Monday, February 23, 2009

Tragedi SMK Bandar Tasik Selatan






Assalamualaikum,

Isteri saya bekerja sebagai guru di SMK Bandar Tasik Selatan. Melihat keadaan sekolah yang dipenuhi dengan polis-polis agak menakutkan dan merendahkan semangat untuk mengajar. Tetapi tugas tetap tugas. Amanah perlu dipikul. Kehidupan perlu diteruskan.

Beberapa hari yang lepas, pihak pengurusan sekolah pening kepala. Pengetua baru pergi berkursus. Yang tinggal penolong pengetua dan guru disiplin baru yang terpaksa menjawab pelbagai persoalan yang datang dari kementerian, jabatan, media dan ibu bapa. Apa dah jadi?

Seorang pelajar tingkatan 3, SMK Sungai Besi telah dipukul dengan teruk oleh seorang pelajar Tingkatan 5 SMK Bandar Tasik Selatan kerana berebutkan seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 di SMK Bdr Tasik Selatan. Dia baru sahaja meninggal dunia pagi semalam.

Antara beberapa fakta lain ialah:-
1. Pelajar tingkatan 3 SMK Sungai Besi tersebut adalah bekas pelajar SMK Bandar Tasik Selatan yang telah ditukarkan sekolah kerana masalah disiplin.

2. Terdapat kumpulan samseng yang bertaburan di kawasan perumahan di sini yang dianggotai oleh budak-budak nakal di sekolah. Satu geng di sebelah Desa Tasik dan satu lagi dengar ceritanya di kawasan Desa Tun Razak. Yang memisahkan mereka hanyalah sebuah jalan besar dipanggil MRR2.

3. Guru tidak boleh buat apa-apa (rotan pun tak boleh kan). Berdiri atas kerusi tak boleh.... dikhuatiri kalau jatuh kerusi, nanti guru boleh kena saman.

4. Terdapat sebilangan pelajar yang berani melawan dan mengugut guru. Ini termasuk pelajar yang dipukul sehingga mati tempohari. Beliau mengugut untuk memukul ustaz di luar kawasan sekolah apabila ditegur.

5. Masalah sosial - pergaulan bebas lelaki perempuan begitu meruncing di sekolah-sekolah dan guru-guru tak boleh buat apa-apa.

6. Polis pun sukar untuk memantau... ya pelajar yang bermasalah ada yang terdiri daripada anak-anak polis. Itu dah kira lesen besar..

7. Gang satu lagi mungkin akan membalas dendam dan akan membunuh pula si pembunuh. Ceritanya tak ubah seperti filem Amerika "Gridiron Gang".

8. Kebanyakan ibu bapa buat tak kisah tentang prilaku anak-anak samseng ini, dan adakalanya tidak memberi kerjasama kepada guru dan polis. Yang menyedihkan ada yang memberi sokongan.

9. Kementerian Pelajaran pun tak boleh buat apa-apa juga... Oleh itu tolong lah pak menteri berhentikan retorik-retorik mengarut dan dengar saranan daripada pakar-pakar dan pendidik.

Kita sedang berada di dalam krisis pendidikan yang agak runcing. Mungkin ia tidak banyak berlaku di asrama penuh, tapi keadaan di sekolah-sekolah menengah biasa mungkin agak menakutkan.

Seorang kawan yang saya kenali baru saja menjadi guru, sangat-sangat terkejut apabila mendapati ada antara anak muridnya keluar dari kelas ikut suka, keluar dari sekolah ikut suka, duduk makan di kantin di luar waktu dan tidak tahu menghormati guru. Tentulah dia terkejut kerana perkara tersebut tidak pernah berlaku pada zamannya. Apa yang dia sebagai guru mampu buat selain daripada memarahi mereka?

Ada budak-budak ini yang sengaja membuat guru marah dengan mengacau pelajar-pelajar lain dan guru terpaksa bertindak menghalau mereka keluar kelas. Setelah keluar kelas, mereka akan membuat perkara-perkara yang mereka suka. Guru pula di dalam dilema. Jika tidak dihalau pelajar ini, maka seluruh kelas tidak dapat belajar akibat perangai pelajar ini.

