Tuesday, September 9, 2008

Pening.. pening...




Assalamualaikum,

Saya tengah pening kepala.

Salah seorang pembantu untuk membuat kuih raya saya telah dipilih untuk menjadi pegawai berkemahiran untuk PLKN. Beliau sepatutnya menlaporkan diri di kem PLKN di Perlis pada awal bulan Ogos ini.

Namun begitu, pembantu saya ini telah memberi komitmen awal kepada saya untuk membantu menyiapkan pesanan kuih raya sehingga hari raya Aidilfitri. Oleh itu, beliau telah berbincang dengan komanden di PLKN Perlis dan akhirnya pihak komanden di Perlis bersetuju untuk menangguhkan pendaftarannya sebagai pegawai di sana dan mula mendaftarkan diri selepas hari Raya Aidilfitri nanti.

Saya sendiri yang membantu menulis surat permohonan tersebut dan difakskan ke kem PLKN di Perlis dan di sertakan salinannya di ibu pejabat PLKN di bangunan TH Selborn, jalan Tun Razak.

Tiba-tiba, semalam, pembantu saya mendapat panggilan telefon dari kem PLKN di Perlis. Beliau diminta ke Perlis untuk mengisi borang di sana secepat mungkin dan kemudian baru boleh pulang semula ke KL untuk meneruskan tugasannya yang lain.

Ini bermakna, beliau terpaksa membeli tiket bas untuk ke Perlis pada hari Isnin ini, pergi ke kem PLKN di sana untuk berjumpa komanden, isi borang di sana tak sampai 10 minit dan kemudian beli tiket bas untuk balik semula ke KL. Phewww.......

Bila ditanya, boleh tak di faks sahaja, jawapannya tidak boleh.

Persoalannya, di zaman sains dan teknologi ni, tiadakah cara lain yang lebih KOS efektif, menjimatkan masa, kurang birokrasi dan segala-galanya lah agar pembantu saya tidak perlu untuk ke PERLIS sekadar untuk mengisi borang selama 10 minit?

Malah, mungkin juga mereka tidak pernah mengetahui tentang kewujudan "E-MAIL" selama ini.

Pening... pening...

5 comments:

Anonymous said...

Pegawai PLKN tu sekolah kat mana dulu???

FUUUhhhh....

Adzrul Ariff said...

Tak berapa surprising jugak kalau email/online registration masih tak diketahui ramai lagi kat sini. Even kalau ada email pun, takkan berbalas punya. Mmg menyusahkan. Kena direct face to face barulah dapat setel.

Unknown said...

doktor,

memang banyaaakkk regulasi tidak masuk akal di seputar sistem kerajaan kita ini hari.

dan yang bertambah pelik lagi - seperti akan tiada usaha pembaikan untuk mengurangkan regulasi bodoh dan tak masuk akal ni walaupun setelah diperkenalkan segala macam e-aplikasi di dalam kerajaan.

memang menyakitkan hati!

down with the idiots i say!

Anonymous said...

hehee...hanya mampu tergelak baca artikelmu doc.
susah lagi menyusahkan...

Dr Azwan said...

mukhlis : thanks for the coment

Related Posts with Thumbnails