Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh;
Kepada semua pembaca blog ini diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Ramai lagi nampaknya yang belum balik kampung. Apa-apa pun Salam Kemaafan dihulurkan dan semoga bergembira hendaknya di hari yang mulia ini.
Saya mendapat email ini daripada kawan. Izinkan saya berkongsi cerita, manalah tahu ada yang boleh diambil iktibar. Cerita sensasi daripada pembekal barang roti kesayangan kita iaitu "Bake with Yen". Mengikut ceritanya kedai ini diserbu oleh PPIM, KKM dan KPDNHEP kerana menjual barang terluput tempoh dan berulat. Harap-harapnya tiadalah di antara kita yang terbeli barangan luput tarikh yang dijual. Ini sedikit-sebanyak merosakkan imej rangkaian kedai barangan bakeri ini daripada umat Islam.
Berikut merupakan sebahagian daripada petikan daripada kenyataan akhbar oleh PPIM:-

"Pada 9/10/2007 kira-kira jam 11.00 pagi, Unit Tindakan Khas PPIM bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, telah menyerbu Syarikat Baked With Yen yang menjual barang-barang yang telah tamat tarikh luput dan berulat. Syarikat ini juga tidak mementingkan kebersihan dan menipu pengguna dengan menggantikan tarikh tamat tempoh tersebut dengan tarikh yang baru.PPIM sangat kesal dengan syarikat terbabit yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan pada musim perayaan ini dengan mengaut keuntungan tanpa mempedulikan hak dan maruah pengguna. PPIM menasihati supaya berhati-hati semasa membeli dan memboikot syarikat tersebut di atas sifat tidak menghormati pengguna serta mementingkan keuntungan
semata-mata."Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment