Ketika saya mula meminati bidang hartanah, saya tidak pernah mengetahui apa itu feng shui dan menganggap ia suatu yang haram di dalam agama Islam dan tidak boleh diikuti. Memang pun, ada banyak perkara di dalam feng shui kadangkala agak tahyul dan tidak masuk akal. Namun begitu, apabila saya membaca beberapa buku yang ditulis oleh pakar hartanah berbangsa cina, saya dapati terdapat perkara di dalam feng shui yang boleh kita ikuti dan ambil iktibar.
Mengikut Rhenesial Leong, penulis buku Permata Hartanah, Feng Shui bermaksud "angin" dan "air". Amalan Feng Shui berpunca daripada amalan orang cina melihat alam ini. Semua benda di dalam ini dikategorikan kepada air, api, logam, tanah, kayu dan air. Cara 5 perkara ini disusun memberikan keseimbangan tenaga yang dikenali sebagai "yin" dan "yang". Tenaga ini dipanggil "chi".
Mengikutnya lagi, Feng Shui bukan agama atau amalan spiritual. Feng Shui lebih difahami sebagai satu "sains" yang menyusun 5 objek tadi agar berada di dalam keadaan seimbang dan harmoni.
Haaa... sekarang ini pasti anda semua akan memandang saya dengan mata anda yang terbeliak dan berkata, "Biar betul Dr. Azwan nih?? ... lain macam ajerr bunyi artikel kali ini... Jangan bagitahu kami benda-benda tahyul ni.. kami tak mau dengar!"..
Sabar... sabar tuan puan... itu intro baru tuh... Saya pun tak percaya feng shui. Anda tak perlu percaya. Apa yang nak saya ketengahkan adalah logik di sebalik feng shui itu. Kita orang Islam contohnya tidak percaya pada nombor yang boleh memberi sebarang mudarat. Jadi saya pun tidak akan sentuh kerana saya pun tak percaya. Mari kita lihat Feng Shui dari sudut yang positif.
Ini adalah saranan-saranan di dalam feng shui ketika memilih rumah.
1. Pilih hartanah yang terang dan berangin di ruang tamu, ruang utama, bilik tidur dan dapur. Jangan pilih ruam yang suram dan gelap. Memang logik pun. Di sinilah kita banyak menghabiskan masa bersama keluarga. Cuba bayang kalau kita duduk sorang2 kat rumah dan belum masuk maghrib lagi, rumah dah gelap dan suram semacam sahaja... waa..
2. Beli rumah mengadap Utara atau Selatan. Puas saya fikir apasal lah yang hebat sangat kalau beli rumah mengadap utara atau selatan. Saya fikir ini cuma satu tahyul di dalam feng shui. Sehinggalah saya diberitahu oleh seorang ejen berketurunan cina. Rupa-rupanya kalau kita beli rumah mengadap timur atau barat, kita akan menghadap samada matahari naik atau matahari jatuh. Jadi rumah anda akan menjadi panas ketika matahari naik atau matahari jatuh. Tentu anda tak mahu pulang ke rumah dalam keadaan penat ditambah pula dengan keadaan rumah yang panas. Kan sekarang anda dah tahu...
3. Jalan raya dan jalan masuk ke rumah mestilah rata. Elakkan jalan masuk ke rumah yang curam. Logiknya dilihat dari sudut keselamatan. Sekiranya jalan mencuram ke ke rumah, pastikan brek kereta anda berada di dalam keadaan yang baik. Kisah benar, seorang wanita ingin membuka pagar rumah tetapi terlupa menarik brek tangan. Kereta itu bergerak dan melanggarnya. Dia mati tersepit di antara kereta dan pagar. Sebab lain ialah kemungkinan juga anak kita sedang bermain di pintu masuk, dan tiba-tiba brek kereta rosak atau anda hilang kawalan ketika menuruni jalan masuk yang curam menyebabkan insiden yang tidak diingini berlaku.
4. Elakkan rumah mengadap T-junction. Ini juga dipandang dari sudut keselamatan. Anda tidak mahu suatu hari, ada orang yang mabuk atau gila lalu melalui jalan depan rumah anda yang lurus dan terlupa menekan brek. Anda juga akan dapati, pemandangan halaman rumah anda pebuh dengan debu dan anda akan berada di dalam ketakutan setiap kali anda duduk di ruang tamu.
