Tuesday, June 19, 2007

JANGAN JADI KURANG AJAR!

Assalamulaikum.

Sudah beberapa tahun yang lalu kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan telah melancarkan kempen budi pekerti mulia dengan moto “Budi Bahasa Budaya Kita”. Kempen ini turut dilancarkan di seluruh hospital termasuk Hospital Kuala Lumpur ketika saya masih bertugas di sana. Beberapa tahun telah berlalu dan kini saya sudah tidak lagi bertugas di HKL, kempen ini terus berjalan. Pada asasnya, kita orang melayu di Malaysia merupakan satu kaum yang amat bersopan santun. Pendekata, berbudi bahasa ini merupakan nilai orang melayu yang tiada tolok bandingnya. Oleh itu, di mana sahaja kita berada, tidak kira sewaktu bekerja, bermain, bersama keluarga, bersama teman-teman, orang tua dan muda penerapan nilai bersopan santun sepatutnya sudah menjadi darah dan daging.

Di dalam konteks kesihatan, pesakit yang datang ke hospital mahupun klinik mengharapkan sesuatu yang lebih dari material atau kata lainnya ubat-ubatan sahaja. Pesakit yang datang, bukan sahaja sakit dari sudut jasmaniah, tetapi kesakitan juga dirasai daripada sudut mental. Itu lah sebabnya ada pesakit yang otaknya kepenatan dan letih dan natijahnya ia dimanifestasikan dengan kelemahan seluruh badan. Begitu juga sebaliknya.

Amat menyedihkan, apabila pesakit yang datang ke institusi kesihatan, dianggap seperti barangan mainan. Ada yang diperli, dihina, diherdik dan ditolak ke sana-sini seperti bola. Ini mencerminkan kegagalan institusi kesihatan berperanan seperti yang sepatutnya dilakukan. Puas Izikan saya membawa satu contoh. Saya bertugas di sebuah klinik swasta di Ampang. Setiap kali saya bertugas dengan seorang pembantu klinik ini, saya akan rasa agak stress. Ini adalah kerana, tidak pernah sekalipun saya melihat dia tersenyum ketika bekerja.

Kadangkala, tak boleh salah sikit, ada sahaja kata perlian dilemparkan kepada pesakit. Apabila agak terlambat kerana pesakit ramai, adakalanya pesakit akan bertanya, ubat sudah siap ke belum, dah lama saya tunggu. Siaplah… Jawapannya : “Akak ingat saya duduk berborak sahaja ke… Saya sibuk ni… Tunggulah dulu!” . Itu belum lagi dengan muka mencebiknya lagi. Saya yang duduk menghadap pesakit di dalam bilik rawatan menjadi sakit hati. Dan untuk pengetahuan anda, mereka ini semua adik-adik belaka. Umur baru setahun jagung. Tetapi atitud – KOSONG. Itu Kurang Ajar namanya!

Ya! Ia bukan sahaja berlaku di klinik saya bertugas. Ia berlaku di mana-mana. Di hospital, di pejabat-pejabat kerajaan, di sektor swasta, di pasaraya dan di mana sahaja.

“Senior” di dalam bidang perubatan selalu menasihati, kita lakukan kepada orang apa yang kita nak orang lakukan kepada kita. Itulah kebenarannya. Itulah hakikatnya. Kalau semua orang praktikkan perkara ini pasti hidup kita lebih baik.

Sebagai contoh, kalau kita bawa ibu, bapa atau datuk kita ke satu klinik, dah lah lambat menunggu, itu boleh tahan lagi, staf klinik ni panggil nama kita melalui corong pembesar suara, maklumlah orang tua kurang dengar (kebetulan kita pun tak beberapa dengar), dijeritnya nama orang tua tu 2-3 kali melalui pembesar suara dengan nada marah (Nak menyampaikan maksudnya Woi, orang tua – tak dengar ke?). Masuk jumpa doktor pun dengan rasa kurang senang. Nasib baik jumpa doktor yang hensem dan lemah lembut!

Bagaimana sekiranya, perkara yang terjadi tadi berlaku kepada ibu atau ayah petugas klinik tadi. Dia pulak pergi hospital, orang buat tak endah. Kena tunggu berjam-jam tak dilayan. Jumpa dengan jururawat diperli-perli sahaja. Apa yang dia rasa? Tuan-tuan dan Puan-Puan, bagaimana kita mahu orang lain melayan kita atau keluarga kita dengan baik dan bersopan-santun, sebagaimana itulah kita harus melayan dan menghormati orang lain. Kita tak boleh buat suku-suku. Dengan boyfriend atau girlfriend, kita cakap amboi.. lembut gigi dari lidah…. Tapi dengan pesakit, kita jadi macam harimau… Dan umur kita baru setahun jagung!

Marilah kita sama-sama ingat mengingati tentang perilaku dan budi bahasa kita kepada sesiapa pun. Kita anggap semua orang yang lebih dewasa dan tua itu umpama ibu bapa kita. Kepada semua doktor, jururawat dan petugas klinik (terutama yang saya tengah geram tu) tidak akan rugi walau secalit kalau kita mengamalkan budi bahasa dan pekerti yang mulia…. Jangan Kurang Ajar!. Kalau tidak rugi kerajaan bayar beribu-ribu suruh Dato’ Siti Nurhaliza menyanyi lagu Budi Bahasa Budaya Kita tu… Semoga, Kita menghormati pesakit kita sebagaimana kita mahu layanan yang sama diberikan kepada kita. Wallahu Alam.

