Tuesday, September 1, 2009

Kepala Lembu vs Kepala Ayam...






Salam,

Baru-baru ini terdapat satu perhimpunan aman, beberapa hari sebelum sambutan Merdeka ke 52 yang bertujuan untuk membantah pembinaan sebuah rumah ibadat kaum hindu di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor.

Perhimpunan tersebut tidak dicemari oleh insiden gas pemedih mata atau pukul memukul oleh pihak penguatkuasa. Oleh itu ia dikategorikan sebagai sangat aman.

Ia juga tidak ada insiden saman menyaman oleh peniaga di sekeliling kawasan kerana menurut ceritanya ia tidak berlangsung berdekatan dengan premis perniagaan.

Menurut Utusan Malaysia, ia cuma dihadiri oleh 200 orang sahaja. Ia dikatakan disertai oleh penduduk seksyen 23. Menurut beberapa sahabat, ada orang lain yang datang dari Melaka untuk menyertai perhimpunan tersebut. Saya tak dapat memastikan kesahihannya.

Dan yang paling misteri ialah terdapat kehadiran kepala lembu di sana.

Kita doakan bahawa lembu itu telah disembelih dengan membaca Bismillah, dan tidak disembelih dengan tujuan untuk perarakan tersebut. Kerana sekiranya lembu tersebut masih hidup, tentu dia tak bersetuju kepalanya digunakan untuk perarakan tersebut.

Ini kerana di dalam Islam kita dilarang menghina simbol agama-agama lain. Ini adalah hikmah dakwah yang telah ditetapkan pada zaman Rasulullah.

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”
( Al-An’am: 108 )

Oleh itu sekiranya lembu tersebut menyedari bahawa sebelum dia mati, kepalanya akan digunakan sebegitu, pasti dia tidak merelakan dirinya disembelih. Dia rela dilanggar lori atau melompat dari tingkat 13 bangunan SPRM daripada dihina sebahagian rupa.

Lembu juga adalah makhluk Allah. Jangan dihinakan sangat makhluk Allah yang bernama lembu. Walaupun lembu dikaitkan dengan kebodohan, namun sebahagian besar makhluk Allah yanhg bijak bernama manusia meminum susu lembu, memakan daging lembu dan makan sup ekor lembu.

Malah ada di antara kita yang minum susu lembu sejak dilahirkan dari rahim sehingga ke tua kerana ada ibu-ibu lebih suka bagi susu lembu kepada anak daripada susu sendiri untuk menjaga badan.

Pendekata, kita sebenarnya banyak terhutang budi dengan lembu. Itulah manfaat dan kelebihan yang Allah beri kepada lembu untuk kehidupan kita. Cuba bayangkan kalau lembu itu seperti harimau.. Nak tangkap pun mengaum memanjang... Silap-silap kita pulak dibaham lembu.

Oleh itu, jangan lah kita terlalu menghina lembu. Sekiranya DNA lembu itu boleh bermutasi seperti H1N1 dan menyebabkan lembu-lembu itu bertukar identiti sehingga menjadi ganas seperti harimau, maka kita terpaksa menyembelih ayam dan berarak guna kepala ayam pula.

Malah lebih baik berarak menggunakan kepala ayam, kerana tiada sesiapa yang rasa terhina sekiranya kita berarak menggunakan kepala ayam kecuali pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebab fungsi ayam sudah pun berubah daripada makanan kepada bahan untuk berarak.

4 comments:

kakcikseroja said...

Salam Dr....

tidak apa untuk yang di sana
tidak boleh untuk yang di sini

itulah cogankata yang tersirat di sebalik 'rakyat didahulukan...'

entahlah!

dvd hangat said...

kesimpulan dan pengajaran ialah : kalau buat perhimpunan tanpa permit sambil bawa kepala lembu polis, fru tak kacau. kepala lembu adalah satu azimat atau tangkal pengerun.

Mystrique said...

Salam,

Terima kasih kerana membuat ulasan yang sungguh bernas. Saya ingin berkongsi terjemahan Surah Al-An'aam, ayat 108 sepenuhnya.

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (Surah Al-An'aam, Ayat 108)

Hindi Choti said...



Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails