RM 180... kalau nak dibandingkan dengan muktamirin dan muktamirat yang datang ke gerai... tak beberapa ramai.. oleh itu banyak gerai yang tak pulang modal... saya kira-kira cuma gerai saya dan gerai burger tuh je yang pulang modal... Saya fikir mereka tak ramai datang ke gerai kerana pihak penganjur telah menyediakan makanan 5 kali sehari kepada peserta (peserta dari seluruh Malaysia duduk di hostel). Jadi mereka pun dah kenyang... kecualilah pengunjung atau peserta seminar berdekatan.

Pekerja saya yang comel. Baru memulakan tugasan. Tengah melihat gerai seteru kuat kami iaitu kedai burger di sebelah yang bak kata orang Pahang "poh paleh" ramainya customer deme tuh....


Ada gerai yang jual jubah harga RM 80... mereliiip... hmm.. teman khabor usoh le.. T-shirt labuh teman yang terbest lagi terpower dan teramat canggih yang teman import dari Perlis pun takat pegang dan senyuuuum je.. jubah yang berharga RM 80 tuh... Pandang pun tak nak.. takut kena suruh beli.. duit pulak cukup-cukup nak beli roti kat gerai teman jer... kua kua kua

Ada gerai yang jual buku.. siap sewa 2 tapak tuh.. RM 360.00 utk 2 hari... perghh... susah gak nak balik modal tuh... Orang banyak gak beli cuma sewanya agak mahal.. jadi nak balik modal agak sukar...

Walaubagaimanapun, segala kesyukuran dihadratkan kepada Allah SWT kerana dengan IzinNya, gerai UmmuSofeya telah mendapat pulangan modal dan untung yang sederhana.... ini adalah percubaan pertama kami. Saya pun bukan ada di gerai sangat... paham-paham je lah.. kejap kena pergi buat pemeriksaan kesihatan, kejap pergi seminar, kejap pergi ke muktamar... mujur ada pembantu saya yang comel...

InsyaAllah saya akan buka gerai kami sekiranya ada peluang lagi... nantikan kehadiran kami... Wassalam...

3 comments:

kucau said...

wahh, congratulation wan . eheheh . tak lama lagi naik kedai roti real punyer aaa kat sana

Anonymous said...

amboi..ada ayat-ayat power terselit sama tuh!

ha'ah la...comel betul la pembantu doktor tu.kem salam kat dia ek! :)
(pssst...kembang tak sangga ler tu, kite kata bini dia comel.haha)

Dr Azwan said...

Hmmm... ayat mana satu yang power tuh yer.. biar saya pikir... ye lah.. gerai kecik cam kita nih mana ada celebrity nak datang.. ho ho..

Related Posts with Thumbnails