Assalamualaikum...
Untuk anda yang baru smengenali dunia blog maka saya ingin cadangkan sebuah buku untuk bacaan santai anda. Buku ini bertajuk Rahsia Blogger - Membongkar Rahsia Buat Duit Dengan Blog. Buku ini ditulis oleh 2 orang yang tak asing lagi dengan dunia blogger di Malaysia iaitu Mohd Suhaimy Abu Bakar A.K.A Shuth dan Mohd Farid Sulaiman.
Saya secara individu pernah duduk bersama Shuth untuk bermain Cashflow 101 anjuran Bicara Jutawan kelolaan saudara Pakdi di Bandar Baru Bangi suatu beberapa bulan yang lalu. Saudara Shuth kelihatan sebagai seorang yang pemalu tetapi apabila tiba bab mencari wang melalui blog, maka beliaulah pakarnya. Shuth mempunyai 2 blog istimewa iaitu www.rahsiablogger.com dan www.mohdsuhaimy.com. Anda boleh belajar daripada blog ini bagaimana menjana wang melalui blog.
Saya juga telah bertemu muka dengan Sdr. Mohd Farid Sulaiman 2 minggu yang lepas di Kota Damansara dan kami minum teh bersama 2 rakan lagi. Saya pada asalnya mengenali beliau hanya melalui blognya iaitu Blog Penternak Menjadi Jutawan iaitu blog tentang penternakan kambing. Rupa-rupanya beliau adalah orang yang bersama-sama Shuth menjadi penulis buku Rahsia Blogger ini.
Mohd Farid yang berwajah ala-cina mempunyai minda perniagaan. Ini dibuktikan dengan idea-idea beliau yang bernas tentang beberapa ruang perniagaan yang berpotensi untuk dibangunkan dan diterokai terutamanya bidang penternakan. Sila lawat blog beliau di www.sanginternet.com
Buku Rahsiablogger ini mempunyai 7 buah bab dengan 111 muka surat. Ia diterbitkan oleh Truewealth Publishing. Secara asasnya ia menerangkan tentang betapa indahnya memiliki sebuah blog.
Ramai orang menganggap fungsi blog adalah untuk meluahkan isi hati yang terpendam di dalam kehidupan sehari-hari seperti sebuah diari. Tidak semestinya. Kini blog menjadi alat pelbagai guna. Blog pada zaman ini boleh menjadi satu alat untuk menyebarkan dakwah, ia juga adalah satu ruang untuk membincangkan isu-isu semasa seperti peperangan, politik dan isu-isu sejagat.
Trend pada waktu ini yang menjadikan blog sebagai "interface" kepada promosi perniagaan mereka untuk lebih dekat dengan pelanggan. Banyak gergasi perniagaan seperti Amazon, Google dan Dell kini meggunakan pendekatan blog yang lebih "mesra pengguna".
Sehingga tahun 2006, 60 juta blog telah didaftarkan kepada technorati.com, salah satu enjin pencarian di blog dan jumlah ini bertambah dari hari ke sehari. Ini tidak menghairankan kerana lebih ramai anak-anak muda lepasan sekolah yang sudah mula menulis blog di peringkat sekolah, malah ada yang memiliki lebih daripada 2 blog.
Apa yang menarik tentang buku ini ialah buku ini mensasarkan pengguna yang masih baru di dalam bidang blog. Ia menerangkan langkah demi langkah daripada mendaftar blog sehingga ke menulis blog beserta dengan grafik yang lengkap dan amat membantu. Ia amat sesuai kepada mereka yang baru bertatih menulis blog.
Mungkin bagi sesetengah orang, apalah ertinya membuang berjam-jam masa anda untuk menulis blog sekiranya tiada balasan berupa wang untuk menjana keperluan harian anda. Jangan risau, ada beberapa tips penting di dalam buku ini tentang bagaimana untuk menjana wang daripada blog dengan mudah.