Ada pelajar kelas corot yang tidak pernah membawa buku teks ke sekolah. Malah ada yang tak membawa apa-apa ke sekolah pun! Apa yang mereka harap di sekolah? Cuma untuk bertemu kawan-kawan dan membuat onar. Dari satu segi, sekolah merupakan tempat lepak yang baik kerana anasir-anasir maksiat dan ganas dapat diminimumkan di sekolah. Maknanya, lebih baik datang sekolah tetapi tak buat apa-apa daripada melepak di cybercafe atau hisap dadah di luar.

Bila waktu peperiksaan, mereka tidur. Mereka hanya berada di dewan peperiksaan disebabkan setengah jam pertama mereka diwajibkan berada di dewan peperiksaan. Setelah tamat setengah jam mereka pun keluar dari Dewan peperiksaan dengan senang hati sedangkan kertas jawapan masih kosong.

Jadi apakah jawapannya kepada krisis ini? Mungkin ada yang berpendapat ia berlaku sejak zaman dahulu sehingga sekarang cuma tidak dilaporkan secara meluas oleh media. Ada juga berpendapat ini hanya pandangan politik untuk menjatuhkan golongan tertentu oleh itu tolong jangan politikkan pendidikan negara.

Saya berpendapat mereka ini di dalam keadaan "denial".

Apa pun, saya merasakan bahawa sesuatu harus diambil iktibar di atas peristiwa kematian pelajar tingkatan 3 ini. Pada umur ini sepatutnya mereka selamat belajar di sekolah dan di rumah. Pada waktu malam, ketika semua anak-anak sedang berada di rumah, tidak terfikirkah ibu bapa ke mana anak mereka pergi dan apa yang sedang mereka buat dan mereka bersama siapa?

Tolong lah ibu bapa semua... sayangi anak-anak anda. Buatlah sesuatu sebelum terlambat.

35 comments:

~Ummi Mujahid~ said...

Memang menakutkan perangai pelajar sekolah zaman sekarang ni. Di sekolah saya pun, pelajar selamba bawa senjata berupa pisau ke sekolah. Tahun lalu, semasa SPM polis datang ke sekolah dek kes pelajar bergaduh. Tahun ni berulang kembali.

Entahlah apa yang ada dalam fikiran budak2 sekarang ni? Guru dah tak dihormati, apatah lagi ibubapa gamaknya.

Na'uzubillah zuriatku begitu.. :(

Rohani said...

Salam, allahuakbar, saya ni seorang penulis buku tentang remaja. Saya terpanggil untuk menulis buku remaja ni sebab sudah tidak tahan melihat perlakuan remaja sekarang yang cukup meyedihkan hati. Saya takut dan risau sebab anak saya juga baru menjenguk dunia yang cukup menggerunkan ini. Boleh dikatakan saya tidak pernah berhenti menasihati anak-anak saya supaya taat pada guru kerana merekalah yang memberikan ilmu kepada kita. Dan sebagaimana yang saya inginkan anak-anak saya jadi baik saya juga berhasrat mahukan anak-anak lain menjadi anak yang berguna kepada agama dan bangsa sebab saya yakin remaja sekaranglah yang akan menjadi pemimpin masa hadapan. Jika beginilah rupa remaja sekarang, entah bagaimana corak dunia akan datang. Wallahua'lam. Saya amat berharap seramai mungkin remaja dapat membaca buku inspirasi saya ni.

Tajuk Buku: "Kepadamu Putera Puteriku"
Tulisan: Rohani Sheikh Omar
Boleh di beli di MPH, PoPULAR dll.

Acik Aminbakish said...

mungkin di setengah-setengah sekolah, guru hanyalah "baby sitter" kepada anak-anak orang.

Seorang rakan pernah ditempelak oleh seorang ibu bila guru itu mengadu masalah disiplin anaknya, Jawab ibu tersebut, "cikgu di sekolah mengajar sudahlah, saya tahulah nak ajar anak saya macammana?"

Pootz in Boots said...

Tak paham la weh kenapa guru2 tak boleh guna sedikit kekerasan utk disiplin kan murid... gomen pun ikut jer la cakap mak bapak yang konon2 nyer terer undang2... hak asasi bagai..... patutnyer, parents semua kene pergi kursus wajib setiap tahun yang anak dia ada sekolah... kasi brain wash sket..... mengada2..... and guru2 pun kene la keras sket... mesti ada "wall" between them and the kids supaya budak2 hormat... saya pun kurang gemar dengan cara2 and stail guru2 sekarang... konon nak jadi "kawan" kat budak2 ni.... tapi halfway and half hearted..... sama jer... semua salah..... budak tu dah memang salah, ibu bapa pun, guru2 pun, masyarakat pun, gomen lagi la salah.....

Anonymous said...

dahsyat cerita ni doc.

pakdi
http://pakdi.my

Akmal said...

Gaduh pasal perempuan? Ish~~~
Rasanya masalah ni boleh ditangani kalau pendidikan awal diberikan secukupnya, nak nak pulak pendidikan pasal agama dan moral.
Tapi tu lah, masalah kat rumah pun satu hal.

hidayah said...

salam..
saya juga amat sedih dengan perkembangan remaja ketika ini..
saya tinggal di desa tasik dan saya tahu masalah kumpulan pelajar ini memang berlaku di tempat saya ni..
malah ayah saya pernah menegur dan cuba untuk menangkap mereka walaupun ayah saya bukan seorang polis..
dan berkali2 ayah saya diejek serta dimaki oleh kumpulan pelajar ini..
saya berasa amat sedih sekali...

saya sering tertanya2 dimana peranan ibubapa mereka semua yang kebanyakannya anggota polis?..
sibuk sangatkah tugas seorang anggota polis sehinggakan anak sendiri terabai?..

saya sering berfikir..

little elfie said...

perkara yg gerun ini mmg amat membimbangkan kita terutamannya generasi akan datang yg kita akan lahirkan..mampukan mereka bersaing di dlam dunia keganasan seperti ini? Didikan agama yg paling penting... Ya Allah, kau selamatkanlah dan lindungilah keturunan kami dari perkara sebegini, Ya Allah, kau berilah petunjuk dan hidayah kepada anak2 ini dan bukakan pintu hati mereka ke jalan yg benar..amiinn

kumb@ng said...

nak salahkan sape doc?ibu-bapa?guru?pengaruh kawan-kawan?jiran?ketua kampung? JKKK?YB?menteri?Perdana Menteri?

Wal hasil balik kepada kita semua. sebab kita yang pilih sistem ini sejak 51 tahun dulu. sistem yang lebih utamakan kebendaan, pembangunan fizikal dari pembangunan rohaniah manusia.

sistem yang mengajar kita hanya mengejar harta dunia, duit..duit..wang sahaja. akibatnya peribadi masyarakat hancur. penerapan nilai-nilai mulia kehidupan semakin pudar, remaja semakin alpa dengan keseronokan, akhirnya mereka jadi besar kepala, tidak hormat orang tua termasuklah guru...

pada saya doc semua ni kena back to basic. mungkin kena tukar cara pemerintahan. tukar sistem perundangan. tukar sistem pendidikan. seharusnya masyarakat majmuk bukan penghalang kepada penerapan nilai-nilai islam dalam kehidupan. mereka tak paham sebab tu mereka menentang. selagi tiada perubahan selagi itulah kita terpaksa menerima apa yang berlaku sekarang... apa perlu buat tawakal je lah...

kak ina kl said...

salam...mungkin kerna anak-anak skrg tak boleh di tegur atau di denda oleh guru..ibubapa cepat melatah dan menyalahkan cikgu...lagipun ibubapa skrg terlalu memanjakan anak-anak..

Anonymous said...

1. Emm masalah ni dh lame dh...cume dulu x macam nie...zaman sekarang dh xde budi bahasa...hormat menghormati..ini kerana didikan agama yg kurang.

2. Lagi satu...filem zaman sekarang memainkn peranan yg penting..kebanyakn cite semua unsur gangster...bdk2 yg kurang perhatian dr ibu bpe mudah terpengaruh..

Saat said...

Saya tak mahu komen tentang perkara tersebut, tapi saya nak cerita sikit pengalaman saya sewaktu di Sabah. Ada seorang guru disiplin (rakan saya) di sebuah sekolah yang memang agak 'melampau' disiplinnya. Diringkaskan cerita guru ni agak berani dan garang orangnya. Satu hari iaitu pada hari pertama peperiksaan PMR, semua student takut nak masuk ke dewan. Sebabnya kat whitebord tergantung sebilah belati. Guru-guru lain pun tak berani kacau. Tapi guru disiplin ni terus potong tali dan ambil pisau tu. Lepas tu dia cabar siapa yang gantung belati tu untuk berhadapan dengan dia. Sorang pun tak berani sama ada kat dalam atau luar sekolah. Tapi natijahnya, lepas tu 2 kali sekolah kena bakar. Apa boleh buat, bukan semua guru boleh settlekan!

