Tuesday, October 30, 2007

Perhebat Strategi Dakwah... Satu Pandangan.

Assalamualaikum Warahmatullah.
Mari kita berbicara secara serius...

Saya merupakan pembaca setia pena mufti yang ditulis oleh Sahibus Samahah Dr. Mohd Asri Zainal Abidin di Mingguan Malaysia saban minggu. Teringat saya ketika menjadi mahasiswa di Kulliyyah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa di Kuantan, persatuan mahasiswa ada menjemput beliau untuk memberi ceramah terbuka di ruang legar UIAM ketika Hari Terbuka UIAM beberapa tahun yang lalu. Saya dapati, kata-kata beliau amat tersusun di selang seli dengan ayat-ayat al-Quran dan Hadis menampakkan tahap keintelektualan yang sangat tinggi.


Apabila beliau dilantik menjadi Mufti Negeri Perlis, saya berfikir bahawa beliau sangat layak untuk menduduki kerusi itu kerana kemampuan beliau dari segi ilmiah di dalam merungkai masalah-masalah kontemporari di abad yang serba canggih ini. Memang terdapat pelbagai kontroversi sejak akhir-akhir ini tentang pendapat beliau yang dikaitkan dengan wahhabiah. Pemikiran beliau yang agak kritikal mengundang tidak puas hati banyak pihak - tidak daripada kaum bukan Islam tetapi kebanyakannya dari pegawai-pegawai agama negeri-negeri lain yang merupakan pakar-pakar agama Islam juga. Pertelingkahan ideologi ini mengingatkan kita tentang perbezaan pendapat dan ideologi "kaum tua" vs "kaum muda" pada waktu awal sebelum merdeka.


ISU BIN ABDULLAH


Pada kebanyakan pendapat Dr. Asri, saya tertarik dengan beberapa pendapat yang saya rasa agar segar dan memerlukan sokongan "orang muda" seperti saya. Salah satunya ialah menggunakan "BIN ABDULLAH" selepas masuk Islam. Menurut beliau, Bin Abdullah selepas masuk Islam adalah amalan yang diamalkan di Malaysia sahaja dan bukan negara Islam yang lain. Sila lihat petikan beliau:-

Pada zaman Nabi s.a.w., jika baginda amalkan hal ini, tentulah majoriti para sahabah akan ber’bin’kan Abdullah. Maka tidak adalah lagi disebut ‘Umar bin al-Khattab, sebaliknya ‘Umar bin Abdullah, tidaklah lagi Uthman bin ‘Affan, sebaliknya ‘Uthman bin Abdullah. Juga tidak adalah lagi ‘Ali bin Abi Talib, sebalik ‘Ali bin Abdullah. Sebab, kesemua bapa mereka tidak menganut Islam. Namun apa yang berlaku tidak sedemikian rupa.

Ya, baginda menukar nama-nama buruk individu yang menganut Islam tetapi mengekalkan hakikat ‘bin’ mereka. Sedangkan orang Arab begitu menjaga dan menyebut titis keturunan sehingga ke beberapa peringkat. Umpamanya, jika kita membuka kitab yang masyhur, Riyadh al-Salihin, karangan al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) hadith pertama yang beliau sebut daripada ‘Umar bin al-Khattab. al-Imam Al-Nawawi menyebut: “Amir al-Mukminin, ‘Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abd al-Uzza…” ‘Abd al-‘Uzza bermaksud hamba berhala al-‘Uzza. Jika lihat nama datuk nabi “… bin Kilab”. Kilab bermaksud anjing-anjing. Islam tidak mengubah sesuatu hakikat yang pasti.

Sila Rujuk http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=12 untuk artikel penuh beliau.

