Assalamualaikum Warahmatullah...
Pertama-tamanya UmmuSofeya Bakey ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan al-Mubarak. Telah lebih seminggu kita menjalani ibadah ini dan Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik walaupun cuaca kebelakangan ini agak panas dan kurang hujan.
Syukur juga kepada Allah kerana dengan izinNya, perniagaan kuih raya untuk julung-julumg kalinya di adakan pada tahun ini mendapat sambutan yang meriah. Walaupun ini kali pertama, UmmuSofeya Bakery melihat potensi industri kuih raya ini sangat besar. Ini dibuktikan dengan kisah benar seorang kakitangan PUSRAWI yang telah berjaya menjual kuih raya kami dengan untung RM 400 selama beberapa hari puasa sahaja (Untung RM 4 x 100 balang) ! Dan tanpa susah2 mengeluarkan modal dam membuat kuih. Itupun beliau sedang menambah tempahan 65 balang lagi untuk minggu seterusnya. Mungkin jualan kuih raya beliau bulan ini melebihi gaji beliau sekiranya tempahan terus datang. Sekurang-kurangnya ini adalah satu proses untuk kami sendiri dan usahawan lain yang berminat bercambah menjadi usahawan yang lebih berjaya.
Oleh itu, kami ingin menyeru kepada semua yang ingin berjinak-jinak sebagai usahawan sambilan menyertai kami sebagai pengedar kuih raya untuk tahun hadapan. InsyaAllah, UmmuSofeya akan terus berjuang untuk mengembangkan bisnes ini untuk saban tahun sekiranya diizinkan tuhan.
Berikut adalah gambar-gambar kuih raya kami yang siap untuk dijual dan diedar.
Almond London
Full buttercup, almond sebiji satu. Cuba tengok saiz dia... Wow.. Lagi besar dari ibu jari ANAK anda!. RM 18/ 50 biji.
Full buttercup dengan kacang walnut. Sangat rangup dan sedap. Sukar dilepaskan. RM 18/ 50 biji.
Chocolate cornflakes.
Cornflake diadun dengan ground nut untuk menambah perisa, disalut chocolate dan ditabur colourful chocolate rice untuk menambah daya tarikan. RM 18/ 50 biji.
Chocolate cornflakes.
Cornflake diadun dengan ground nut untuk menambah perisa, disalut chocolate dan ditabur colourful chocolate rice untuk menambah daya tarikan. RM 18/ 50 biji.
Campuran chocolate masakan dan chocholate Strawberry memberi perisa yang menarik dan warna yang menambah daya tarikan. Rasa yang enak. RM 18/ 50 biji.
All time favourites tart nenas. Tempahan yang banyak oleh pelanggan selepas merasa sampel.
Tempahan oleh seorang kakitangan PUSRAWI Jalan Tun Razak dimasukkan ke dalam kotak sebelum dihantar.
Jem nenas buatan sendiri. Nenas beli kat TESCO! (Pecah rahsia). Full buttercup. Saiz besar dan cukup puas hati bila makan. RM 18/50 biji.
Kuih Gunting UmmuSofeya
Resipi dari Pekan, Pahang. Campuran pelbagai rempah rahsia dari timur. 500 gram/ RM 10.
Kuih raya yang telah siap disusun bertingkat-tingkat mengikut tempahan.
All time favourites tart nenas. Tempahan yang banyak oleh pelanggan selepas merasa sampel.
Tempahan oleh seorang kakitangan PUSRAWI Jalan Tun Razak dimasukkan ke dalam kotak sebelum dihantar.
alhamdulillah bisnes doctor berjaya.. semuga cita-cita nak membesarkan lagi perniagaan tu juga akan tercapai insyaAllah....
ReplyDelete