5. Elakkan hartanah dekat dengan tempat yang hingar bingar seperti pasar. Anda mungkin akan mengalami masalah sekiranya rumah yang dibeli begitu hampir dengan kedai yang akhirnya menjadi pusat karaoke. Anda juga tidak mahu kawasan halaman anda menjadi medan letak kereta percuma.
6. Kesan air @ water effect atau kesan hijau @ green effect. Rumah yang mengadap tasik, kolam, sungai dan punca air yang lain akan mendatangkan ketenangan fikiran. Pemandangan yang tidak terhalang dengan bangunan, gunung-ganang, padang dan pokok-pokok juga boleh mendatangkan ketenangan fikiran. Anda akan dapati rumah yang mengadap taman permainan dijual mahal RM 10,000 - RM 20,000 daripada rumah yang mengadap rumah.
Jadi... ini adalah di antara perkara-perkara di dalam feng shui yang boleh membantu kita di dalam memilih rumah yang baik. Walaupun begitu ia adalah sekadar satu panduan. Anda akan dapati, tidak perlu belajar feng shui untuk mengetahu rumah anda adalah baik sekiranya rumah anda cerah dan berangin, mengadap sungai atau padang permainan, tidak terkena bahang matahari petang dan jauh dari kebisingan. Ia merupakan satu suasana yang memotivasikan hidup anda, kerana ia adalah lumrah alam untuk mencari ketenangan di dalam kehidupan.
Walaupun begitu, saya juga mendapati feng shui ini boleh menguntungkan saya. Saya baru sahaja ditawarkan sebuah rumah 2 tingkat yang ingin dijual oleh seorang doktor cina. Pada asalnya, rumah tersebut mengadap sebuah padang. Namun, pembangunan telah dijalankan di kawasan itu menjadikan jalan di hadapan rumahnya bertukar kepada "T-junction". Rumah itu cantik dan telah diubah suai. Semua 3 bilik terdapat kipas dan lampu. Bilik air telah siap dengan water heater. Pintu depan berpagar automatik dan laman hadapan telah diubahsuai dengan tiles sepenuhnya. Rumah juga terdapat alarm. Dapur juga telah diubahsuai separuh. Harga pasaran dianggarkan dalam RM 220,000. Terdapat rumah yang sama jenis dan telah diubahsuai sedang dijual dengan harga RM 240,000 di jalan yang lain. Oleh kerana T-junction itu beliau menawarkan rumah itu dengan harga RM 186,000!. Saya sedang memujuknya untuk menjual kepada saya dengan harga RM 180,000. Doakan kejayaan saya... Feng shui ke tak feng shui... saya tengah dapat harga di bawah pasaran RM 40,000!
semoga berjaya doc :)
ReplyDeleteSalam Dr. Izwan,
ReplyDeleteSaya minat baca blog Dr. Lain dari yg lain. Rasa jejak ke bumi. Bak kata sape tuh?.. Tercapai dek akal ku.
Pasal T-juction nih saya nak berkongsi dengan Dr apa yang berlaku di Jalan Sarikei, dekat Jalan Pahang KL. Tarikh dah lupa, tapi kira-kira 2 ke 3 tahun yg lepas.
Sebuah kereta Kancil yg dipandu oleh satu Amoi Cina yang keluar dari tempat parking sepatutnya membelok kekiri atau kekanan, telah meluncur terus kehadapan dan merempuh kedalam pejabat yang terletak ditingkat bawah sebuah bangunan.
Apa lagi, bertempiran lari la pekerja-pekerja dlm pejabat tu. Pecah habis la kaca dinding dan pintu pejabat tu. Barang-barang dan kerusi meja habis di langgar nya. Seorang pekerja bangsa Singh tak sempat lari, tersepit kat meja dia. Lama gak la nak mengeluarkan Singh yang malang tu.
Rupa nya, Amoi tu tertekan pedal minyak, masa dia nak tekan brek. Dia selamat tak cedera apa-apa, tapi pucat la muka. Tak tau macam mana mereka semua selesaikan.
Tapi pah tu, banyak gak la belanja kena baiki kerosakan pejabat tu. Saya juga nampak langkah keselamatan yang dia orang buat ialah memasang tiang-tiang besi didepan pejabat mereka.