8 comments:

  1. Dr,saya cukup pantang perangai nurse yg mcm tu. setakat ni selama berurusan dengan hospital or klinik, belum lagi ye saya berhadapan dengan perangai sebegitu.diorg baik2 belaka.sekarangni mungkin nurse byk dah upgrade n diajar tentang sikap dan keperihatinan diorang.
    cuma dok dengar juga masa zaman kecik2 dulu tentang sikap kebiadapan mereka.tu masa zmn dulu la
    kalo hadapi keadaan mcm ni? cemana kita nak 'sound' diorang ek?
    leh ker sound mcm ni,"cik, jgn dok berlagak sangat,setakat nurse cabuk mcm hang ni kiterog tak heran lar.setakat gaji hang tu skarg pun saya leh byr.berlagak aje lebih". hehe. boleh ker? mcm la saya berani nak sound.haha.berangan je. saya ni penakut la Dr.muehehe

    ReplyDelete
  2. Haha.. garang gak awak yer... tu namanya memadamkan air ngan minyak gas... boleh meletup tu... Awak cakap cam ni,"Tak baik angkat suara tinggi-tinggi cik... nanti pengarah Hospital dengar... ".. hehe..

    ReplyDelete
  3. Hi Dr, 1st time baca blog ni. Very interesting issue. Patut publish dalam newspaper ni. Pelikkan jururawat lg banyak songeh dari Dr. Nasib baiklah depa ni jadi jururawat kalau jadi Dr matilah pesakit2. Tapi yg sedihnye majority jururawat terutamanye di hosp kerajaan adalah org melayu yg saya pasti berugama islam. Mana letak nya keperibadian kita org islam. Stress? Mana ada kerja yg tak stress?
    Pernah saya lihat seorg jururawat memarahi pesakit yang terlantar hanya kerana minta tlg beri air untuk minum. Come on lah nabi muhammad pun bg anjing minum dengan baik.
    Saya harap depa2 ni kalau tak nak kerja baik berhenti duduk rumah daripada buat dosa.

    ReplyDelete
  4. Tapi kan depa tak semua camtu... ada segelintir sahaja...Yang lain memang bebaik... bukan nak bodek... tu yg ada patient masuk ward tak payah jumpa doktor.. jumpa nurse jer ada yg dah baik... siap mintak no. phone lagi.. hehehe.. yang jenis garang cam rimau nih sikit je... bukan pesakit jer depa tengking... laki depa pun kena tengking sama.. kekek.. tuh sebab laki depa tuh semua kurus-kurus jer... tak pecaya cuba tengok kat HKL.. badan bini skit punya sihat.. laki depa semua kurus.. kena tengking lah tuh... hehehe..

    ReplyDelete
  5. Halu Dr.. Menarik la baca blog ni..
    Tp mmg x dinafikan mmg ada segelintir jururawat2 ni yg bersikap sedemikian. Sy pun x tau la Dr napa jururawat2 d sektor kerajaan ni sedemikian rupa, sedih la bila nampak dorg ni garang, tengking2 pesakit apa lg warga emas.. Melalui pengalaman sy Dr, ada jg student nurse sektor kerajaan ni pun mcm ni tau. Masa sy menjalani prktkl d hospital kerajaan d pantai timur (sy ni nurse baru graduate). Ada sorg patient pompuan ckp ngan sy, dia x suka student tu,(siap dia smbut bit color ape lg).. Pas sy buat dressing pd patient ni, dia akan minta student kami yg lain trus buat dressing kt dia.. Bukan nak eksen tp patient tu kan manusia biasa yg punya perasaan.. Kita pun tau gak, apa prasaan kita bila seseorg layan kita ngan baik kan??

    ReplyDelete
  6. Dr sendiri pon pham budi bhsa. tp ader sorang doctor swasta nie...sngat x berbudi.. smoga Allah bg petunjuk. Aamiin.. blog dr bwat sye cool down. tq

    ReplyDelete
  7. Baru tadi saya jumpa doktor di klinik swasta. Sebelum pergi saya ada amik paracetamol dan black seed oil sebab dari pagi rasa lightheaded dan badan panas. Masa otw tu, rse berpeluh dah n mungkin nak baik dh kot. Tp saya still ke klinik. Iya lah, nak tahu kenapa rasa macam tu. Sampai saje di klinik, saya di rawat oleh sorang dr lelaki. Biasala awal2 akan mula dengan history taking . Dan saya ada memaklumkan bahawa dah makan ubat. Bila check (just check temperature dan tekak) , dia cakap saya tak demam. Okay lah. Dah baik. Saya ada tanyer psl mc, and dia cakap, "susahlah kalau semua datang nak mintak mc". Dengan nada yang garang dan hostile. Takpe la. Saya faham. Dan dia tanya, "you nak apa?" . Dengan penuh unfriendly . Wow. Kalau dia kasi explanation pasal apa yg saya telah alami, saya boleh terima. Ini saya diherdik dan dia cakap dengan kuat seolah2 saya seorang pemalas dan tiada maruah. Saya keluar dan ke kaunter ubat sebab nal tanyer bayaran consultation. Dan tidak di charge apa2. Kalau saya x amik ubat Sebelum ke klinik, macam mana mahu drive. Saya xnk susahkn kawan. Kitaorg ada kelas. Bila ke klinik diherdik macam tu. Saya takkan ke klinik kalau x sakit. Saya bukannya kaya sangat pun. Tidak kisah la soal mc, cuma kenapa saya mengalami perkara itu (lightheaded etc.)....

    ReplyDelete
  8. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.Jagalah nama baik Kementerian Kesihatan.

    ReplyDelete