Sunday, March 29, 2009

KDN tolong Pantau Harga di Kedai 7-11





Salam,

Harga barang-barang di kedai yang mempunyai banyak cawangan di seluruh negara iaitu 7-11 (Seven Eleven)harus dipantau. Saya melihat bahawa harga yang mereka letakkan adalah sangat-sangat tidak munasabah.

Semasa kali terakhir saya melawat 7-11 ialah pada minggu lepas. Saya terkejut apabila harga air botol 1.5 liter sudah meningkat kepada RM 3.90! Kebiasaannya harga di kedai runcit yang lain paling tinggi pun RM 3.50.

Kebetulan pula saya mencari-cari kedai yang menjual belon untuk meraikan hari kelahiran anak ketiga saya. Terkejut betul apabila melihat 5 keping belon berharga RM 3.50! Getah naik harga ke?

Banyak lagi barang-barang di 7-11 yang meningkat melampaui batas. Saya kira ini menyumbang kepada inflasi negara jika tindakan oleh pihak bertanggungjawab tidak diambil.

Mungkin barangan-barangan ini bukan di bawah kawalan kerajaan. Tetapi harapan saya agar Kementerian Dalam Negeri dapat memantau harga yang telah ditetapkan oleh syarikat 7-11 ini agar pihak pengguna lebih terbela.

Salam.

18 comments:

hilux said...

7-11 kedai puak umno...orang2 umno yang banyak duit jer yang mampu ke 7-11.orang2 miskin kenalar tunggu kedai runcit kt kampung bukak keesokan harinya...

kayrolldin said...

betul tu Doc. air slurpee tak naik harga tp bekas air tu jadi kecik semacam.

maggie cup plak smpi rm1.70. ape kes?

minyak rambut hero kt kdai runcit rm4.50. seven-e jual smpi 5.9!

Saat said...

Agaknya air mineral kat 7-11 tu digali 5 km di dalam perut bumi - lebih dalam dari telaga minyak. Lepas tu air tu masuk distillation column 6 kali sebelum dibotolkan berdasarkan gred RON 99.9. Tu pun agaknya air mineral tu dah dapat subsidi kerajaan 80%. kalau tak harganya mungkin RM12.75 se liter. (Harga petrol baru RM1.80/liter!)

SofieSofika said...

Dr,anak sy yg berumur 3 thn terlalu menggemari coklat. Sy pernah diberitahu kanak2 yg mkn coklat boleh menyebabkan hiperaktif. Betul ke? Harap dr dpt membantu..Tq

kakciks said...

mmg betul tu dr..
kakcik pernah beli satu barang yg harga tercetak pada pek tu ialah RM1.50 tetapi dijual dengan harga RM1.80. Bila tanya ngan budak cashier tu, dia x boleh jawab... dah anak nak sangat.. terpaksa la beli juga:(

Anonymous said...

tak perlu bantuan kerajaan kalu consumer tau nak pikir...just dont shoppe at 7/11 la bro...dah tau mahal tapi masih nak gi shoping maknanya cari penyakit...anyway, govt patut amik action utk melindungi pengguna yang otaknya tidur !!!

Simon

KampungBoy said...

Boikot aja diorang tu.....baru diorang tersedar...jauh bangun diorang berbalik kepaad pelanggan juga

Anonymous said...

Anon 1, apa kamu kata? Pengguna yang otaknya tidur? kamu tu yang tak ada otak! Dr keluarkan artikel ni untuk bagi kesedaran, kalau setakat cakap jangan gi shopping sapa-sapa pun boleh cakap. Dah 7-11 tu letaknya kat kawasan komuniti, macam mana kamu nak kata orang jangan beli. Bila lalu-lalang depan kedai dia setiap hari, sesekali mesti kita singgah punya. Time tu lah kena sembelih. Cam tu ke kamu kata tak payah beli?

Nak komen tu pakailah otak sikit! Kalau sikitpun kamu tak mau pakai otak kamu, aku tak taulah kamu ni manusia ke apa?

ah Ser said...

Harga barang di 7-11 mahal sebab kedai dorg operate 24hrs...

nisa said...

Kawan keje kat 7E britau benda yg sama. Harga yg mahal sebab oprasi 24 jam. Sama juga klinik 24 jam kan? minggu lepas, mak pegi klinik 24 jam, doktor yg kebetulan bertugas boleh tanya mak cik bawa cukup duit tak ni?charge lebih dikenakan sebab datang tgh malam. Tapi musykilnye harga barang kat 7E tetap mahal walaupun beroperasi masa kedai lain bukak. hmm...

