Wednesday, April 3, 2013

Tips Pemeriksaan Kesihatan di Klinik

-->

Salam,

Kepada saudara-saudari yang ingin menjalankan pemeriksaan kesihatan cthnya untuk masuk kerja, sambung belajar dsbg. Saya nasihatkan pilih pakaian yang sesuai terutama kepada wanita.

Jangan pakai pakaian terlalu ketat kerana sukar untuk dilonggarkan sekiranya perlu.

Jika boleh jangan pakai baju yang satu "piece" dari atas ke bawah. Jika pakai jubah pun, pastikan pakai kain dalam yang bersesuaian. Jangan tak pakai kain dalam pula kerana ia akan menjadi masalah kepada anda sekiranya doktor ingin memeriksa abdomen.

Jangan lupa membawa cermin mata, walaupun hanya memakainya bila waktu tertentu sahaja. Ada sesetengah doktor yang "strict" tidak akan meluluskan anda sekiranya anda tidak membawa cermin mata.

Jangan pilih tudung yang kompleks. Jika doktor nak periksa telinga, memakai tudung yang sangat sangat sangat kompleks akan menyebabkan anda sukar untuk menyelak telinga anda. Bayangkan sekiranya 5 keronsang tudung yang perlu ditanggalkan untuk menyelak telinga anda. 


Sekiranya anda diminta datang untuk mengambil darah, pastikan anda jangan bersarapan dahulu. Pastikan darah yang diambil memerlukan anda untuk tidak bersarapan. Hadir awal, sekiranya anda datang terlalu lewat dikhuatiri anda akan mengalami masalah kurang gula (hypoglycaemia).  

Periksa borang-borang yang perlu diisi untuk dibawa bersama. Sekiranya tiada borang yang disertakan, pastikan syarikat atau universiti anda memaklumkan anda apakah ujian-ujian spesifik yang perlu dibuat semasa di klinik. 





Kepada lelaki, mudah sahaja, pastikan anda mandi, memakai sedikit pewangi dan tukar stokin anda yang berbau. hehe :)

1 comment:

依之汉 said...

Nampaknya lebih kepada tips pemilihan pakaian berbanding kesihatan.

Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails