Salam,
Ramai pembaca yang memberitahu perasaan sedihnya kerana baru sahaja keguguran cahaya mata. Ada yang baru kahwin dan keguguran, ada juga yang sudah lama inginkan anak tetapi akhirnya keguguran. Tentulah perasaan sedih yang teramat sangat kerana mengalami keadaan tersebut.
Izinkan saya berkongsi pendapat saya di dalam hal ini.
Memang benar bahawa masalah keguguran ini banyak faktornya.
Apabila seseorang ibu mengalami keguguran, ada yang menyalahkan makanan. "Ini tentu sebab makan ayam penyet atau empel sapi kat Restoran Wong Solo, Kg Baru lah ni", kata suami si Polan apabila diberitahu isterinya baru sahaja mengalami keguguran.
Dalam budaya melayu ada yang menyalahkan buah-buahan atau sayur-sayuran. Yang paling popular ialah nanas kerana sifatnya yang tajam. Sejauh mana kebanarannya saya tidak tahu kerana tiada kajian saintifik dijalankan yang terhadap nanas. Maknanya, kalau puan-puan nak elakkan maka elakkan lah.
Saya pernah mendapat panggilan yang menyatakan bahawa beliau mengandung (luar nikah) dan ingin menggugurkan anaknya. Telah banyak kali cuba termasuk memakan nanas tapi tak berjaya, oleh itu dia mahu mencuba ubat pula. Seperti yang saya biasa jawab, saya tak buat itu semua sebab saya orang Islam. Nenas pada saya, cara yang paling tidak berkesan untuk menggugurkan kandungan.
Secara amnya, ada banyak sebab terjadinya keguguran. Trauma seperti jatuh motor atau kemalangan boleh menyebabkan keguguran, penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit genetik atau autoimun, pintu rahim yang lemah, racun, ubat-ubatan, pembedahan ketika mengandung, demam tinggi akibat jangkitan kuman sehingga lah ke stress juga boleh menyebabkan keguguran.
Terdapat seorang sahabat saya yang bertugas sebagai doktor semasa houseman, beliau mengalami keguguran sebanyak 3 kali berturut-turut sepanjang bertugas. Akhirnya beliau terpaksa mengambil cuti ketika awal mengandung untuk mengurangkan stressnya. Alhamdulillah beliau selamat melahirkan zuriat.
Pada hakikatnya, menyalahkan sesuatu penyebab sebagai sebab utama keguguran adalah sukar kerana setiap individu manusia adalah unik penciptaannya.
Berbalik kepada masalah keguguran itu tadi. Allah menjadikan sesuatu perkara ada hikmahnya.
Allah menyebut di dalam firmanNya, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.", surah Al-Baqarah ayat 216.
Ayat ini membicarakan tentang Allah mengetahui tentang perkara yang tersirat dan tersurat. Di sebalik ujian yang diturunkan pasti ada hikmah disebaliknya. Yang penting kita berfikir tentang ujian ini dan bersabar.
Tahukah anda, bahawa 90% daripada fetus (anak) yang CACAT yang terbentuk di dalam rahim akan gugur? Ini termasuk penyakit genetik seperti Down's Syndrome. Maknanya, sekiranya fetus yang terbentuk itu tidak sempurna sifatnya, kurang genetiknya, cacat pembentukannya, maka kemungkinan tinggi ia tidak akan dilahirkan dan akan keluar sebagai keguguran.
Ini adalah hikmah yang besar tuan-puan. Cuba bayangkan kalau Allah membenarkan kesemua fetus yang cacat ini lahir ke dunia. Apakah yang akan berlaku? Sehinggakan yang sempurna pun Allah jadikan, ada yang dicampak di tong sampah menjadi makanan anjing, ulat dan semut.
Sudi saya mengingatkan di sini, sekiranya ada keguguran, maka ingatlah Allah selalu yang ini mungkin satu ujian daripada Allah dan pada masa yang sama ia adalah Rahmat Allah yang besar kepada manusia.
Allah tahu, sekiranya anak yang lahir itu tidak sempurna sifatnya, kita pasti akan tidak tertanggung ujian yang Allah beri. Oleh itu, di sebalik tangisan, kekecewaan dan kekesalan, adalah lebih baik berdoa agar diberikan Allah yang lebih baik dan sempurna.
Lagi satu, Apabila kita mengandung tetapi keguguran, ini menunjukkan bahawa puan-puan boleh mengandung dan tak mengalami primary infertility iaitu kemandulan. Ini terutamanya kepada mereka yang sudah kahwin bertahun-tahun tetapi belum mengandung. Maknanya, peluang puan-puan untuk menimbang cahaya mata masih ada. Ramai yang saya terjumpa sukar mengandung bertahun-tahun, tetapi selepas mengalami keguguran, beberapa bulan selepas itu, maka Allah mengurniakan sekali lagi peluang untuk menjadi ibu. Syukurlah...
Allah memberi ujian dan rahmatNya melalui banyak cara. Yang diuji dan teruji, pasti menerima ganjaran daripada Allah. Disebalik ujian pasti ada hikmah dari Nya.
Wallahu Alam.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebetul apa doctor ckp.. Drp kuar anak jadi maling kundang.. Buat seksa hidup org tua buat apa.. Tuhan maha mengetahui.
ReplyDeleteSkrg byk la ubat utk gugurkan anak di farmasi.. Apa pendapat doctor? Ala ubat utk datang period kalau lambat tu.. Saya x ingat nama2 ubat ni.
dr azwan,
ReplyDeletesekarag sudah tahu kenapa Nenas tak elok makan byk2 masa mengandung..
"Nenas mengandungi prostaglandin yang boleh membuatkan rahim mengecut. Tetapi sekiranya diambil dalam kadar biasa (contohnya seketul dua) tidaklah mengapa. Begitu juga dengan makanan2 lain, jika diambil dalam kadar sederhana, tidaklah memudaratkan."
Dr Ariza dalam buku Soal Jawab Bakal Ibu, Terbitan PTS Millenia.
tol tu doc...sy dulu ms mengandung mmg tingin mkn nenas la, rebung la, air tebu la yg org2 tua ckp tajam...tp dah cam kempunan gitu kan mkn jer la..doa la dlm ati ya ALLAH aku mkn ni sebab mmg tingin sgt nak mkn...alhamdulillah semmuanyer selamat..sy pernah gak gugur thn lepas..ms tu xtau tgh pegnen sebab peyod cam biasa..dan ms gugur tu mmg time tgh peyod..tp doc ckp mgkin peyod tu sebenarnnyer bleeding..ms tu on the way dr kg balik kl...tgh2 jln trasa cam darah berketul kuar..pelik lak rasa..tu p scan doc rupa2nyer gugur..mungkin sebab jln jauh kot dr kl-johor-kl-kelantan-kl..terhentak2 kot dgn pangku anak ke2 yg ms tu baru sthn stgh..
ReplyDeletesaya baru saja keguguran.
ReplyDeletesaya percaya Allah S.W.T ada sesuatu yang lebih baik untuk saya dan ami..su
thanks doc..saya baru gugur last tues. memg menangis n ada masa blame diri sendiri. rasa mcm saya xjaga elok2. tp betul kata doc. ada rahmatnya..cuma kita xtau or wat xtau. setiap yg terjadi ada rahmatnya
ReplyDeletesaya pun baru je keguguran (March/2010).Hasil detail scan, fetus tak sihat..xada jantung+xcukup sifat.Saya terima dengan Redha walaupun kesedihan tidak dapat dielakkan.Allah lebih mengetahui
ReplyDeletesalam doc..
ReplyDeleteterima ksh atas artikel ni.. blh naikkan smgt semula.. sye pernah keguguran 2x smasa kndungan berusia 8 mnggu. hasil scan menunjukkan fetus tak berkembang dgn baik dan tak de heart beat..
utk maklumat doc, sye menghidapi ASD dan MVR. tapi telah melakukan opt 10 thn yg lalu tnpa menukar injap palsu.. mampukah sye mengandung dan melahirkan dgn slmt? sbb byk bacaan yg sye baca mengatakan, bahaya mengandung bg pesakit jantung. sye agak runsing, tp masih mahukan zuriat sndri.
terima ksh doc.. harap2 ada maklum bls dari doc..
Terima kasih doc.. dgn membaca blog doc nie sedikit sebanyak membantu saya menenangkan diri.. atas kegagalan kandungan saya... Bagi saya , ALLAH LBH MENYAYANGINYA..
ReplyDeleteSaya terima dgn redha.. Allah th segala yg terbaik buat saya dan suami..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThank u doc lepas bc blog ni sy memahami segalanya
ReplyDeletedoc sy bru lepas keguguran 2/4/12 n nifas berhenti 9/4/12 mse gugur sy prgnt 6mggu...10/4 sy telah bersama suami..sehingga sekrg sy belum lg period...mcm mne kitaran haid akan berlaku selepas habis nifas???skrg sy kerap buang air kecil shngga 5x 1ari..adakah ia normal doc???
ReplyDeletedoc sy bru lepas keguguran 2/4/12 n nifas berhenti 9/4/12 mse gugur sy prgnt 6mggu...10/4 sy telah bersama suami..sehingga sekrg sy belum lg period...mcm mne kitaran haid akan berlaku selepas habis nifas???skrg sy kerap buang air kecil shngga 5x 1ari..adakah ia normal doc???
ReplyDeleteTQ DR.A..br tau tadi kandungan mcm xdpt diteruskan walaupun dh 11mug.truz cek dinternet..redha dgn apa yg tlh ditentukn ALLAH S.W.T. Hanya Dia yg maha mengetahui..
ReplyDeleteTerima kasih atas tulisan ni..sedikit sebanyak menenangkan hati yang baru gugur..Sungguh..Allah takkan uji kita jika melebihi dari kemampuan kita sendiri..
ReplyDeleteTerimkasih karena informasi ini menarik sangat dan sebagai media pembelajaran untuk kita para hobi pembaca
ReplyDeleteSAYA IBU SRI HASTUTI DARI MEDAN,
ReplyDeleteDEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KI LANTORO DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KI LANTORO DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....
…TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI LANTORO…
**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..
…=>AKI LANTORO<=…
>>>082-310-352-761<<<