Tapi saya ada satu cadangan, tak tau la praktikal ke tak. Budak bermasalah tu kita masukkan ke dalam akademi tinju ke, gusti ke. latih diaorang dengan skil & disiplin cukup-cukup. Dah dia suka bergaduh kan, bagilah diorang begaduh kat gelangang. Koman-koman pun dapat jugak pingat olimpik. hehe....

Anonymous said...

Sungguh menyedihkan keadaan ini. Pendapat saya, jika anak2 remaja ini berkelakuan demikian, ini semuanya salah ibu bapa. Didikan anak2 perlu di mulakan ketika mereka berada dalam perut lagi. Sejak kecil anak saya, saya terapkan dalam diri mereka betapa pentingnya disiplin. Jika ibu bapa baru nak berleter tentang disiplin bila mereka dah masuk sekolah menengah, itu dah amat terlewat. Masa ini jika ditegur dan dileter pun akan jadi macam mencurah air di daun keladi. Di sekolah anak2 saya kini, masalah besar ialah ibubapa yang benarkan anak2 mereka membawa kereta dan motosikal tanpa lesen. Bayangkanlah, budak baru umur 13-14 tahun tapi dah bawak kereta pergi ke kedai. Sudah pun ada insiden yang mana budak tingkatan 1 dilanggar oleh budak tingkatan 4 (budak yg dilanggar kini masih coma). sesudah insiden ini, masih ramai lagi pelajar yang bawa motosikal kesekolah dan ke pusat2 tuition tanpa lesen dan topi keledar. yang sekolah rendah pun ada di biarkan bawa motosikal untuk menghantar/menjemput adik mereka balik dari sekolah ataupun pergi ke kedai. Sungguh tidak bertanggung jawap ibu bapa mereka. Bila ditegur, kita pulak yang di marahi. Kerana tak mahu jiran bermasam muka, saya pun biarkan mereka. Cuma saya harap suatu hari mereka ini akan sedar....

shahkl said...

salam Doktor,

saya ada satu cadangan .. mungkin boleh sampaikan kepada wife doktor yg boleh pula sampaikan kepada pihak management sekolah.. seterusnya kepada pihak kementerian pelajaran.. sudah jadi satu kebiasaan di kebanyakan sekolah students diasingkan ikut keputusan exam .. contoh: Tingkatan 5A, 5B sampailah 5E for example.. kelas 5E dianggap kelas tercorot dan students yg dapat markah terendah akan ditempatkan dalam satu class.. setahu saya konsep nya begitu.. masa zaman saya dulu lah.. tak tau la kalau sekarang dah tukar... masalahnya budak2 yg duduk kelas tercorot akan rasa inferior..rasa tak cukup bagus compared dengan kawan2 kelas atasan.. org luar pun bila tengok budak2 kelas tercorot nie akan automatically pandang slack.. so, by law of attraction.. bebudak2 nie akan rasa rendah diri, dan menyumbang kepada masalah disiplin..cadangan saya, toksah le classify kan students ikut markah exam.. sepatutnya equalkan semua.. campur yg excel dan yg tak excel.. bila yg tak excel tu tgk budak2 lain dalam class dia excel.. dia pun akan turul excel sama.. kalau sekolah dan cikgu sendiri dah chop kan certain students tak bagus, bermasalah etc.. boleh ke kita salahkan diorang kalau diorang live to the expectation? ok tak doc pendapat saya nie? :) just my 2 cents.. TQ

IbuKauthar@Salwa said...

Sebab itu Islam menekankan aspek pendidikan dari rumah..sebab kalau dari rumah parents berjaya mendidik sikap dan akhlak yg baik maka dilepas ke mana pun insyaALLAH anak itu tahu ALLAH nampak dan tahu setiap langkah mereka.Hari ini semua menuding jari ke sekolah dan sistem pendidikan(mmg betu sistem pendidikan hari ini sgt **** )serta guru apabila bercakap ttg masalh pelajar..nape tak tgk pada ibu bapa anak2 tersebut?pendidikan bermula dari rumah..al-ummu al-madrasah (ibu adalah sekolah utk anak2), charity begins at home!!
selagi pihak yg sana tu bersikap denial mcm yg Dr sebutkan dan selagi mereka tak mengakui hanya melalui sistem islam boleh menguati mslh penyait sosial ini, selama2 nya masalah ini akan membarah.sy amat seram memikirkan what kind of world that my kids are going to live in...sama2 fikir apa yg sy ckp ni

Anonymous said...

