Tuesday, February 3, 2009

Batuk Kering @ Tuberculosis






Seorang pesakit muda berumur 25 tahun dan bujang datang berjumpa saya.

Dia datang dengan masalah batuk selama sebulan dan sedikit darah.

Sejarah yang seterusnya menunjukkan bahawa dia mempunyai demam pada waktu malam, menggigil, berpeluh. Dia juga hilang selera makan.

Secara amnya badannya memang agak kurus.

Dia adalah rakyat Malaysia dan tinggal bersama-sama kawan-kawan di dalam sebuah rumah kongsi. Dia tidak mempunyai rakan rapat dengan kawan-kawan yang mempunyai masalah batuk berdarah yang sama dengannya. Begitu juga keluarganya.


X-Ray menunjukkan terdapat perubahan (consolidation) pada sebelah kanan atas paru-paru (bayang putih pada sebelah atas kanan).

Pesakit ini mengalami Tuberculosis atau TB atau Batuk kering.

Pemeriksaan seterusnya ialah dengan memeriksa kahaknya untuk kuman TB ini. Setelah sah beliau terpaksa menerima rawatan selama 6 bulan untuk anti TB dan perlu mengesan kawan-kawan serta saudara mara rapat untuk mengelakkan jangkitan kepada mereka yang duduk berhampiran.

Saya telah merujuk kes ini pada pakar.

9 comments:

Zulfahimi bin Husain said...

salam dr azwan,
nk tanya.. to confirm TB infection we need to:-
1) CXR - look for consolidation / cavitation.
2)Mantoux test
3) AFB +ve...
is there anything else?

and history....

eColi said...

Consolidation dinampak pada bahagian kanan atas paru-paru dalam CXR ini.

Akmal said...

Mycobacterium? Tapi kena confirm dengan culture, betul? Tuberculin test cuma indicate past experiences, bukan active infection kan?
Macam PBL pun ada nih :D

Anonymous said...

salam Dr,baru2 ni mak sy dimasukkan ke wad sbb batuk n kahak nye brdarah.perkara ni pernh brlku pd thn lps,kmdian dtg smula akhir2 ni..sy nak tahu, apkh pnykt sbnr yg dialami mak sy??

syam said...

salam Dr... sy ingin tnye pendapat... saya mengalami masalah berpeluh yg melampau di bwh ketiak... dlm aircond@tengah drive dlm keadaan sejuk@ tidak dlm keadaan tension pon leh basah bwh ketiak...saya pelik, kenapa saye kuat berpeluh, tambah berbua mungkin dijangkiti kuman,padahal bdn saya kurus aje.... sekarang nie saya mengalami batuk yg tanpa kahak yg sudah lame, dalam 3mggu...adakah ini gejala batuk kering?

Anonymous said...

hampa dok tny pa kt Dr.. dia bkn nk jawap pn.. ckpja pandai.. kita tanya soalan dia blh dok diam plak..

Sheila Nasir said...

sy nak tanya.. mak mertua sy asyik batuk2.. dah lebih dr sebulan.. boleh sya tau, mungkin ke mak mertua sy mpunyai penyakit tb

Anonymous said...

sheila:mungkin juga.bawa dia pergi periksa di klinik. mungkin blh periksa kahak, ESR dan chest xray seperti yang disyorkan oleh dr azwan.

Sinar said...

Salam Dr Azwan,
Makcik berumur 56 tahun, Apabila makcik bernafas makcik batuk (batuk kering), kepala dan hidung sebelah kiri sakit, berdenyut rasanya Ini tanda apa Dr?

Related Posts with Thumbnails