Assalamualaikum.
Mengikut cerita orang-orang tua di Pahang, banjir besar Pahang berlaku pada tahun 1971. Ketika itu keadaan di Pahang sangat teruk kerana air daripada Sungai Pahang dikatakan melimpah ke jalan raya. Ada yang memberitahu air bah tersebut naik sehingga mencapai ke atap rumah. Ada yang terpaksa memanjat tiang-tiang elektrik ketika menunggu untuk diselamatkan kerana air naik terlalu cepat.
Mungkin kata Tok Penghulu Mukim Lepar, Tok Penghulu Wahid. "Bertuah dapat tengok banjir kali ni, ni banjir 30 tahun sekali nih".

Sehingga ke hari ini 18.12.2007, Pahang mencatatkan bilangan mangsa banjir paling teruk dipindahkan ke kawasan sementara dengan angka 24,000 orang. Manakala kawasan di Pekan, Pahang mencatat bilangan dipindahkan paling tinggi iaitu 9000 orang. Jalanraya Kuantan Rompin dan Kuantan Segamat masih lagi ditutup untuk laluan.
Saya ada menghubungi sahabat saya Dr Ikhwan, pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Pekan. Beliau menyatakan bahawa setiap hari beliau mengikut rombongan untuk memeriksa pesakit yang terlibat di kawasan banjir. Beliau seperti tidak menang tangan kerana tidak ramai doktor yang bertugas di sana. Nampaknya cuti raya beliau juga telah dibekukan dan beliau bertugas pada hari raya AidilAdha seperti biasa.

Perkampungan isteri saya, iaitu kawasan Paloh Inai, di Mukim Lepar, Pekan, Pahang juga agak teruk terkena banjir kali ini. Saya terpaksa menaiki bot untuk masuk melalui jalan paya ke rumah bapa mertua saya di Kg. Batu Balik. Mujur rumah mertua saya agak tinggi di atas bukit.
Namun, keadaan tidak jauh bezanya kerana pencawang elektrik telah ditenggelami air menyebabkan semua bekalan elektrik telah terputus sejak seminggu yang lalu. Tinggal dalam keadaan rumah yang diterangi 3 batang lilin setiap malam pasti membangkitkan nostalgia kenangan lama.

Isteri dan anak-anak saya yang terkandas di sana ketika banjir mula melanda telah dipindahkan sejak awal lagi menggunakan bot dan sekarang berada di rumah abangnya di Beserah, Kuantan. Saya berpeluang menaiki bot untuk sampai ke rumah mertua di dalam misi menghantar bantuan makanan kepada "mangsa banjir" iaitu pak mertua saya sendiri. hehe. Misi akhirnya berjaya tanpa sebarang masalah.
Menurut saudara saya yang tinggal di Jerantut, air sungai Pahang (hulu sungai) semakin besar dan dijangka naik lebih tinggi kerana hujan yang masih belum mahu berhenti. Ini akan mengakibatkan air sungai Pahang di hilir iaiatu kawasan Pekan semakin melimpah. Mereka menjangkakan banjir besar kali ini belum lagi sampai ke tahap yang sepatutnya. Bermakna, ia akan naik lagi dan kemungkinan banjir semakin teruk.

Alhamudulillah, walaupun banjir teruk melanda tahun ini, tetapi hakikat bahawa TPM kita berasal dari Pekan, Pahang dan musim pilihanraya yang bakal menjelang, penduduk di Pekan mendapat bantuan yang sebaiknya. Marilah kita berdoa agar banjir ini tidak mengorbankan jiwa yang lebih besar. Amin.
Ini adalah jalan masuk ke kampung Batu Balek menuju ke arah Chini. Sepanjang jalan telah ditenggelami air.
Bapa mertua saya, Ustaz Hj Mohd Tahir B. Awang Mohamad sedang mendayung sampan. Kawasan ini dahulunya merupakan paya yang kering dipenuhi tumbuhan paya. Sekarang sudah seperti sungai.
Ini adalah surau Kampung Tanjung. Sedih tok Imam sebab karpet baru yang disponsor habis rosak ditenggelami banjir.
Saya pula yang sedih. MPV saya yang tersangkut di rumah bapa mertua. Tak boleh dikeluarkan kerana jalan telah ditutup. Buat masa sekarang terpaksa menagih simpati meminjam kereta wira abang ipar.
kg saya di Jambu rias pun naik air, walau umah abah x masuk air krn tinggi di atas bukit, namun hubungan terputus. terpaksa kelaur menggunakan bot. Umah Tok ki pula air sudah naik ke tgga n umh bawah
ReplyDeleteDah dapat bantuan dari Najib nanti, jgnla terasa terhutang budi pulak. Itu memang kerja depa, pemimpin wajib beri bantuan pada rakyat marhaen. Dgn erti kata lain, jgn la dinilaikan undi pilihanraya dgn bantuan banjir. Pangkahlah dgn bijaksana....
ReplyDeletemak farhah : macam rumah mak mertua saya. RUmah tak masuk air pun kena bergelap. Tapi dapat sardin bertin2. Sampai muka pun cam sardin.
ReplyDeletetopgun : hehe... betul betul.. tapi dengar ura-ura dari orang kat sana.. pilihanraya lepas banjir, bulan gerhana sikit kat Pekan. Najib all out...
salam.... dr.azwan.... awak ni menantu ustaz tahir rupanya.....koi org kg air hitam, atas sikit dr kg bt balek... jiran sebelah kg la ni..... first time buka blog awak ni... bagusla.... krm salam kat ipar awak tu.. ogy.. dia sama sek dgn koi dulu kat paloh inai..
ReplyDeleteoh. jemput lah datang rumah. biasa kami balik kg time cuti sekolah. Musim durian pun dah habis..
ReplyDelete