TUDUNG vs TALI LEHER
Saya petik dari ABU SAIF @ www.saifulislam.com
“Bertudung busuk dan kotor adalah lebih tidak Islamik berbanding dengan tidak bertudung!” tegas seorang doktor yang senior.
Saya masih termenung. Jari berentak perlahan menari-nari di atas meja. Tanda otak sedang ligat berfikir.
“Tapi doktor, kalau busuk dan kotor yang jadi isu, serangan juga patut dibuat kepada tali leher doktor lelaki. Sebagai lelaki, saya sangat tahu bagaimana kaum lelaki melayan tali leher mereka. Tak pernah dibasuh, dicampak merata-rata, lebih berpotensi menjadi punca jangkitan berbanding tudung yang jarang dipakai lebih daripada sehari,” saya menyampuk.
Cakap saya memang gurau-gurau.
Tapi isinya ada unsur-unsur pembunuhan.
Membunuh sikap double standard yang sering berlaku oleh orang kita sendiri terhadap tuntutan agama kita ke atas kita. Tiga kali ‘kita’.
Apa yang pasti, tudung busuk lagi kotor atau tidak bertudung, dua-dua tidak Islamik. Apa yang Islamik ialah bertudung, dan tudungnya bersih tidak berbau.
Ketika negara ‘kafir’ seperti United Kingdom sudah jauh ke depan dalam menghormati agama, membenarkan aurat dipelihara di dalam pasukan beruniform dan perkhidmatan kesihatan, kenapa masyarakat kita masih lebih Barat daripada Barat? Tudung itu budaya atau perintah Allah? Jika ia perintah Allah, di mana Allah dalam prioriti kamu?
SIFIR TULEN VS PALSU
Sifirnya mudah.
Kalau ada perempuan yang melampau-lampau keperempuanannya, maka berhati-hatilah.
Lenggoknya berlebih-lebihan, solekannya tebal bagai kulit Kamus Dewan, cakapnya lebih mengada-ngada berbanding perempuan gedik, kemungkinan besar, dia itu sebenarnya LELAKI! Yang terdesak untuk menjadi perempuan.
Kalau ada lelaki yang melampau-lampau kelelakiannya, maka berhati-hatilah. Jalannya bersepah-sepah berlagak macho, bajunya rugged hingga ke kenduri pun mahu bersarung jersi, cakapnya lebih mencarut daripada mat lepak di kaki lima, ketahuilah, mungkin dia itu sebenarnya PEREMPUAN! Yang terdesak untuk menjadi lelaki.
Kata orang Arab:
“Yang mengikut, lebih teruk daripada yang diikut”
Barat itu biasa-biasa sahaja.
Yang terdesak mahu menjadi Barat ini yang berlebih-lebihannya.
Berlebih-lebihan itu simptom kepalsuan. Fake!
PERBANDINGAN SOLAT
“Makcik kalau dah sakit perut sangat, memulas-mulas dan makcik sedang menyiram bunga di tengah-tengah jalanraya, makcik sanggup buang air besar di tengah jalan?” saya bertanya dengan bahasa provokasi, iaitu bahasa simpanan yang hanya sesekali dipanggil masuk ke gelanggang.
“Tak sanggup!” katanya tegas.
“Habis makcik buat apa?” saya bertanya lagi.
“Makcik cari jugalah mana-mana semak untuk buang air,” katanya.
“Aha, kalau solat ni sama penting dengan berak tu pun jadilah!” saya menamatkan perbualan yang amat ‘jarang berlaku’ itu.
Makcik itu ketawa. Saya tahu dia akan ketawa. Sebab itu saya berani menggunakan analogi seteruk itu.
Macam-macam alasan diberikannya bahawa susah untuk solat semasa bekerja. Tetapi kalau berak, kurang pula alasannya. Boleh sahaja dicari semak samun untuk melepas. Tahu malu! Tetapi kalau solat, macam-macam alasan diberi. Tak ada telekung, sejadah tak bawa, kain kotor, dan entah apa-apa lagi. Sedangkan semua masalah itu jalan keluarnya mengikut peruntukan azimah dan rukhsah dalam Islam.