Jika ditinjau dari sudut keturunan, kadangkala ia menjadi sangat sensitif. Saya banyak menerima email daripada puak missionari yang menakut-nakut orang ramai dengan mengatakan, kalau anak awak masuk Islam, nama awak pun akan dibuang. Ia seolah-olah memutuskan hubungan kekeluargaan dengan masuk Islam. Apabila negeri Perlis tidak memansuhkan nama ayah, saya kira tentu ramai yang ingin masuk Islam akan ke Perlis untuk melaksanakannya. Saya rasa pendapat beliau dengan menyatakan bahawa perkara ini boleh menjaga nama baik Islam dari dipandang serong juga adalah tepat dan benar.


Adakala di dalam kerja-kerja dakwah, pendekatan yang ditunjukkan mestilah berdasarkan kebijaksanaan dan hikmah. Masuk Islam adalah memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi bagi golongan bukan Islam. Namun sekiranya ia dipenuhi dengan perasaan sedih untuk ditanggung kepada pihak yang masuk Islam, adakalanya perasaan-perasaan ini menghalang tujuan utama tadi. Oleh itu, cadangan ini boleh mengurangkan beban yang sedia ada.


ISU KEMATIAN SAUDARA BARU

Masih ingat kisah seorang saudara baru kaum India yang meninggal dunia dan dituntut oleh 2 pihak iaitu kaum keluarganya dan JAWI. Isu ini hangat ketika saya masih di HKL. Isu nih juga mendorong lebih ramai bukan Islam menyuarakan tidak puas hati mereka.
Saya terdengar seorang dari rakan saya yang beragama Kristian berkata:-
"Masa hidup tak ada orang kisah kat dia. Dia sakit ke, sihat ke, makan ke tidak, tak ada orang peduli..."
"Tapi bila dia mati, tiba-tiba sahaja semua orang ambil peduli, semua orang mahu mayat dia. Memalukan... "
Saya rasa, beliau merujuk kepada JAWI. Memang terdapat banyak cerita tentang kesusahan hidup saudara baru yang ditinggalkan keluarga. Ada yang sangat menderita. Ditambah pula dengan kesukaran mendapat bantuan daripada agensi-agensi seperti zakat dan sebagainya. Walaupun isu menuntut mayat untuk peristiwa di atas untuk dikebumikan adalah sangat penting tetapi adakalanya kita lupa nak membuka mata kepada isu yang lebih besar.
Terdapat banyak rungutan tentang kisah saudara baru yang menjadi sandaran akhbar dan majlah yang memerlukan perhatian yang lebih. Sokongan dari segi ilmu dan pengetahuan sangat penting tetapi yang sama penting ialah menyediakan mereka kepada satu keadaan sehingga mereka boleh berdikari dan kembali kepada pangkuan masyarakat dengan kepala yang diangkat.



KISAH TOK BATIN

Ada cerita menarik untuk dikongsi bersama yang benar-benar berlaku. Sesiapa yang mengenali Dato' Dr. Abdul Razak Kechik pasti mengetahui akan tugasannya mengIslamkan ramai orang asli di negeri Kelantan sejak berpuluh tahun. Beliau telah berjaya mengislamkan beratus keluarga sehingga tinggal beberapa keluarga yang belum masuk Islam. Salah satu keluarga yang tidak Islam ialah Tok Batin kepada sebuah kampung di sana.


Apabila Dato' Dr. Razak mengajaknya masuk Islam, Tok Batin menolak dengan baik. Setelah dipujuk beberapa kali, Tok Batin masih berpegang kepada pendiriannya tetapi membenarkan isterinya untuk masuk Islam dahulu. Beliau berkata ingin masuk Islam kemudian. Akhirya isterinya masuk Islam. Selang beberapa masa, apabila Dato' bertemu dengan Tok Batin tadi, beliau terus memarahi Dato'. Beliau mengatakan bahawa Islam telah merosakkan perkahwinan mereka, memecah belahkan rumah tangga mereka dan menjadikan hidupnya porak peranda. Sebelum Islam datang beliau amat gembira sekarang beliau di dalam keadaan yang sanagt bersedih. Beliau tak mahu memeluk Islam.

Dato' Dr. Razak yang tidak tahu hujung pangkal bertanya apa sebenarnya yang berlaku. Rupa-rupanya, ada seorang pegawai agama Islam yang entah mana datangnya telah memberitahu kepada isterinya, bahawa isterinya telah masuk Islam dan tak boleh bersama dengan suaminya lagi yang belum masuk Islam. Pendekata, hubungan perkahwinan mereka telah terputus dan mereka dikira telah bercerai. Isterinya telah lari dan meninggalkan Tok Batin berseorangan setelah masuk Islam.

Tragedi ini sebenarnya boleh dielakkan sekiranya orang Islam itu mempunyai kebijaksanaan di dalam strategi dakwah. Imej Islam yang dibina serta merta hancur disebabkan oleh sikap kurang bijaksana pegawai tadi. Tok Batin itu akhirnya masuk Islam baru-baru ini, namun beliau keseorangan ditinggalkan isterinya. Imej Islam yang telah terjejas teruk perlu dipulihkan kembali dengan cara yang berkesan dan bijaksana. Kita memerlukan ramai pemimpin dan pemikir Islam yang serba boleh di dalam banyak bidang untuk merencanakan perjuangan dakwah yang lebih berkesan.




WALLAHU A'LAM.





10 comments:

  1. alhamdulillah diatas ulasan anda mengenai MAZA...untuk pengetahuan anda kuliahnya ada setiap bulan di sekitar lembah klang,boleh hadir jika berkesempatan...

    wslm

    ReplyDelete
  2. Salaam, :D I salute u for writing this particular piece. Thanks ... kesengsaraan orang-orang Islam adalah dari kesilapan mereka sendiri bukan dari orang yahudi atau nasrani tapi more on our own shoulders. If we wake up & think about it we can be better players not only on earth tapi juga diJannah.

    We need to rise and move away from current traditions .. we create traditions therefore we can mould new traditions.

    Good luck to all the da'is out there.

    Salaam

    ReplyDelete
  3. Saya nampak Dr MAZA akan menjadi pengubah di dalam tradisi agama kita di Malaysia. Walaubagaimanapun ramai orang tak suka pada dia.. harap2 dia akan berjaya

    ReplyDelete
  4. Orang tak suka Dr.MAZA bukan sebab dia nak bawak perubahan ke arah kebaikan, tetapi nak bawa umat Islam membicarakan isu-isu perbezaan pendapat (khilafiyyah) seribu tahun lalu yang para ribuan para ulama silam sudah bersetuju untuk berbeza pendapat, kerana masing-masing gagal mencapai kata sepakat. Masing-masing melihat ada kebenarannya dalam pendapat org lain walaupun mereka lebih meyakini pendapat mereka sendiri. Lalu jadilah 4 Mazhab. Asri tak ikut mazhab, dia buat mazhab sendiri sebab dia rasa dia mujtahid dan di rasa "pendapat aku sahaja betul, orang lain semua salah", "hadith aku sahaja Sahih, hadith orang lain semua Dho'if". u masalah Dr. Asri. Dan itulah sebab orang tak suka dia!. Dr. kena mengaji banyak lagi pasal Islam ni...

    ReplyDelete
  5. Hai marah nampak... huhu :)

    Saya harap tuan tak marah Dr. MAZA disebabkan atas dasar politik.

    Dr MAZA bagi pendapat dia berdasarkan ilmu dia.. Dia memang pakar Hadis. Napa nak marah sangatnya... Apa nak dihairankan tentang perbezaan pendapat? Kita tasammuh dan berlapang dada sahaja lah. Yang pentingnya idea itu diketengahkan.

    Kalau tuan NAK kata kepada Dr. MAZA "pendapat aku sahaja betul, orang lain semua salah", "hadith aku sahaja Sahih, hadith orang lain semua Dho'if". Itu adalah hak tuan dan saya minta maaf tak nak campur. Tuan jawablah dengan dia.

