Friday, September 14, 2007

MEMULAKAN BISNES SENDIRI

Assalamualaikum...

Memang seronok membaca buku-buku yang mengajar kita tentang kejayaan menyertai bisnes. Banyak penulis menulis tentang bagaimana jutawan-jutawan dilahirkan melalui perniagaan yang adakalanya tampak begitu menggiurkan.

Sekiranya anda membaca buku tulisan Fred De Luca, iaitu "Start Small Finish Big" yang merupakan pengasas restoran "SUBWAY" di Amerika Syarikat dan sekarang ke seluruh dunia sehingga ke Malaysia, anda akan dapati kisah-kisah yang ditonjolkan begitu menaikkan semangat. Ia menaikkan bulu roma anda sehinggakan anda mahu berhenti kerja sekarang juga dan memulakan bisnes. Semangat anda meluap-luap untuk berjaya dan anda sangat yakin kejayaan itu cuma beberapa tapak di hadapan anda.

Tunggu dulu! Saya ingin menyarankan anda membeli sebuah buku penulis tempatan iaitu Ainon Mohd dengan bukunya yang bertajuk "Memulakan Bisnes Sendiri" terbitan PTS Publishing. Ketika saya membaca buku ini, saya tertarik kerana ia amat berlawanan dengan buku Fred De Luca.


Di dalam buku "Memulakan Bisnes Sendiri", anda akan disajikan dengan cerita-ceriti yang mematahkan semangat anda untuk membuka perniagaan. Ya, sekiranya anda bukan orang yang kuat semangat dan cepat patah semangat, anda sebenarnya tidak layak dikategorikan sebagai usahawan. Buku ini menceritakan betapa ramai orang yang ingin menjadi kaya melalui perniagaan tetapi akhirnya menjadi miskin kerana berniaga dengan strategi yang salah dan tiada bakat.

Buku ini merupakan edisi kemas kini yang merupakan cetakan kelima. Mempunyai 69 buah bab dengan dibahagikan di dalam 11 bahagian. Bahasanya tersusun dan ceritanya berkisar kisah benar dunia perniagaan.

Ada 2 isi penting di dalam banyak isi-isi penting yang ditulis yang begitu menarik minat saya. Yang pertama ialah bakat. Ainon Mohd menulis, sekiranya kita mula berniaga ketika umur kita melepasi 40 tahun bermakna kita sebenarnya tiada bakat berniaga. Setuju atau tidak, ia merupakan idea yang menarik. Mengikut Ainon, sekiranya kita mempunyai bakat di dalam perniagaan, kita sudah mula berniaga ketika kita masih muda. Tak kiralah bekerja untuk orang sekalipun, kita akan mula berniaga secara kecil-kecilan. Orang yang berniaga ketika melepasi umur 50 tahun tidak mempunyai bakat berniaga. (Kolonel Sanders - pengasas KFC berjaya di ketika umurnya 60 tahun!)

Saya terfikir, bagaimana setelah 35 tahun di dalam perkhidmatan kerajaan atau makan gaji, mereka mula ingin berniaga. Ketika itu, umur sudah 56 tahun, wang gratuiti pula banyak di tangan, dan mereka baru terfikir untuk berniaga. Kebanyakannya berpendapat untuk mengisi masa mereka yang terluang. Daripada membuang masa, baik berniaga. Tetapi saudara-saudari, amat merisaukan sekiranya wang tunai yang banyak itu lenyap serta-merta kerana risiko perniagaan tersangat tinggi dengan rekod kegagalan hampir 90% dalam masa setahun. Sekiranya gagal, dengan keadaan umur sebegitu, pasti akan mengundang padah. Namun begitu, tidak dapat dinafikan, kebijaksanaan dan pengalaman mereka amat berharga sekiranya mereka ingin meneruskan hasrat ini.


Yang Kedua, ialah idea bahawa orang melayu percaya bahawa peniaga cina ingin menjatuhkan mereka di dalam persaingan. Ainon Mohd menjelaskan bahawa ini adalah atitud peniaga melayu yang sering mencari kesalahan orang lain apabila gagal di dalam persaingan. Secara realiti, peniaga cina yang yang adakalanya menjadi pembekal mahukan para pengedar atau pekedai yang dibekalnya, tidak kira melayu atau cina berjaya. Sekiranya pengedarnya berjaya di dalam perniagaan, sudah tentu perniagaan pembekalnya juga akan berjaya. Ini adalah situasi menang-menang.

Di dalam buku ini, Ainon menceritakan bagaimana ada pembekal cina membantu peniaga bumiputera di dalam mencadangkan strategi untuk berjaya di dalam perniagaan dengan berkongsi ilmu pengetahuan dan membantu dari segi kredit membekal barang mentah. Yang menyedihkan. ada juga atitud orang melayu yang tidak memegang pada janji yang menyebabkan bukan sahaja pembekal cina, malah sama-sama melayu pun tidak percaya. Siapa yang harus dipersalahkan jikalau tidak diri sendiri.

Ada banyak lagi isi-isi penting yang saya sendiri dapat mengambil iktibar di dalam buku "Memulakan Bisnes Sendiri" tulisan Ainon Ahmad ini. Kadangkala ada perlunya kita mengkaji kelemahan-kelemahan saudara kita untuk memperbaiki diri sendiri. Biarlah kita belajar dari kelemahan-kelemahan orang lain yang gagal di dalam perniagaan daripada kita belajar kepahitan pengalaman itu daripada kegagalan diri sendiri. Melangkah setapak ke belakang untuk melangkah tiga tapak ke hadapan adalah sesuatu yang bijak dan praktikal di dalam dunia perniagaan. Saya cadangkan anda membeli buku ini untuk koleksi anda.


Wallahualam.

9 comments:

Anonymous said...

buku ni memang best, saya penah baca ulang 2 kali.hehe

Dr Azwan said...

Saya suka buku ni. Tapi saya tak rasa penulisnya seorang ahli perniagaan. Rasa-rasanya lah.

Anonymous said...

penulisnya kan tokeh besar PTS publication, puan ainon mohd.
http://www.universitipts.com/

de_kerinchi said...

salam dr. azwan

Saya selalu ke kedai buku, tetapi tidak nampak buku seperti ini...mungkin terlepas pandang..apapun saya akan cuba check balik tajuk tersebut...terima kasih..

Dr Azwan said...

Raiyan: OOO.. bos besar PTS ker. ok ok.. boleh buat sifu nih...

De Kerinchi : ye lah.. saya pun beli daripada muktamar ABIM baru2 nih. masa kat pesta buku PWTC tak perasan pulak. Agaknya yang edisi dikemas kini baru keluar.

Anonymous said...

salam to dr azwan/ senior medic uia yg saya hormati. Selamat menyambut ramadhan yang mulia.

saya sedikit hairan, kenapa dr azwan bertukar bidang? bila lepas baca artikel 'Ramadhan dan Mengubah Konteks Realiti' tu, saya rasa memang macam tak percaya membaca cerita dr azwan sendiri. dr dah jadi seorang MO yg bagus, tak silap saya memang dah boleh ambil master dalam bidang yg di ingini. Tapi tup2 tukar kerjaya jadi GP dengan buat bisnes. Hairan btul saya. Tak berminat ke nak jadi pakar, dan menyumbang balik kepada masyarakat, terutamanya terhadap orang Islam sendiri?

Rata-rata kami di kampus uia ( batch saya la ni) termimpi-mimpi nak ambil post grad studies nanti, tak nak jadi MO je. Nak tukar bidang terus takde say dengar lagi.

Mungkin disebabkan pandangan saya yang masih terkongkong di alam kampus ni menyebabkan saya tak dapat nak mentafsir erti tindakan dr. Berbesar hati yang amat saya kiranya ade sedikit penjelasan drpd dr azwan. Maaf ye kalau ade terkasar bahasa, komen pun pjg sgt dh, heh.

- junior yg confused -

Dr Azwan said...

Terima Kasih Ramzi di atas komen. Ramzi batch berapa yer? Saya memang berharap semua batch UIA tak kira sebatch atau junior ambil Master. Semoga anda semua akan menjadi pakar yang menyumbang di dalam masyarakat dan Agama Islam. Saya menyokong usaha anda. Pertama sekali nasihat saya, fokus di dalam study sekarang, sebab selagi anda belum lulus anda belum lagi menjadi seorang doktor. Segala impian anda akan betukar menjadi angan-angan jikalau anda gagal. Tapi InsyaAllah semua akan pass.
Kedua, saya tak bertukar lagi bidang. Saya masih seorang doktor. Cuma saya seorang doktor yang ingin berniaga. Tak salah kan?Impian saya ialah membuka sebuah kilang roti berjenama Islam dan halal untuk memberi makan anak-anak Islam di kantin-kantin sekolah yang kebanyakannya makan daripada roti yang dibuat oleh bukan Islam. Rasanya itu pun satu sumbangan. Bukan pakar jantung je yang boleh beri sumbangan kepada Islam Ramzi. Banyak doktor pakar yang akhirnya masuk ke Hospital Swasta yang akhirnya di labelkan oleh Prof Tahir sebagai "Highway Robbers"... Merompak orang sakit dengan kepakaran mereka. Kita belum tentu boleh berbakti kepada masyarakat selagi kita tak boleh buktikan dengan perlakuan kita. Keluar dari kelompok pemikiran stereotaip. Usahawan pun satu cabang professional. Wallahu Alam.

Anonymous said...

Terima kasih banyak2 diatas penjelasan! cepat betul response. Seronok dapat membaca penjelasan macam ni, pengalaman orang yang terlebih dahulu daripada saya....its something that i will never get by studying in the library or by reading books alone. Jazakallah

saya batch ke-8, masuk medic 1st year tahun 2004, insyaAllah grad mid 2009. Memang tak sempat pun kita jumpa. Yang paling awal saya dpt jumpa pun batch medic ke-4.

selamat berjaya dr azwan. insyaAllah saya cuba apply apa yang patut, sesuai dengan tahap saya sekarang ni.

Dr Azwan said...

Oo.. dah 8 batch dah UIA.. terasa tua dah saya ni... saya pun sempat dengan 4th batch cam Jep ngan Azmi kan.. Baguslah.. awak lulus dengan cemerlang lepas tuh ambik master. Saya pun nak ambik master in Business Admin.. InsyaAllah kalau ada rezeki dan masa. Ambik master pun bukannya senang sekarang. ada 10 seats yang mintak 50 doctors dan sekarang dah ada entrance exam. Good luck to you. Terima kasih sebab selalu masuk blog saya. Visit lah selalu, manalah tahu you can pick up some useful "garbage" from old bloke like me.... hehe

Related Posts with Thumbnails