Jadi kira lojik juga lah bila doktor menulis pasal T-juction ni. Kalau saya tak silap Cina percaya benda jahat akan masuk kerumah depan T-juction. Ish! tak caye saya benda-benda cam tu. Tapi yg saya nampak kereta atau lori atau bulldozer(?) boleh masuk dalam rumah kita. He, he he.
aminbakish : terima kasih. InsyaAllah
ReplyDeleteHusin : kelakar gak cerita tuh.. terima kasih sebab sharing. Saya rasa kalau kat taman perumahan yang takder kereta sangat mungkin takde masalah... tapi kalau nak jadi cerita.. tak payah t junction pun boleh kena kan...
Assalamualaikum wbt.. Saya baru masuk blog Dr. Azman ni.. Saya sebenarnya ada mengamal juga akan hal-hal Feng Shui ni.
ReplyDeleteSaya nak berkongsi satu pengalaman saya satu masa dahulu. Sewaktu tu saya sedang memakai gelang berwarna kuning yang saya beli dengan seorang lelaki cina katanya gelang tu bermaksud Cat Eyes.. Saya memakainya sekadar untuk suka-suka.
Saya ada seorang Pak Cik iaitu sepupu Mak saya. Pak Cik ni kira rapatlah dengan saya maksudnya Pak Cik ni seorang yang penyayang. Semasa saya kecik dia selalu datang rumah.. n bergurau dengan saya. Pak Cik@ Pak Usu tu memang baiklah. Bila kami dah berpindah di rumah baru. Rumah yang tempat saya menetap sekarang. Kami jaranglah bersua.
Pada satu malam... kira-kira sesudah maghrib tetiba gelang yang saya pakai.. Cat Eyes tu terputus.. tak semena-mena terputus. Hati saya berdetiklah masa tu. Dalam hati saya bertanya kenapa gelang tu tetiba putus dalam pada tu saya jantung saya berdegup kencang.. seperti saya merasa ada sesuatu sudah berlaku. Keesokan hari saya mendapat kabar Pak Usu telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur. Time dia meninggal tu samalah time gelang saya putus. Pada saya mungkin itulah petanda yang ingin dikabarkan kepada saya. Bukankah menurut orang cina gelang seperti yang saya pakai tu.. sebenarnya ada meaning. Bukan nak percaya tetapi itulah pengalaman yang saya lalui.
Assalamualaikum wbt... Saya baru berkunjung ke halaman Dr. Azman ni. Saya memang ada juga mengamal akan Feng Shui ni. Apa yang saya tahu n pernah terbaca tak salah kita mengikut petua Feng Shui. Yang Penting kita tidak menyekutukan Allah.
ReplyDeleteContohnya saya pernah melihat dalam klinik yang dimiliki seorang doktor yang agak jutawan. Saya nak tahu juga di sebalik rahsia kenapa dia jd agak jutawan. Satu hari kebetulan teman sepejabat pergi ke Klinik yang saya maksudkan ni. Bila saja masuk.. saya pun terus duduk di kerusi yang terbelakang sekali yang disediakan untuk pengunjung/pelanggan klinik tersebut dalam pada duduk saya memerhati ruang bilik menunggu. Di sebelah pintu utama saya terpandang sebuah gambar pemandangan air terjun n anak sungai. Bila terpandang aje gambar tu saya seakan mendapat jawapan kenapa doktor tu menjadi agak jutawan. Saya pernah juga bertanya kepada kawan yang tau tentang Feng Shui untuk apa gambar2 mcm tu di letak di ruang bilik tamu.. kata kawan saya sebenarnya gambar tu untuk membawa maksud rezeki akan masuk n sentiasa ada rezeki masuk. Rasanya ada kebenaran bila diimbas kembali. Pernah juga saya masuk ke rumah orang cina yang kaya2 mereka biasanya akan meletakkan gambar air terjun di ruang atas dinding pintu di rumah mereka yang membawa maksud rezeki akan masuk. Perlu difahami meletakkan gambar seperti air terjun bukan hanya sebarang letak tetapi sebenarnya perlu mengikut arah yang betul.. contohnya letak di dinding yang tidak menghala ke pintu.. nanti takut wang kita akan banyak keluar :)
salam...sebenarnye semua itu betul...ini kerana fengshui mementingkan keselamatan...bayangkan kalau kte letak cermin besar kat atas kepala katil...bila jatuh..xmati muda jawabnye...tentang gambo2 airlah..air terjun..itu sebenarnye betul..ala..bak kate org2 tua..simbolik la kate kan..mcm vision board...ingat x..kalau zaman dulu2 kita naik teksi lame2..banyak drebar melayu letak patung ayam..perasan x...emm...sbb 2 dowank xkaye..mcm ayam jgk..kais pagi makan pagi...kais petang...makan petang..cube letak patung ayam emas ke..nak lagi gempak..letak waterfront atas teksi..wakakah...gerenti jutawan...n lagi 1 org melayu nie dorang ske simpan brg2 lame yang dah xpakai kat bwh katil2..mmg xbgs...nk lg..emm..stahun sekali baru bersihkan tingkap cermin..time raye katekan...spatutnye tingkap hari2 kne berkilat...mcm tiolet jgk..kne bersihkan...lagi satu suka pakai barang2 yg dah retak..ikut fengshui xbleh..ikut islam...lagi2 xboleh...kalau xpakai fengshui nie...gerenti malaikat xnak msuk rumah...kotor sangat...bukan ke malaikat di ciptakan dari cahaya..kalau serabut cam 2...aduh...duduk tepi tingkap jeww r...
