Thursday, February 25, 2010

Program Tautan Kasih MRA-MSU-JHEOA






Program Tautan Kasih ialah sebuah program anjuran Malaysian Relief Agency (MRA), Management and Science University (MSU) dan JHEOA yang mensasarkan masyarakat Orang Asli di Pos Bersih, Kg Ulu Slim, Slim River Perak pada 19 hb Februari - 21 hb Februari 2010 yang lepas.

Program ini bertujuan untuk mendekatkan masyarakat terutama warga kampus MSU dengan orang asli dan dalam waktu yang sama memberi motivasi kepada anak-anak orang asli untuk bersama-sama meningkatkan pendidikan mereka.

Modul program direka oleh Sahabat MRA iaitu En Rezaidi dan Cik Linda yang merupakan pegawai daripada Institut Intergriti Malaysia. Modul yang sangat berkesan ini dibahagikan kepada 3 kumpulan sasaran iaitu golongan ibu, golongan bapa dan golongan anak.

Para pelajar dari MSU dibahagikan kepada 3 kampung utama iaitu Kg Bersih 1, Bersih 2 dan Bersih 3. Seterusnya di dalam kampung tersebut, kumpulan ini dipecahkan lagi kepada beberapa kumpulan kecil untuk menjalankan modul yang dirancang dengan lebih effektif.

Dalam masa yang sama, kumpulan perubatan dari Biro Kesihatan ABIM dan Hospital Pakar Al-Islam yang diketuai oleh saya sendiri bergerak masuk dalam sela waktu yang tertentu di kampung-kampung tersebut untuk menjalankan klinik-klinik bergerak.

Alhamdulillah, program ini saya kira sangat berjaya. Buat kali pertama saya melihat hampir 300 lebih orang asli keluar dari penempatan mereka untuk menjayakan majlis penutup program. Insyaallah akan ada lagi program seumpama ini diadakan oleh MRA bagi memastikan kelansungan momentum pembangunan masyarakat orang Asli di kawasan ini.

Saya sertakan gambar-gambar ini buat tatapan pihak pembaca.

Wallahu Alam.

video

1 comment:

Choy HH said...

Salam sejahtera,

Thumbs up for Bro Wan. Bro , lain kali kalau ada program sedemikian yg memerlukan penyertaan pihak sukarelawan, keep intouch with me, hamba berminat sungguhpun saya bukan lah sesiapa yg professional dlm bidang perubatan.

Take care and nice video : ) 3 minit macam x cukup puas ditonton, hehe.

ChoyHH
http://mylifecreation.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails