Tuesday, April 7, 2009

Usah Pedulikan Agnes Monica






Cerita nyanyian Agnes Monica dengan jadul lagu "Allah Peduli" mengundang sekali lagi kontroversi. In adalah kerana di dalam tajuk lirik tersebut mengandung perkataan "Sebab Allah Yesusku Mengerti". Media mensensasikan kontroversi lagu ini setelah ramai pihak mahu ia diharamkan di Malaysia.

Saya hanya dengar dua siaran radio sahaja iaitu IKIM.FM dan Radio 24. Jadi selama saya dengar, belum ada lagi lagu ini disiarkan... (ke ada Nazira Noran?).

Pada Ahad lepas, Agnes Monica diminta mengulas kontroversi ini. Ternyata beliau mengatakan lagu ini khusus untuk gereja-gereja di Indonesia. Malah beliau pun beragama Kristian dan berketurunan Cina. Jadi apa salahnya?

Saya pun ada terfikir, kenapa yang orang Malaysia ghairah sangat menghentam lagu Agnes Monica ni di dalam surat khabar? Saja nak bawa kontroversi antara agama kah? Itu lagu nyanyiannya untuk agama Kristian di sana... Kita pula janganlah terlalu meloncat, nanti melihatkan kerendahan agama kita pula. Diperlekehkan pula oleh seorang artis seberang yang masih lagi budak..

Kepada Kementerian Penerangan Malaysia (lebih sesuai ditukar namanya kepada Kementerian Hiburan Malaysia), jika hendak digam, maka gam lah sahaja. Kita kekalkan polisi hiburan di Malaysia.

Usah digundah gulanakan kami ni (yang mana iman-iman kami ni ada yang senipis bawang - Dengar lagu lirik macam tu pun boleh bertukar kepada agama Kristian... huh). Sudah terang lagi bersuluh, lagu ini dikhususkan Agnes Monica untuk gereja-gereja di Indonesia.

Yang radio-radio dan stesen TV pun tidak perlulah siarkan lagu ini. Anda sendiri sudah mendengar (dan melihat) kenyataan di Agnes Monica di surat khabar. Lagipun bukan tradisi stesen-stesen radio Malaysia dan TV untuk menyiarkan lagu yang didendangkan di Gereja. Yang lebih penting "lebihkan produktiviti, kurangkan kontroversi".

Kesimpulannya, usah pedulikan Agnes Monica dan lagunya. Kan katanya, sudah ada yang peduli padanya...

Salam

7 comments:

  1. saya dah kata awal-awal lagi...lagu ini untuk gereja. yang Shahbudin buat bising buat apa? dia laa yang mula-mula bising pasal lagu ini...Betul-betul BANGANG..!!! Buat malu orang Islam aje..!!!!

    Nasir

    ReplyDelete
  2. Yela, lebih baik bangunkan lagu-lagu dakwah kita banyak-banyak kurangkan terus lagu cinta yang melalaikan menjurus kita kepada maksiat tu.......san cinta sini cinta tak habis-habis lagi teruk nyanyi lagu Melayu dengar macam bahasa Inggerispun ada. Makin karam anak bangsa di lautan kebaratan.....

    ReplyDelete
  3. agree with you..kementerian penerangan should changed their name to Kementerian hiburan malaysia..

    ReplyDelete
  4. Tak perasan pula ada ke tak dlm list lagu Radio24. Saya nyanyi lagu dodoi je skrg ni..hihi

    ReplyDelete
  5. tak penah dengar lagik lagu tu.. adakah Agnes sebut Allah macam kita sebut atau.. Agnes sebutnya bunyi Alah jek.. sebab tgk dekat Melodi dia sebut Alah ... ah biarlah dia...

    ReplyDelete
  6. betul, saya setuju, jagalah agama sendiri napa nak sibuk agama orang.. saya sebagai kristian menggunakan nama ALLAH sejak lahir... Allah untuk umat manusia.. semua ada hak.. terpulang sama ada Allah terima kita atau tidak..

    ReplyDelete
  7. aku pun pelik apesal org malaysia sibuk sgt ngan lagu agnes monica tuh? biar la dia.. kan lagu tu untuk negara dia dan agama dia.. n negara dia x larang pun dia nyanyi lagu tu. takkan kita ndak larang dia nyanyi lagu tuh, dia punya suka la.. janji dia x kutuk² agama kita sudah! kalau kita x suka jgn pasang, jgn dengar, jgn cari, dan paling penting jgn peduli!!!!

    ReplyDelete