Thursday, June 7, 2007

Kisah Pengembaraan Kg Tuel Gua Musang - Bersambung


Assalamualaikum Warahmatullah.

27 May 2007

Kami memulakan hari seawal 5.30 pagi di Kg. Tuel. Setelah solat Subuh, tazkirah disampaikan oleh Ustaz Abdullah yang menceritakan tentang cabaran di dalam berdakwah di kalangam Orang Asli.
Setelah sarapan pagi, kami memulakan perjalanan ke Kg. Plug jam 9.30 pagi. Apabila sampai, kami dapati keadaan begitu hening, tidak ramai penduduk di kawasan ini. Kami tiba di balai raya yang dibuat oleh buluh.
Kami menyangka sambutan hari pertama ini pasti menyedihkan, tapi sangkaan kami meleset. Seorang demi seorang tiba... sehingga satu saat, balai raya itu penuh dengan orang seperti satu majlis keramaian pula. Kelihatan 5 pelajar perubatan UiTM itu, Sdra Zulkifli, Sdra Syahidan, Sdari Atfina, Sdri Intan dan Sdri Bahijah begitu sibuk sampai tak menang tangan bertanyakan permasalahan kesihatan, mengukur berat dan tinggi dan mengambil tekanan darah. Sekiranya terdapat masalah kesihatan yang memerlukan rawatan, saya pula akan dirujuk... masa tulah saya berdendang... sorang demi sorang sehinggakan ubat yang dibawa tidak mencukupi. Semua yang datang pasti membawa pulang ubat. Paling tidak multivitamin. Cukup pukul 12.30 tghari klinik ditutup. Kami bergegas pulang ke Dewan kerana selepas ini akan diadakan Cak Rayak untuk tetamu (terbalik... kami pulak yang jadi tuan rumah).

Petang itu, saya bersama 5 orang anak buah saya melawat dari rumah ke rumah orang asli di kg. Tuel. Ada yang menerima kami dengan baik. Ada juga yang nampak takut-takut. Terus masuk ke dapur bila nampak kami tiba. Kami sempat melawat beberapa buah rumah sebelum hujan turun. Hujan sentiasa turun pada waktu petang... itulah hujan rahmat di Kg. Tuel. Apabila hujan turun, jalan balak jadi licin dan tidak ada kenderaan 4WD boleh keluar masuk kerana takut tergelincir ke dalam gaung atau sungai. Pernah terjadi sebuah pajero ABIM terbalik, oleh itu semua orang tidak berani utk keluar masuk bila jalan basah. Selepas Asar kami habiskan dengan berehat-rehat. Ada di antara kami yang mandi sungai (sungai laju tapi kena pilih tempat yang cetek) dan ada yang tidur.

Selepas solat Maghrib, kami adakan sebuah bengkel AZAN. Bertujuan untuk memperkukuhkan lagi amalan Azan kepada kanak kanak yg berumur 10 tahun hingga ke tingkatan 3. Malam itu kami tidur dengan lena...







Ini gambar pemandangan dari atas kampung Tuel. nampak tak sungai yang mengalir di bawah bukit. Itulah sumber air kami. Segar dan tidak dirawat. Airnya sejuk sangat tapi memang best.


Ini pemandangan kawasan kampung. Rumah yang dibina sudah beratap zink dan berdindingkan kayu menggantikan rumah tradisional buluh. Inilah antara hasil usaha IOA, Jabatan Agama Islam Kelantan dan JHEOA. Ia juga lebih tersusun.







Pemandangan yang hijau di kawasan laman perkampungan ini.



Ini pemandangan Kg Plug. Kampung pertama yang kami lawati. Masih terdapat rumah berdinding buluh. Kalau anda dapat lihat sejenis alat berbentuk empat segi di sebelah rumah, itu adalah sel solar. Itu adalah punca elektrik di kawasan kampung. Setiap rumah mempunyai satu tiang solar yang berharga RM 15 000 setiap satu... Mahal tu.. Walaupun begitu ia lebih ekonomi daripada sumber tenaga yang lain. Lagi satu... anda perasan tak ada perodua kembara kat situ?? Haaa... tandanya mereka ini ada yang dah mula berjaya dan mempunyai kehidupan yang lebih baik... ada tak saya bagitahu ada rumah kat sini yang ada Astro? ooo.. terlupa lah tu...





Orang Asli dari Kg plug sedang bersiap sedia beratur untuk di temuramah dan di ambil tekanan darah oleh adik adik bakal doktor dari UiTM.


Sekali lagi pemandangan dari sisi program pemeriksaan kesihatan. Berbaju biru Syahidan atau "Syidang" - sebab dia orang Terengganu, Bahijah sebelahnya, Atfina bercermin mata dan adik Hafizah.






Cuba tengok... tadi tak ramai sangat... tiba-tiba sahaja begitu ramai orang memenuhi kawasan balai raya. Saya kelihatan membelakangkan kamera tak menang tangan untuk memeriksa semua pesakit. Meriah dan seronok.


28 MAY 2007


Kami membuat keputusan untuk ke Kg. Ber. Kampung ini adalah kampung terjauh dari Tuel tetapi paling hampir dengan Jalan besar. Maksudnya, sekiranya kami ingin masuk ke Kg. Tuel dari jalan besar, kami harus melalui Kg Ber dahulu, kemudian Kg. Kerbuk, Hanir dan akhirnya Tuel dan Plug. Walaupun kg Ber paling hampir ke jalan masuk, tapi realitinya keadaan kesihatannya tidak menggambarkan yang ia menerima lebih perhatian dari jabatan kesihatan. Hampir semua anak-anak yang lahir tidak menerima imunisasi yang lengkap termasuk BCG. Ada ibu-ibu mengandung di Kg. Ber yang bersalin di kampung yang dibidani oleh bidan orang asli. Kebiasaannya mereka melahirkan di hospital dan diangkut melalui helikopter.

Ada anak-anak yang tidak cukup zat (pemandangan biasa) dan ibu-ibu yang pucat. Saya sendiri agak sedih kerana ubat-ubat yang ada tidak dapat menampung permasalahan di situ. Saya selalu mengingatkan diri saya, klinik bergerak yang dikendalikan oleh kami hanya sekadar membantu sekadar mampu. Kami bukanlah pasukan perubatan utama kerana kami sendiri tidak cukup peralatan. Apabila kanak-kanak tidak diberikan imunisasi yang lengkap, kami hanya boleh melaporkan kepada jabatan kesihatan yang terbabit sahaja. Apabila ada kes kanak-kanak tak cukup berat, multivitamin sahaja yang kami mampu. Mana mungkin untuk kami beri bantuan susu, walaupun di depan mata kami bayi2 diberi minum air teh-0 di dalam botol.



Wajah sedih seorang anak kecil di Kg Ber... badannya begitu kecil walaupun berusia 3 tahun. Badannya dipenuhi eczema.

Bergambar bersama ahli Kg. Ber dan pelawat dari JAHEIK (Jabatan Hal Ehwal islam Kelantan) yang kebetulan datang melawat pada hari kami di Kg. Ber.

Anak-anak muda dari Kg. Tuel. Antaranya Syukri sebelah kiri sekali dan Muhammad di sebelah nya. Mereka makan, mandi sungai, sembahyang dan tidur bersama kami.



BERSAMBUNG..

No comments:

Post a Comment