Sunday, March 10, 2013

Patah Tulang. Kenapa Perlu Besi?

Patah tulang boleh sembuh dengan sendirinya?

Ya, kenyataan ini adalah separuh betul.

Sebenarnya jika anda patah dan tidak mahu ke hospital, selepas 3 bulan, tulang yang patah itu boleh bercantum semula. Seekor beruk di hutan, terlepas dari dahan pokok , jatuh ke tanah dan patah kakinya.

Tidak ada pakar tulang tulang mahupun bomoh tulang yang akan merawat. Namun begitu, selepas 3 bulan patahnya sembuh dan beruk itu melompat semula. 

Persoalannya, bagaimana rupa penyembuhan tulang itu nanti?



Gambar di atas menunjukkan gambar dua tulang peha. Tulang di sebelah kanan menunjukkan tulang peha manusia yang normal dan yang di sebelah kiri pula menunjukkan di tengah-tengahnya penyembuhan tulang yang patah. 

Apakah perbezaan yang sangat ketara pada kedua-dua tulang peha tersebut? 

Tulang di sebelah kiri adalah lebih pendek daripada tulang di sebelah kanan. Ini berlaku kerana apabila tulang itu patah, ia tidak diluruskan dan disejajarkan (aligned) dengan sempurna. Apabila tidak diluruskan dan tidak disejajarkan samada menggunakan instrument ataupun plaster of paris (simen), maka tulang itu akan selamanya bengkok dan pendek. 

 Bolehkah tulang disejajarkan tanpa menggunakan besi? 

Apabila tulang besar seperti tulang peha atau tulang tangan patah, ia akan menjadi bengkok dan tidak sejajar. Ini adalah kerana tulang besar ini dipegang oleh otot peha yang besar dan kuat. Apabila patah, otot ini akan menarik tulang ini kepada arah yang berlainan. Hujung tulang yang patah ini pula akan lari daripada paksinya. Ini dipanggil patah yang tidak stabil. 

Untuk menjadikan ia sejajar, ia bukan lah mudah terutama tulang peha. Hanya dengan memasang besi dan dikemaskan dengan skru khas sahaja maka tulang itu dapat diluruskandan distabilkan. Itu sebabnya, kenapa kita perlu meletakkan besi sekiranya tulang kita patah. 

Sekiranya patah tersebut stabil, yang bermakna hujug patah tersebut tidak jauh dari kedudukan asal dan tidak perlu disejajarkan, maka ia hanya perlu disimenkan (plaster of paris). Ada juga patah yang stabil tidak perlu dibuat apa-apa pun.

17 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr.. Adik saya baru sahaja kemalangan jalan raya.. dia mengalami patah tulang dibahagian betis.. bahagian yang patah itu hanya simen sahaja tanpa memasukkan besi.. soalan saya, bolehkah kaki adik saya itu sembuh seperti biasa kerana tidak memsukkan besi? Untuk makluman Dr jugak adik saya baru berumur 17 tahun..

amir izzuddin said...

Salam dr, saya nak tanya biasanya berapa lama ek tempoh yg diambil untuk tulang peha (femur frecture) yang patah sembuh sepenuhnya?saya mengalami eksident pd 17/9/15...dan apakah senaman fisio yg terbaik doktor leh cadangkan agar kaki saya boleh berjalan dengan normal kembali...thanks dr :)

zurah6 said...

Assalamualaikum.. Doktor, anak saya baru mengalami kemalangan dan patah tulang kering (tulang besar). Selepas disimen, kedudukan tulang tersebut tidak selari dan renggang. Berapakah jarak yg dikira munasabah dari segi renggang dan senget (tidak selari) untuk tulang tersebut pulih seperti sedia kala? Terima kasih.

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

Unknown said...

Askum doktor.adik sy baru lepas kemalangan jalan raya. Beliau patah peha.sy nak tanya agak2 brp lama masa utk sembuh?betul ke org kata patah peha bila masuk besi x blh duduk bersila atau bengkuk lutut?

Patah tulang peha said...

Salam doktor , beberapa hari lepas abang saya telah kemalangan dan mengalami patah tulang peha bahagian kanan setelah memasang besi arial saya telah lihat pada xray tulang abang saya tidak lari jauh hanya sedikit .. Adakah tulang itu boleh bercantum dengann sempurna setelah diluruskan dan disimen ? Adakah wajar abang saya melakukan xray sebulan skali untuk memastikan ketumbuhan tulang itu sempurna seperti yang sepatutnyaa ? Minta penjelasan doktor terima kasih

Patah tulang peha said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Asslamualaikum. Doktor. Nak tanya. Selalu tulang yang di buka sekeru tutup balik tak

Unknown said...

Asslamualaikum. Doktor. Nak tanya. Selalu tulang yang di buka sekeru tutup balik tak

Unknown said...

Assalamualaikum doktor. Saya nak tanya. Tulang peha saya patah sudah 3kali. Kali pertama dan kedua dimasukkan plate. Kemudian, kali ketiga doktor ipoh mencadangkan untuk masukkan besi didalam tulang saya dan biarkan besi itu. Dan soalan saya ialah, adakah saya masih boleh meninggi?. Umur saya 16tahun adakah saya akan normal?

Anonymous said...

assalamualaikum doktor. 4tahun lalu saya mengalami kemalangan jalanraya dan paha kaki kiri saya patah. saya hanya berubat dengan bomoh kampung, selepas setahun saya pergi ke hospital untuk xray. tulang paha saya jadi bertindih dan pendek dari kaki sebelah kanan. sampai sekarang saya jalan takstabil tapi tiada masalah untuk berlari atau angkat barang yg berat. soalan saya bolehkah saya buat operation agar kaki saya sama panjang semula ?

Qurratu ain said...

Assalamualaikum doctor...umur saya 15 tahun .saya terlihat dlm kemalangan jalan raya dan mengalami tulang yg patah pada bahagiakan betis sudah masok 5 bulan..kenape terlalu lama utk penyembuhan tulang tu..dan kenape ubat homeopathy perlu panting ayam dan telur..tq

su6476 said...

Assalammualaikum. Boleh saya tahu bolehkah kita berjalan semasa patah kaki( selepas 1/2 jam baru tahu kaki patah) pada hal sebelum tu kaki seseorang itu dlm keadaan sihat dan boleh berjalan dgn laju

Unknown said...

Salam dokter saya nak tanya?saya baru megalami tulang metetarsal patah..3minggu pakai fiber sebeb saya berubt cara kampung..smlm saya wat exray dkter kata saya kene pkai simen balik sebab tulang saya blom cantum..kalau saya xnk pkai simen ada effeck apa2 tak dokter..

Unknown said...

Slm doktor anak saya kemalangan dan patah tulang dipaha betis dan buku lali doktor telah skru dibhg buku lali dan telah letak antena dari peha hingga hampir dengan tumit dan doktor akan masukkan besi pada operation yang akan datang tarikh masuk antena 7/6/21 dan tarikh masuk besi pada tulang peha dan betis pd 17/6/21 soalan saya boleh kah besi tidak dimasukkan dan tulang bercantum semula seperti asal

Unknown said...

Umur anak 17 tahun

Anonymous said...

Assalamualaikum dktr, sy eksiden patah tulang pergelangan tangan dan operate msuk besi..adakah besi sy blh keluar semula selepas tulang bercantung..apakah effect jika tanggalkan besi itu..

Related Posts with Thumbnails