Monday, March 2, 2009

Lembu untuk Dijual..




Salam,

Saya dah tulis satu artikel minggu lepas, tapi oleh sebab tiba-tiba sahaja wireless KL ni ada problem, langsung terputus dan tak boleh masuk dah. Kejam betul... habis hilang artikel saya yang panjang... merajuk terus. Dah tak nak tulis.

Dalam dua minggu ini, saya agak sibuk bersama-sama mentor saya ini ke hulu dan ke hilir. Kandang di ladang kami di Kg Jalan Kebun, sudahpun dipagar dan siap. 30 ekor lembu sudah pun berada di dalam kandang.

Alhamdulillah, Syatik Al-Wadi akan menempah 500 ekor lembu dengan berat purata 250 ekor dari Thailand untuk dijual di kandang. Kepada sesiapa yang berminat membeli lembu harga kita boleh bincang.

Yang pastinya jika anda ingin membeli seekor lembu yang beratnya 250 kg, kami menjual dengan harga istimewa RM 1800.00 seekor. Harga pasaran biasa mungkin dalam lingkungan RM 2000 - RM 2200.

Anda yang berminat membeli secara borong juga boleh hubungi saya sekiranya berminat. Lembu biasanya dijual dengan kiraan berat mengikut kilo.

Kepada sesiapa yang boleh menembusi pasaran seperti Felda, Felcra atau institusi lain yang berminat membeli lembu secara borong, kami InsyaAllah boleh usahakan sebaik-baiknya termasuk penghantaran ke ladang anda. Sila hubungi saya untuk membuat pesanan pembelian (purchase order). Pembayaran dilakukan secara tunai.

Untuk pembelian di musim Haji akan datang, sekarang adalah masa yang baik untuk menempah lembu kerana harga masih lagi murah. Anda cuma perlu membayar deposit sahaja, dan kami akan menyediakan lembu-lembu untuk anda dengan harga yang istimewa. Kesihatan dan tidak cacat adalah jaminan kami.
***********

Di samping itu juga saya ada mencuba projek yang lain. InsyaAllah saya dan juga seorang kawan juga akan cuba mendapatkan kebenaran untuk menghantar pelajar Malaysia ke Universiti luar negara di dalam bidang perubatan. Apapun ia masih di dalam rangka perbincangan dengan dekan sebuah universiti di luar negara dan juga dengan Malaysian Medical Council.

Jika berhasil, syarikat yang akan ditubuhkan untuk menghantar pelajar ke luar negara di dalam bidang perubatan akan dilaksanakan. Ini akan meningkatkan lagi peluang untuk lebih ramai pelajar Malaysia yang bijak tetap yang tidak mendapat tempat di dalam negara untuk belajar di dalam bidang perubatan. Bukan itu sahaja, kami akan pastikan yuran yang berpatutan dikenakan. Ia tentulah lebih murah daripada belajar di tempan lain termasuk di dalam negara.

Yang paling penting universiti tersebut perlu mendapat "recognition" daripada negara Malaysia. Ini akan memudahkan dari segi penempatan dan sebagainya. Saya dilantik sebagai pengarah syarikat untuk pengurusan akademik dan pelajar. Oleh itu saya berharap agar saya dapat melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya.

Itu sahaja buat masa ini. Kami sedang cuba mendapat pinjaman MARA untuk memudahkan urusan. Harap-harap lepas lah... AMIN.

Salam.



4 comments:

kakciks said...

banyaknya projek dr nak handle...
mudah2an semuanya beroleh kejayaan..
tugas kat Pusat Rawatan Pakar Al-Islami mcmn? :)

irsha said...

dr buat penternakan lembu cara penggemukan jugak ke atau sekadar transit je?

sy (under syarikat, kelantan) baru nak mula buat fidlot sekitar 100 ekor dlm satu masa, berat masa jual dianggarkan dlm 300-350kg. selain supply daging/lembu hidup, baja kompos, juga rumput makanan lembu.

sy nak cari rakan pembeli secara "contract farming". dr ada nasihat untuk sy? tq byk2.

Dr Azwan said...

kakciks : saya part time doktor, full time business.. :)

irsha : trading dulu awal2 ni. Dah kumpul banyak modal, baru nak buat fidlot.

Anonymous said...

IPT-IPT berikut boleh dipertimbangkan untuk menghantar pelajar-pelajar perubatan

1. UNIVERSITY OF CHITTAGONG - CHITTAGONG MEDICAL COLLEGE, SYLHET
2. UNIVERSITY OF CHITTAGONG - M.A.G OSMANI MEDICAL COLLEGE
3. UNIVERSITY OF DHAKKA - DHAKKA MEDICAL COLLEGE
4. UNIVERSITY OF DHAKKA - MYMENGSINGH MEDICAL COLLEGE
5. UNIVERSITY OF TEHRAN
6. JORDAN UNIVERSITY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY, IRBID
7. UNIVERSITI JORDAN, AMMAN
8. MALTA ROYAL UNIVERSITY
9. UNIVERSITY OF EAST AFRICA, MAKERERE UNIVERSITY COLLEGE
10.UNIVERSITY OF ANKARA
11.UNIVERSITY OF EGE, IZMIR
12.UNIVERSITY OF HACETTEPPE
13.UNIVERSITY OF ISTANBUL
14.UNIVERSITY OF GEZIRA
15.UNIVERSITY OF KHARTOUM (Formerly Kitchener School of Medicine)
16.FACULTY OF MEDICINE, UNIVERSITY OF COLOMBO
17.UNIVERCITY OF CEYLON (PARADENIYA) - MEDICAL SCHOOL IN PERADENIYA
18.UNIVERSITY OF CEYLON (PERADENIYA) - MEDICAL SCHOOL IN COLOMBO
19.MEDICAL UNIVERSITY OF SOUTHERN AFRICA (MEDUNSA), MEDUNSA
20.UNIVERSITY OF CAPE TOWN, SOUTH AFRICA
21.UNIVERSITY OF ORANGE FREE STATE, BLOEMFONTEIN
22.UNIVERSITY OF PRETORIA
23.UNIVERSITY OF STELLENBOSCH, STELLENBOSCH
24.UNIVERSITY OF WITWATERSRAND, JOHANNESBURG
25.UNIVERSITI OF RIYADH
26.UNIVERSITY OF KING ABDUL AZIZ, JEDDAH
27.UNIVERSITY OF KING FEISAL

Related Posts with Thumbnails