Secara individu, saya sendiri berjaya mendapat beberapa ratus ringgit sebulan daripada blog ini. Melalui iklan-iklan yang dipaparkan saya menggunakan blog untuk mempromosi jualan offline secara online. Itu adalah cara bagaimana jualan kuih raya syarikat saya mencecah beberapa ribu ringgit walaupun masih baru di dalam bidang ini. Dan ini jugalah cara saya menjual berpuluh-puluh unit handphone kepada pembeli yang membaca blog.
Anda juga boleh membaca beberapa strategi yang digariskan oleh penulis muda kita ini untuk menjadikan blog ini mendapat ranking yang tinggi, lebih hebat, diminati dan mendapat perhatian pembaca. Buku ini juga mengajar anda untuk mencipta identiti anda sendiri melalui penulisan blog anda.
Walaupun begitu, buku ini kelihatan begitu ringkas. Saya cuma mengambil masa selama 3 jam untuk menghabiskan 7 bab. Ini adalah kerana saya tidak perlu membaca secara teliti bagaimana untuk membina blog kerana saya sudah mempunyai kemahiran menulis blog. Apa yang penting bagi saya ialah bagaimana untuk menjayakan blog ini sambil mendapat keuntungan serba sedikit daripadanya.
Untuk blogger yang sudah professional, satu perempat daripada keseluruhan buku ini tidak dikhususkan kepada anda. Walaupun begitu, tips yang dianjurkan amat menarik untuk dikongsi bersama. Mungkin ramai tidak tahu kegunaan RSS dan beberapa SEO tips untuk menaikkan ranking anda. Ini adalah peluang anda untuk memahaminya.
Akhirkata, Rahsia Blogger adalah hasil tulisan daripada pengalaman sebenar penulis ini. Mereka sangat berdedikasi dan komited untuk mempersembahkan kepada anda banyak isi penting tentang makna kewujudan blog dan bagaimana mengambil manfaat daripadanya. Saya nampak keikhlasan di dalam tulisan pada buku ini. Anda wajar merasainya bersama-sama saya.
Wallahu A'lam.
Oh! ho! ho! ho! siap ada gambar muka lagi.. ho! ho!.. malunya. Apa-apa pun.. terima kasih dr azwan. Saya ambil sedikit ayat dr. azwan dan letakkannya di bahagian testimoni di website rahsiablogger.com yer.. terima kasih.
ReplyDeletesaya memang respek dengan sesetengah blogger yg berjaya buat duit melalui blog.antaranya doc lah. walau seorang doktor masih dapat menjana income dari sumber lain diluar bidang kedoktoran..bodek ni..takde henfon murah2 ke?hihi..
ReplyDeletesetakat ni saya belum try lagi nak jana income secara online...offline adela..mungkin satu hari nanti.. insyaALLAH.. :)
Menarik...
ReplyDeleteWill browse thru my bookstore for the book...for the knowledge and support!.
Kalau tak silap Shuth penulis buku maskahwin yang hilang kan?. Dah beli 2 dan hadiahkan kepada my ipar.
Blog sbg penjana pendapatan perniagaan offline amat setuju!! We are surviving based on that nowdays.
Slayer : wah nama dah tukar ke SHUTH. So lepas ni buku no 2 pulak yer.
ReplyDeleteKumb@ng : hehe... boleh-boleh... InsyaLAlah rezeki tuh ada di mana mana. Blog boleh buat rezeki, tulis buku boleh, jadi doktor pun boleh. Boleh tulis buku kumb@ng - Menjana pendapatan offline menggunakan online.
Fazla@onepiecebakery : Shuth buat buku mas kahwin yang hilang tu ker? Cam ada unsur-unsur xxx jer.. haha.. ni nak kena tanya shuth nih.. musykil betul... Dia dah kahwin ke belum...
Assalam..
ReplyDeletesorry mencela..
Jom singgah di blog saya..
Hidup sihat ceria bersama shaklee..
Tq