Salam Doc,

Tak ada yang mustahil dalam dunia hari ini. Manusia dah tidak dapat lagi menilai perkara - perkara yang baik dan yang tak baik. Sedih sekali, harap - harap ia menjadi iktibar. Didiklah anak - anak kita bukan semasa mereka kecil tapi sehingga mereka dewasa. Peranan ibu - bapa sangat penting. Yang peliknya keluarga mangsa mengatakan anaknya seorang anak yang baik dan mendengar kata. Kadang - kadang keluarga perlu memantau perilaku anak diluar rumah.

Anonymous said...

Salam Doc,
Saya ingin kongsi pengalaman saya
masa disekolah dulu (50 dah ).Saya akui dulu pun kami samseng juga, masa tu citer Bruce lee dan Pendekar si Pitong tengah Hot. Silap Skit kami gaduh dalam kelas,
tapi Mr.Lee (guru taekwado black Belt ni)tak pernah kasi can jika sapa tunjuk lagak samseng. Melayu ke,
Cina ke dan Hindu dia sepak muka sampai melelong. Sapa pun tak berani cabar dia.Dia juga guru yang baik jika ada ko kuri kurlum di luar mesra orangnya. Pasal budak sekarng tak boleh dibalun le mereka jadi kurang ajar tu.Kesatuan
guru mesti minta kerajaan benarkan
merotan murid yang nakal dan jahat.
Tua nanti dia orang mesti jadi baik
punyer.

Anonymous said...

Betul tu, guru tak perlu takut untuk balun murid yang dah over. Kalau ada mak bapak yang nak saman guru tu, kita pakat-pakat kumpul duit bayar loyer. Lepas tu kita pakat-pakat kempen supaya budak tu kena hantar kat sekolah khas di bawah didikan special branch polis. biar padan muka diaorang!

weber said...

shahkl,
cadangan shahkl untuk himpunkan murid dalam satu kelas ada pro dan kontra. pro bila murid2 yang lemah jadi bersemangat untuk belajar bila rakan2 yang pandai ni belajar sekali ngan diorang..
kontra bila cikgu plak terbantut nak mengajar.. ini terjadi bila murid2 lemah tak faham apa yang diajar.. jadi cikgu pun terpaksa la slow sket.. dan ini merugikan pelajar yang pandai...

saya pernah berada di dalam 2 keadaan tersebut.. sekolah rendah (tahun enam)saya ditempatkan di kelas A.. jadi pace kami memang laju sket.. 3 bulan je habis silibus matematik..
bila naik sekolah menengah tingkatan 5.. saya ditempatkan di kelas pertengahan..bercampur yang lemah dgn yang pandai.. saya tengok yang lemah macam tu jugak.. takdepun nak tanya kawan2 yang pandai ni..

saya lebih suka kalau ada segregation.. jangan pulak kita bantutkan pertumbuhan mereka yang pandai ni.. untuk murid2 yang lemah kena tengok sebab apa yang jadikan dia lemah.. kalau memang diorang tak nak belajar lagi.. sediakan kursus kemahiran untuk mereka..

Dr Azwan said...

Saya tak setuju budak yang nakal and malas belajar dicampurkan sekali. Kalau cam tuh, kita buka MRSM kat semua orang melayu... tak yah ada segregation. Ia tak mungkin berkesan.

Cuma, manusia bukan bijak dari sudut pelajaran sahaja. Sistem pendidikan kita hanya tertupu kepada budak yang bleh score exam.

Ada yang mungkin tak minat belajar sejarah atau geografi, tapi kalau bagi besi buruk dia boleh tukar jadi enjin kereta... kalau bagi duit RM 500 dia boleh tukar jadi RM 5 juta...

Inilah mungkin kekurangan dari segi pendidikan kita.

Anonymous said...

saya bekas student di smkbts..guru2 kat sana xbleh nak main tuduh pelajar yg meninggal tu bkn2...guru2 perlu menilai diri sendiri dulu...guru2 kat sekolah tu truk...asyik makan gaji buta je...bdk tu kena tukar sekalah di sebabkan ada kalangan guru yang suka menfitnah pelajar tersebut..tapi pelajar yang membelasah pelajar tersebut sampai meninggal di manjakan..padahal guru tersebut tahu bdk yang memukul tu salah....sedarla guru2 di smk bandar tasik selatan...fikirla kalau benda ni terjadi kat anak korang...jgn menfitnah anak org lain..

Anonymous said...

kepada dr azwan..kalau anda dan isteri anda tidak tau hujung pangkal tragedi ini,tolong jgn nak mereka-reka cerita...itu 1 fitnah...besar dosanya kalau menfitnah org..lagi-lagi kalau org yang dah meninggal dunia...jgn ckp sedap-sedap mulut je...kalau nak tahu cerita sebenar pergi ke balai dah tanya hal sebenar pada pegawai yang ambil kes ni...

Dr Azwan said...

Ye lah tuh.. cikgu jer yang salah. Awak je lah yang betul. semoga jadi orang yang berjaya. huhu.

Anonymous said...

salam..saya salah seorang dari bekas pelajar spm smkbts 2008. saya terkejut jugak apabila mendengar kes ini berlaku. memang memalukan nama sekolah betul. bilalah pelajar smkbts ni nak berubah menjadi baik macam tahun2 sebelum ni.. hish pelik2

Anonymous said...

Salam... saya rasa terkejut mendengar kisah ini tapi tidak terkejut dengan gejala ini kerana pelajar sekolah rendah pun sudah ada yang jadi samseng. saya sebagai seorang pendidik di sebuah sekolah rendah dalam bandar tasik selatan ini sudah melihat potensi pelajar2 yang akan menjadi samseng. dlm sekolah saya sendiri ada pelajar yang sudah berani bersikap kurang ajar dengan guru terutama dengan guru perempuan. bila kita tegur, parent datang sekolah tegur cikgu balik. bila kita denda berdiri atas kerusi, parent datang suruh kita berdiri atas meja pulak!(pengalaman benar kawan seperjuangan saya). bila buku teks anak hilangkan, kita yang disuruh fotostatkan. cikgu di sekolah saya benar2 dijadikan sebagai baby sitter, orang gaji etc.
entah le... nasib guru agaknya....

Anonymous said...

sblum bdak 2 mninngal..dye prnh mnumbuk sye krana slh fhm..sye bks plajar skolah itu dn mrupakn pengawas skolah thu bgaiman keadaan skolah itu..mmg bnr disiplin dsne bgitu trok..dn sye rse lbih baik bdak 2 prgi krne lbey baik prgi dr bnyk mmbuat dose..sye knl bnr bgaimane bdak 2..no wonder la prkre ni bley brlaku..

anieisya said...

Maaf jika sya ketinggalan dalam topik ni, sy sekdar ingin berkongsi rasa dan pendapat. Sy sekrg dlm proses pemindahan sekolah anak saya dari sekolah A ke smkbts. Apa yg menjadi kekesalan sy pada hari pertama sy ke sekolah bts dan berjumpa dgn guru berkenaan bersamaan dgn anak sy, sy dah mendapat back impack sebab hanya satu..keputusan PMR anak sy mmg tidak bagus xpi bukan le FAIL..Guru tersebut terus berkata "ni budak x pandai mesti ada masalah disiplin" patutkah seorg guru yg berpelajaran berkata begitu sedangkan tidak kenal dan tak tahu siapa kita dihadapannya..patut ke menjatuhkan hukuman hanya kerana anak sy x pandai. Satu lagi, semasa seisi pendaftaran sy tidak membawa dokumen dari sekolah lama kerana urusan pemindahan yg agak kelam-kabut...hanya dgn surat kelulusan dari jabatan pelajaran pihak smkbts (guru yg sama) berkata pada anak saya dihadapan sy "klu nak masuk sekolah ni dah penuh, lebih baik balik ke sekolah lama" ayat apa ni....?? dan keesokan hari bila anak sy hadir untuk memulakan persekolahan guru yg sama berkata "oklah klu dah nak masuk sgt, selagi x dapat dokumen sekolah lama awak kira pelajar x berdaftar"...jawaban2 ini x melambangkan seorg guru yg berpendidikan...sikap menghukum sebelum menilai terlalu ketara...sy amat kecewa..akhirnya anak sy tergantung ditgh2 ...sekolah lama dah hilang kan file sekolah baru x terima masuk...sapa saya perlu rujuk...?