Sama jugalah dengan aurat.
Baju lengan panjang kotor, tudung bawa kuman dan seribu satu alasan untuk menolak pemakaian yang elok menutup aurat di hospital oleh doktor dan jururawat. Semuanya kerana Tuhan bukan prioriti utama. Sebab itu berani beralas-alasan. Bermalas-malasan.
Tetapi tali leher yang tidak membawa konotasi agama, hampir tidak pernah saya mendengar kerisauan sesiapa untuk ia berjuntai-juntai di sisi pesakit. Selepas tali leher, tali pinggang lelaki, cuba tanya berapa kali setahun dibasuhnya? Semua itu bukan source of infection? White coat, rajin benarkah ia dibasuh?
Semua itu ada jawapan masing-masing.
Tetapi menyerang tudung dan baju lengan panjang, ia hanya presenting problem. Ada pun the real problem, pentingkah Tuhan dalam hidup kamu?
+++++++++++++ -------------------- ++++++++++++++++++++
Saya bersetuju dengan SaifulIslam. Pernah satu ketika ada satu kajian di sebuah hospital. Swab culture and sensitivity diambil pada tali leher doktor dan MA. Mereka mendapati bukan sahaja kuman biasa terdapat di situ, terdapat MRSA juga (methycillin resistan Staph Aerius). Itu bukan sahaja tidak islamik tetapi sangat merbahaya kepada pesakit. Artikel di atas sangat menarik untuk direnungkan.
terima kasih tuan..di atas idea yang bernas dan saya rasa penting kalau kita perlu memberikan hujah dalam mempertahankan hukum yang ditentukan oleh Allah kepada kita...kadang2 yang menentang hukum2 ini terdiri dari ketua2 yang beragama islam sendiri...lebih teruk dari ketua yang bukan islam yang lebih memahami kehendak org islam..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteNak seribu daya, tak nak seribu dalih... tak payah seribu dalih la, satu dalih pun sudah cukup untuk kita tidak melakukan apa-apa dalam hidup kita...
salam doktor..erm..xpyh ade alasan sbenarnye kalo betul2 mahu bertudung.1 hari, sy mendengar presentation rakan sekelas,ade seorg teman bertanye dlm sesi soal jwb. soalan die mcm ni..
ReplyDelete"apa pendapat awk tentang pemakaian tudung?knp masih ada ppuan islam x pakai tudung?"
(kebetulan ahli pembentang x pakai tudung..huhu..)
yg x pakai tudung tersipu malu seraya menjawab mcm ni
"sebenarnya kami belum terbuka hati utk bertudung..nnt bila dah terbuka hati,baru pakai,dpt petunjuk.."
tibe2..
seorg rakan senegeri yg dulu blaja kat sester bangun dan menjawab
"sebenarnya,nak pakai tudung atau x bergantung kpd diri sendiri.mereka yg ade pegangan yg kuat dan berpegang pada ajaran Islam sebenar lah adalah yg bertudung...kalo Islam tp x bertudung,bukan masalah dpt petunjuk atau tidak,tp masalah pegangan Islam itu kuat,utuh atau sebaliknye.."
okes,tu je nk tulis..:)
maaf,x pandai bercerita sgt..tp ni la yg sy dengar 2 tahun lepas
Mabruk for this good point of view,
ReplyDeleteI totally agree with u Dr Azwan,
Barakallahu fik.
Nur Izah,
Madinah Al-Munawwarah.
sy mmg suka saifulislam.com. sy bnyk baca buku2 beliau. semua menarik..
ReplyDeletehidup MRSA!!!
ReplyDeletesuka baca artikel ttg solat tu. Ada lagi kes, tak posa sbb haus sgt pedih tekak (tak batuk pun). Dahla keje dlm aircond. Org islam kat medan perang pun posa penuh.
ReplyDeleteSAYA IBU SRI HASTUTI DARI MEDAN,
ReplyDeleteDEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KI LANTORO DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KI LANTORO DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....
…TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI LANTORO…
**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..
…=>AKI LANTORO<=…
>>>082-310-352-761<<<