Tuesday, October 14, 2008

Sudah Sampai Ajal..




Assalamualaikum,

Apakah yang lebih menyedihkan daripada melihat sahabat karib yang makan dan tidur serumah mati tercampak keluar dari kereta di hadapan mata sendiri.

Itulah yang berlaku kepada salah seorang pesakit lelaki saya hari ini. Beliau menangis sejak dua hari lepas sehingga berjumpa saya tidak berhenti-henti.

Beliau dan rakan-rakan serumah dalam perjalanan ke Shah Alam melalui jalan Puncak Alam dari Sungai Buloh untuk beraya 2 hari lepas. Mereka bergerak dengan dua kereta dengan beliau memandu di kereta belakang dan kawannya di hadapan.

Mengikut cerita ibu pesakit, waktu itu agak gelap (dalam maghrib), sedang menyusur jalan yang kurang keretanya itu, tiba-tiba kereta kawannya di hadapan mengelak lopak air besar menjadikan kereta hilang kawalan, berpusing dan melanggar tiang elektrik di sebelah sana jalan.

Pemandu kereta hadapan (mungkin tidak memakai tali pinggang) tercampak keluar dan maut serta merta. Seorang lagi rakannya selamat tanpa kecederaan manakala seorang lagi kawan di tempat duduk belakang mengalami kecederaan kepala tetapi sudah pulih.

Yang begitu menyedihkan pesakit ini ialah beliau menyalahkan kematian kawannya di atas dirinya. Beliau berkata bahawa disebabkan olehnya, mereka terpaksa bertolak lambat kerana beliau tidak tahu jalan ke rumah kawannya. Beliau merasakan sekiranya mereka bertolak lebih awal (waktu cerah), perkara ini sudah tentu dapat dielakkan.

Saya kasihan melihatnya dan cuba menasihati beliau apa yang termampu. Ajal itu sudah ketentuan Allah. Apa yang berlaku cuma sekadar menjadi sebabnya sahaja.

Saya kira hanya MASA sahaja dapat menyembuhkan hati beliau yang terluka akibat kehilangan teman tersayang.

Wallahu Alam.

2 comments:

Anonymous said...

Takziah untuk teman pesakit Doktor. Saya turu rasa simpati. Dalam setiap kematian memang ada yang akan trauma di kalangan yang hidup. Tapi saya rasa pesakit Doktor tu tak boleh menyalahkan diri sendiri, itu memang dah takdir Illahi, macam yang Dr tulis tu. Kalau dia tak meninggal sebab eksiden mghrib tu, mungkin dia eksiden masa bertolak petang, seperti yang dirancang. Mungkin hanya satu yang boleh mengubah - DOA. Berdasrkan pengalaman saya, perjalanan saya amat lancar jika saya berdoa sebelum bertolak, tapi sering mengalami kesukaran jika terlupa berdoa. Benarlah janji Allah.

Dr Azwan said...

Saat : itulah yang saya nasihatkan. Dia pulak nak exam minggu depan, tu yang haru tuh. Tak nak study tak nak tidur.. asyik nak nangis ajer.

Related Posts with Thumbnails