sheilalicious said...

sejujurnya saya pun tak tau nak tuding jari pada siapa berkenaan isu moral dan disiplin yg semakin tipis di kalangan pelajar sekarang..tapi, berdasarkan pengalaman sy sbgai guru di Port Klang dimana kebanyakkan pelajarnya menganggotai geng2 tertentu, SETIAP PELAJAR DILAHIRKAN DENGAN SIFAT BAIK dalam diri masing2..kadang2,mereka biadap kerana kita salah anggap.misalnya,pelajar Cina selalu tersalah menggunakan intonasi dan ayat yg betul. saya suka untuk jalin hubungan baik dgn pelajar kerana saya percaya kekasaran dan maki hamun tak bawa apa2 kebaikan. Jadi, saya betulkan mereka. Dan hasilnya,pelajar nakal yang lebih mengingati guru apabila mereka keluar sekolah.

Anonymous said...

sudah lha kau... kau tak tau cerita sebenar kau jgn nak memandai lah. kau jangan pandai2 kau na tuduh anak2 polis. Kalau kau nak tau kes nie antara budak desa tun razak dan kampung selamat. xde KAITAN DENGAN ANAK POLIS. Paham? Budak tu adik membe aku. duduk dkt kampung selamat n budak2 yang pukul die budak2 desa tun razak. yang terlibat semua budak desa tun razak. so, xde kaitan dgn anak polis. jgn kau cube na tabur fitnah dkt sini. lg 1, anak polis bkn bermakna selamat. kau tak tau ape yang terjadi kt dalam jgn cuba2 nak pandai2 ok?

---<@ said...

Asalamualaikum...

Saya baru uruskan perpindahan sekolah adik saya ke SMK Bandar Tasik Selatan. Adik saya sebelum ini bersekolah di kg. Akn tetapi spls PMR, tiada aliran sains tulen. Masalahnya saya baru terbaca catatan saudara. Ini amat membimbangkan saya. Apakah keputusan saya salah?

Anonymous said...

mengkaukan orang yang lebih tua pun dah macam manusia tak ada adab.

Anonymous said...

Tak tahulah guru - guru di SMK BTS tu masih dizaman kolonial atau moden. Diberitakan murid yang dibuang sekolah dari SMK BTS juga yang dibuang bila hampir nak ambil exam PMR2012. Mereka yang mengambil peperiksaan PMR 2012 diletakkan label besar ditepi meja murid berkaitan BUANG SEKOLAH. Got school or no school the teacher, tak tahulah.

Anonymous said...

Attitude, attitude, guru frust ke, murid frust. The teacher have to mirror diri sendiri on the action taken samada wajar, waras atau nak lepaskan geram, dendam or nak tunjukkan kepandaian kepada penjaga peperiksaan PMR 2012 dari sekolah luar. Without thinking yang murid - murid tersebut adalah mantan pelajar mereka. Personally rasa ngeri on the teacher's attitude.

Anonymous said...

PENTING ni,,Semua berpunca dari ibu bapa yang tak pandai mengajar anak2, tau2 pun pukul saja... tak pandai MEMBENTUK WATAK ANAK tak pandai psikologi budak.. seharusnya kerajaan atau malaysia bagilah KURSUS CARA DIDIK ANAK secara sains dan agama,,, skurang2nya sewaktu anak dalam kandungan,,,, supaya boleh pandai jaga anak... hormat ibu bapa,orang lain, kasih sayang, dan nilai agama... sah2 ibu bapa sekarang tak pandai membentuk personaliti anak secara psikologi... bermula umur stahun...

Anonymous said...

Bagi saya, statement ni memburukkan nama sekolah smkbts. sy adalah pelajar sekolah ini berasa kesal kerana statement ini menyebabkan orang ramai memandang serong terhadap sekolah saya. Tidak dinafikan, sebagai warga sekolah sememangnya segelintir pelajar mempunyai masalah disiplin. Tentang pembuangan pelajar semasa hampir PMR itu disebabkan oleh pelajar itu sendiri.

Related Posts with Thumbnails