    Sekarang ni imej orang Islam sangat rendah. Isu Bin Abdullah tu saya rasa sangat valid dan saya cuba ketengahkan. Begitu juga isu memahami keutamaan ilmu, institusi Masjid, pengurusan zakat dan harta dan juga menjaga alam sekitar especially global warming. They are valid issues. Itu semua isu yang segar. Saya raza 1000 tahun dulu tak ada orang ketengahkan pasal isu alam sekitar sebagaimana Dr MAZA buat.

    Apabila dia kata pengurusan zakat harus di perkuatkan kerana ramai orang miskin tak dapat bantuan zakat. Dia bawa cadangan2 tapi bukan cadangan baru. Pandangan dia berdasarkan Dr Yusof Al-Qardhawi. Seorang Ulama Kontemporari Jadi apa masalahnya?

    Tuan kata : "Hadith aku sahaja Sahih, hadith orang lain semua Dho'if". Apabila dia menolak hadis lemah. Apa pula masalahnya? Dia pakar Hadis. Kalau dah hadis lemah macamana nak pusing pun hadis tu tetap lemah...

    Berkenaan "Dr. kena mengaji banyak lagi pasal Islam ni...". Saya ucapkan terima kasih kerana tolong ingat mengingat.. - Watawa Saubil Haqq Watawa Saubis Sobr...

    Saya bukan membela Dr. MAZA.. tetapi ada di antara ideanya yang segar dan membuka mata.... bukan kerana saya ni Wahbi ke saudara kepada dia ke...

    Berdebat secara intelektual ini susah. Kena jaga emosi dan akal. Ada orang memang tak mampu... termasuk diri saya sendiri...

    Wallahu A'lam.

    ReplyDelete
  6. Orang x suka MAZA sebabnya kebanyakkan orang mengikut amalan tradisi tanpa mengetahui dalil yang sebenar.sebab itulah ramai umat islam sekarang nie taqlid buta.mengaku saja mazhab syafie,tanya betul² bukannya kenal siapa syafie tue.kalo asri x ikut mazhab,syafie pun salah juga sebab x ikut mazhab imam malik.bukankah imam malik adalah gurunya?

    Islam bukan asal daripada orang melayu jadi ingat²lah amalan yang dilakukan dikalangan orang melayu adalah amalan turun temurun yang bukannya asal daripada agama....

    ReplyDelete
  7. Betul. Bila sesuatu benda yang sebenarnya hanya adat ajer tapi dah dicampur adukkan dan ditambah sana sini di dalam budaya seolah-olah ia adalah ISLAM.. jadinya ISLAM tuh dah nampak tak beberapa Universal sangat dah... Islam Malaysia.. Islam Indonesia.. Islam Hadhari...

    Tuh sebab ISLAM jadi bahan senda bukan Islam... Bila ada orang pertikaikan Islam melayu kita dengan pelbagai dalil yang baik.. ia jadi isu... sebab Islam dah bercampur adat... Bak kata pepatah melayu "biar mati anak... jangan mati adat".. tak pelah adat mati.. jangan Islam mati sekali...

    ReplyDelete
  8. Satu artikel yang baik dan kritis dalam membincangkan sesuatu isu .. Salam Tajdid !!!!

    ReplyDelete
  9. UMAT ISLAM HARI NI LEBIH SUKA MENGIKUT ULAMA DAN HIDUP DALAM KELOMPOK2,ALQURAN YANG ADA DEPAN MATA TAK DIENDAHKAN PENDAPAT ULAMA2,BIARPUN BERTENTANGAN DENGAN ALQURAN DIPERTAHANKAN MATI MATIAN...

    ReplyDelete
  10. Ramainya anonymous... apapun, terima kasih kerana memberi komen.

    ReplyDelete