Dr Azwan said...

Walaupun dia buka 24 hrs saya tak rasa dia boleh ambil kesempatan dengan meletakkan harga terlalu tinggi. Malah jika dibuka 24 hrs, ini merupakan satu strategi perniagaan francais mereka dari awal.

Yang lebih kelakar lagi, ada kedai runcit yang dibuka sebelah 7-11 pun naik harga sama dengan 7-11 punya harga..kekeke, ini terjadi sebab 7-11 naik harga. Bukan kedai runcitnya bukak 24 jam pun.

Saya fikir ini memberi signal, kalau letak air botol harga 3.90 pun ramai orang tetap membeli, tak lama lagi semua stesen Petronas dan Shell pun akan naikkan harga yang sama! Jadi lepas tu kedai retail lain pun akan naik harga dan ini menyebabkan chain reaction..

Ini adalah satu bentuk inflasi secara tidak disedari. Itu KDN kena pantau saya rasa.

Anonymous said...

Dr, kat tempat saya keje ada ramai pegawai pemantau KPDN (bukan KDN). Kesemua mereka adalah pegawai kontrak di kalangan siswazah yang tiada pekerjaan. Dari cerita mereka, memang mereka sentiasa pantau kedai 7-11 ni. Tapi 7-11 pun bijak jugak, tak satu barang yang dijual adalah barang kawalan. Tak caya, tengoklah. 7-11 tak jual gula pasir biasa, tapi jual gula kastor. Tepung gandum biasa tak jual, tapi jual tepung kanji/ubi kayu atau tepung wholemeal. Kadang-kadang saya terfikir jugak, barang yang dijual rata-rata bukan barang keperluan kita, seolah-olah barang suplementary aje, tapi tetap laris. So tulah yang jadi dilemanya. Bagi diorang agaknyalah, kalau kita sound cakap harga mahal dia simply jawab: "Tak nak beli tak apa, ramai lagi lagi orang nak beli".

Satu-satunya cara KPDN boleh bantu ialah dengan memastikan

1. tanda harga diletakkan
2. harga pada tanda tu adalah sama dengan harga yang di cashier.

kalau dua benda ni tak dulakukan, haa senang-senang 7-11 kena cekup. Kita pun boleh report. Tapi mesti ingat, report pun bukan boleh desak dia turun harga, dah memang barang kat sana bukan barang kawalan.

Dr Azwan said...

Terima kasih atas komen anda yang sangat bernas :).

Jadi kalau barang bukan kawalan, maka yang hanya kita boleh buat adalah boikot sahaja lah ye..?

Susah juga pengguna nak menggunakan kuasanya sebab ia sahaja yang buka 24 jam di sekitar kawasan perumahan.

Anonymous said...

Boikot tu boleh Dr, tapi persoalannya berapa kuat "ikatan" kita dengan 7-11. Kalau ikatan dah kuat sangat, susahlah nak boikot. Last-last nanti jadi macam kempen pulaukan barang yang lain-lain. Makan masa dua - tiga minggu aje. Pastu senyap aje. Kembali ke 7-11 untuk beli goodies balik. Pihak yang kena boikot senyum lebar tanda meraikan kemenangan!

p/s Kalau nak boikot, syarat pertama ialah "escape from our comfort zone".

AKIZ NETWORK said...

tul tu aku beli soyahome kotak 1 liter kat 7-11 harga 2.90 tapi produk yg sama beli kat econsave baru 1.65 memang cekik darah sungguh

Titanickaram said...

mmg mahal betul. aritu beli peanut butter rm3.40, brand yg sama 7/11 sampai rm5.20. Sy igt kita kita kena buat muka tebal skit, cakap "mahal gila" time lalu nak kuar kat kuanter. (mentega tuh jgn beli).

tips:
kalau nak beli air "slurpee". pastikan isi penuh2. isi separuh pastu ketuk2 skit..kasi buih2 kebwh. pastu isi lg air sampai penutup takda kosong.haha

EZYNiaga123 said...

Saya rasa memang patut pun KPDN tinjau harga-harga di convenience store 24 jam ini.Bukan hanya 7-11. Sepatutnya harga tidak boleh terlalu beza dengan pasaran biasa kerana nature of business mereka memang begitu (iaitu memberi keselesaan kepada pelanggan meliputi 24 jam sehari).
Sokong,pantau perkara ini

http://www.ezyniaga123.blogspot.com

Hindi Choti said...



Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails