Wednesday, December 19, 2007

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha...

Eid al-Mubarak saya ucapkan kepada semua pembaca. Tentunya Aidil Adha kali ini tidak semeriah bagi saudara-saudara kita yang ditimpa musibah di Utara, Selatan dan Pantai Timur. Ia mengingatkan kita tentang pengorbanan yang kita perlu hadapi untuk membantu saudara-saudara kita yang sedang melalui hidup yang sukar.

InsyaAllah, pada beberapa minggu yang mendatang, kita akan meluangkan masa bersama-sama dengan jemaah kita ke kawasan yang ditimpa bencana untuk membantu mereka menghadapi kesukaran ini. Pengorbanan masa, tenaga, harta dan sedikit wang ringgit kita amat bermakna kepada saudara seIslam kita.

Pengorbanan adalah suatu perkara yang praktikal bukan simbolik. Menyembelih lembu untuk diagih-agihkan adalah tuntutan Agama. Bahkan ia sebenarnya lebih daripada itu. Berkorban masa, harta dan tenaga untuk membantu mangsa banjir pada waktu ini adalah lebih bernilai kerana itulah yang mereka amat-amat perlukan sekarang. Marilah kita sama-sama berkorban.

Wallahu A'lam.

4 comments:

  1. ini tanda nak election. hehe.

    apa pun hal sebegini memang memalukan.

    ReplyDelete
  2. Salam dr azwan,

    Selamat hari raya aidiladha...

    ReplyDelete
  3. Salam dr Azwan..selamat hari raya aidiladha...

    Tahun ini saya juga berkorban..berkorban ego...

    ReplyDelete
  4. Slamat Hari Raya Haji... belated...

    ReplyDelete