ReplyDeletekalau ikut zaman nabi..ibnu sina pernah pergi ketanah lapang untuk mendirikan tempat perubatan a.k.a klinik beliau...ibnu sina yang bijaksana telah mengantungkan daging segar kesetiap penjuru tanah lapang itu..selepas satu hari berlalu...beliau yang bijaksana telah kembali ke tempat lapang itu...dan jeng...jeng...jeng...beliau telah mendirikan klinik a.k.a tempat perubatan beliau di tempat penjuru daging yang paling segar dan bugar...bkan tempat yang abeh busuk dimakan kuman k....dari situ kita lihat bahawasnya beliau sendiri tahu..hanya tempat yang udara bersih..suhu yang bagus dan haba yang baik dapat menampung kesejahteraan klinik beliau...so senang beliau nak ulang kaji pembelajaran..xlah serabut.. ..patient datang pown selesa..xdelah tambah sakit..betul x... tengok...ibnu sina sendiri dah awal2 mgetahui kebaikan fengshui dan alam...cme beliau xminat fengshui...kalau x..beliau dah jadi pelopor fengshui...dan name nye adalah AL-FENGSHUI...
iTu Kalau beliau jadi pelopor fengshui..kalau saye yang jadi pelopor..saye bagi name..FENGSHESHUAI..sesuai gitu...maksudnye 'perlulah diletak ditempat yang 'sesuai'.nampak melayu sket...meletop.
sayE bebel panjang2 nie..kos saye kacukan..ayah melayu, mak cina...sooo...mmglah perwatakan sye bnyk melayu nye..smpai ayah xkasi skolah cina..tpi otak still cina...badan melayu + otak cina = saya..
mmg beza bnyak lh antara melayu dgn cina nie...ayah ajar pagi lps subuh kne bce suratkhabar..ibu plak suruh baru bace suratkhabar time petang..pas solat subuh truz tengok duit..
nk tau knape...ayah kate kita kne tahu perkembangan dunia sejagat..sbb 2 kne bce paper pagi2..ape2haal kte tau dulu..
.ibu plak ckp bce paper pagi2 xelok..negatif..tengok ajelah tajuk paper.."BAPAK TETAK ANAK..ANAK TETAK BAPAK"..'KISAH CERAI BERAILAH..LARI RUMAH LAH"..
Bila pagi2 minda kita dihidangkan dengan benda negatif.. tiap2 pagi plak 2..minda boleh jadi BUSUK..dan menarik pekara negatif...soo pagi2 kne tngok duit..jadi duit yang ada tenaga tu..akan tertarik pada kita..yela hari2 tengokkan...duit pown jadi suka kat kita....
SO PADE ANDA MACAM MNE PLAK..STUJU DENGAN AYAH SAYA ATAU IBU SAYA...
FIKIR2 DAN GARU2LAH KEPALE..CHOWWWW
BUBYE N SALAM.
Fast forward 5-6 tahun kedepan, boleh tahu Dr Azwan jadi ker beli rumah berdepan dengan simpang T tersebut? Mungkin pendapat Dr boleh tolong saya buat keputusan untuk beli atau tidak beli rumah berdepan dengan simpang T pula ni. Terima kasih
ReplyDeleteMaaf Dr, *fast forward 15-16 tahun kedepan
ReplyDelete