Tuesday, May 3, 2011

Osama Bin Laden - Gambar palsu atau asli?



Salam,

Kelmarin Presiden AS, Barrack Obama mengumumkan bahawa musuh no 1 AS, Osama Bin Laden telah syahid dalam satu operasi ketenteraan diketuai Amerika Syarikat (AS) di Pakistan.

Ini sekali gus telah menamatkan pemburuan selama 10 tahun yang dilancarkan AS terhadap beliau.

Kematian pemimpin al-Qaeda itu turut disahkan Pengarah Risikan Antara Perkhidmatan Pakistan (ISI), Leftenan Jeneral Ahmad Shuja Pasha.

Saya bukan penyokong keganasan, tetapi saya tidak percaya bahawa beliau adalah dalang kepada serangan 9 September di WTC, AS sebagaimana yang ditunjukkan di dalam sekalian banyak video tentang konspirasi 9-11 yang ada di pasaran.

Saya juga percaya semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh Osama bin Laden terhadap mereka yang menindas umat Islam tetap disemadikan kepada lebih ramai pejuang-pejuang baru yang lebih berilmu dan lebih strategis agar corak penentangan kepada para penindas lebih dinamik dan tersusun.

Saya tidak faham kenapa jenazah beliau dibuang di laut seolah-olah tidak mahu ditunjukkan kepada masyarakat tentang kubur seorang yang bernama Osama Bin Laden. Mungkin ada orang akan mengambil DNA beliau dan melahirkan seorang lagi Osama? Atau ada sesuatu yang ingin ditutup?



Benarkah gambar ini gambar Osama yang telah syahid? Daripada gambar itu seperti telah dipinda oleh Adobe Photoshop sahaja. Mulut, hidung dan janggutnya tidak berubah langsung jika dibandingkan dengan gambar hidupnya. Orientasi kepalanya juga tak berubah pada paksinya.

Atau mungkinkah ia diedit daripada gambar ini? kalau kita lihat luka di gambar tengah pun lebih kurang sahaja dengan gambar di sebelah kanan.


Kita mengharapkan visual yang lebih jelas dan bukan satu lagi konspirasi AS.

Sekiranya benar beliau telah syahid, maka Al fatehah kepada Osama Bin Laden. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan keluarga beliau dan tergolong kepada orang yang syahid di jalan Allah. Amin.

8 comments:

Nor Atiqah Mahzan said...

sgt ketara pembohongan yahudi..apabila kita melihat dan berfikir dengan ilmu..tipu daya yahudi kelihatan sangat tidak logik..mereka menipu dunia secara terang-terangan...al-fatihah sekiranya benar perkara ini walaupun agak sukar utk prcaya..

keym said...

hmm a good perspective to see things differently. u only see what u want to see..may the truth stands

fADzly (wAK) said...

dipetik dari website ini:
http://opiniojuris.org/2011/05/02/the-difference-between-obama-and-bush-treating-enemy-remains-with-respect/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+opiniojurisfeed+%28Opinio+Juris%29&utm_content=Google+Feedfetcher


"The media is now reporting that bin Laden’s remains will be buried at sea, so that his final resting place cannot be used as a terrorist shrine. The similarity to Israel’s disposal of Eichmann’s remains is striking: his ashes were scattered at sea so that his final resting place could not be used a neo-nazi shrine."


Jewish influance!?

Angin Selat Melaka said...

Dah nampak sangat palsunya. Ini satu lagi contoh Tuhan nak tunjuk: negara yg besar dan berteknologi canggih mcm US boleh tipu tahap rendah. Maksud saya; gambar tu bangla yg tk sekolah dan tk pernah sentuh komputer pun tau tu palsu...Punya byk designer komputer diaorang, designer murahan je yg diaorg dapat untuk buat gambar palsu sebar kat dunia tu...

Alahai...Bodoh le sapa2 yg kata gambar tu real...

Chempaka Aziz said...

tgu bila US nk tnjukkan bukti sbnr.atau apakah ini satu drma yg bertujuan utk menaikkan imej Obama yg diliht tidak begitu menonjol selama ini ? apatah lagi menjelangnya pemilihan baru presiden thn depan...maka ini sebagai loncatannya utk meraih populariti.

mayatnya dibuang ke laut? itu pun satu lagi tnda ketakutan yg amat sgt US atas pembongkaran sebenarnya kematian osama ini.mereka takut dan bimbang bahawa akan adanya kebangkitan osama lagi di ms depan.

takpercaya said...

atas sebb ap u.s menyalahkn osama atas tragedi 9september? tak faham lg..

mimie hamiza said...

doktor..saya nk tanye....hiv boleh berjangkit tak kalau kita share lens.... atau pencuci lens yang telah digunakan??????

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails