Assalamualaikum,
2 hari yang lepas, jam 3 pagi sewaktu saya bertugas di Taman Kosas Ampang, datang seorang gadis berumur macam saya.. 30 tahun. Matanya terpejam dan tidak sedarkan diri. Wanita ini, seorang Islam berdasarkan nama yang tertera pada I.C. diusung oleh seorang lelaki. Lelaki yang mengaku dia seorang kawan kepada wanita itu menerangkan saya kejadian yang berlaku.
Mengikut cerita lelaki itu, gadis itu baru sahaja bergaduh dengan teman lelakinya. Lelaki itu meletakkan di atas meja saya 2 benda. 1. Sebuah botol kosong arak kecil tertulis 40% alcohol 2. satu aluminium foil yang telah koyak yang tertulis nama ubat di dalam bahasa jepun (obviously, saya tak paham bahasa Jepun kan... ) iaitu ubat amphetamine (ecstasy). Menurut lelaki itu, wanita ini telah menelan 5 biji pil ecstasy dan sebiji pil tidur. Benda inilah yang menyebabkan wanita itu terpejam matanya..
Wanita ini tidak sedar keadaan dirinya dan seluarnya basah akibat terkencing. Walaupun di dalam keadaan yang tidak sedar, wanita itu menepis-nepis tangan kami yang memeriksa menjadikan pemeriksaan terhadapnya lebih sukar. Adakalanya, dia tiba-tiba cuba menanggalkan baju tshirtnya yang tidak memakai apa-apa pakaian dalam. Saya buat pemeriksaan ringkas dan cepat-cepat membuat rujukan ke Hospital Kuala Lumpur setelah mendapati dia stabil. Kadangkala, bila manusia telah dipengaruhi air kencing syaitan dan najis dadah, dirinya seolah-olah telah ditelanjangkan. Tidak lagi hirau keadaan sekeliling dan hilang erti malu pada dirinya.
Bukan sekali perkara seperti ini berlaku. Ini sudah masuk kali ke 5 selama setahun saya bertugas, saya menghadapi kes makan amphetamine bersama alkohol dilakukan oleh perempuan melayu Islam di klinik ini. Ada yang datang menggigil dan tidak sedarkan diri. Ada yang baru lepas muntah dan di dalam keadaan tak tentu arah (restless). Ada juga yang menipu mengatakan mereka baru pulang dari KLIA kerana menjemput saudara dan tiba-tiba kawan dia yang seorang jadi begini. Namun mengikut staf saya, ada tanda cop di lengan kiri yang menunjukkan dia baru pulang dari disko. (Saya tak tahu sebenarnya kalau tak staf saya beritahu)... puas pulak saya fikir apalah masalah perempuan ini... kan bagus kalau bagitahu dia baru balik dari disko... bukannya saya nak marah. Lagipun, kalau menipu saya kat dunia nih, macamlah tuhan tak tahu...
Nampaknya, setelah 50 tahun merdeka, ada di kalangan kita yang terlalu merdeka. Terlalu merdeka hingga terlupa batas-batas dan tanggungjawab. Tiada siapa yang menegur dan menghalang. Mendapat kemerdekaan itu memang sukar tetapi mengisi kemerdekaan itu lebih sengsara. Terima kasih kerana Menteri Kebudayaan dan Pelancongan kita tidak mengadakan konsert suka-suka dengan artis-artis kita yang menyebabkan lebih ramai lagi remaja yang lalai... Wallahu A'lam.
10 comments:
membaca ape yang Dr tulis, memang ada benarnya. Mengisi kemerdekaan itu lebih sengsara, saya rasa pengalaman sebegini patut lebih dikongsikan. Supaya siapa yg baca dpt iktibar.
terima kasih nurul. Anak muda kita ada yang tiada pedoman.
bukan setakat benar tapi nyata terang bersuluh...ecstasy,ice,pil2 penenang,ubat tidur,ubat batuk dan pelbagai macam pil terkawal dan tidak terkawal diambil oleh semua peringkat umur kononnya untuk seronok,menghilangkan tension,serabut dan dan seterusnya penyalahgunaan dadah begitu popular di kalangan remaja,pre dewasa dan ahli tegar dadah,benda tu panas terutama ice dan ecstacy dan tidak pelik jika mangsa tidak malu untuk menanggalkan pakaian jika kacip benda tu...rokok,ganja,tuak masam,air ketum,arak murah dan ubat batuk utk yang kurang duit dan estacy,ice,herion,morfin dan sebagainya utk yang berduit...disko,club,konsert dan gig-gig kecil merupakan tempat sesuai utk melayan benda tu...
Anonymous : baru2 ni saya terjumpa seorang budak selepas SPM jadi khayal sebab menggunakan ice. Dia jadi tak beberapa betul otak dia. Ada ke patut, saya nak bagi ubat kat dia, dia kata kawan dia bagi rasuah untuk saya racun dia. Tu lah kalau dah tak betul tu..
Ade ni satu jenis ubat aku tak brape ingat name die tp aku rase dalam klas benzodiazepines, yg kalo diberi pade orng akan jadikan orang tu tertidur & x ingat ape yg berlaku sebelum tu. ubat ni biasenye digunekn untuk date rape jd pd semue orang trutame gadis2 berhati2 kalo minuman anda dicampur dgn sesuatu yg mencurigakan yelah malang kan x berbau..
salam
DR adakah ubat penahan sakit migrain boleh menyebabkan kemandulan kepada orang yang mengamalkannya selalu? plz help me T_T
mamat power : betul lah tuh. Janganlah date orang yang tak diketahui berseorangan. Apa salahnya bawak mak atau ayah sekali kalau nak date sangat... ye dak mamat...?
kaidah girlz : saya belum pernah dengar lagi setakat ini.
mengikut cerita lisan kawan saya, ICE nih dadah sintetik yg dicipta US utk kegunaan askar2 yg dihantar ke perang Teluk. Effect dadah nih - bagi askar cargas > 24 hours utk certain2 mission, sbb dia rangsang adrenalin hormon, aktiviti degupan jantung bertambah. Itulah yg dia bagi tahu kat saya. Tp saya tak paham kenapa ICE nih jadi bahan ketagih.
saya rasa budak lepas SPM yg kata doktor racun dia tuh bukan sbb ICE, tp sebab hidu gam Dunlop kot. budak sekolah ada ker duit nak stim bende2 mahal mcm ICE tuh? alahai, rosak anak muda zaman sekarang nih...
Bagi kita ICE tu mahal, tapi bagi taik najis dadah, adepehal dengan harga puluh-puluh ringgit? Nak duit, ragut jelah. Nyawa orang, harta oragn tak penting.
ICE ni banyak digunakan oleh pemandu-pemandu bas mini di Sabah. Diaorang (tak semua) ambil untuk tahan dari rasa ngantuk mas driving jarak jauh (KK ke Ranau, etc). Kerja hari-hari, guna pun hari-hari Bila dah guna secara regular, memang tak heranlah kaau boleh ketagih. Ala... macam teh tarik jugak.
Pada pendapat saya ketagihan dadah adalah berpunca dari hati orang itu sendiri. Jika hatinya tidak menginginkan dadah makan dia tidak menjadi ketagih. My confession : saya pernah mengambil esctasy sebanyak dua kali. Saya tidak nafikan ia memang nikmat duniawi. Namun, hati saya berkeras tidak mahu menggunakan esctasy (dtg dr mana niat ni pun tak tahu, yg saya tahu saya tak mahu esctasy) akhirnya saya tidak pun menjadi ketagih. Keraskan hati anda, hati lebih kuat dari nafsu.
Post a Comment