Saturday, September 5, 2009

Majlis dialog isu kuil di Shah Alam kecoh






Reputasi TB Khalid Samad nampaknya merudum di seksyen 23. Apapun sebagai wakil rakyat di Shah Alam, beliau telah melaksanakan tugasnya untuk berbincang dengan rakyat. Jika penduduk di kawasan seksyen 23 tidak bersetuju, maka carilah tempat lain yang lebih baik.

Mungkin tapak lama di seksyen 22 yang kerajaan BN cadangkan sebelum ini adalah lebih baik daripada sekarang. Walaupun tapak tersebut mungkin tidak sesuai pada pandangan sebilangan orang.

Jika di tapak di seksyen 22 tersebut dibina masjid, mungkin orang Islam pun tak setuju. Tetapi itu mungkin alternatif terbaik buat masa ini.

Kata pepatah Arab, kalau mencari keredhaan manusia tentulah tidak tercapai matlamatnya. Sebagaimana kisah Luqman al-Hakim dan anaknya yang berjalan ke pasar dengan keldai. Anaknya yang naik keldai dulu pun salah, bapanya naik pun salah, kedua-dua naik pun salah, tak naik keldai itu pun salah juga. Serba serbinya salah.

Oleh itu, carilah keredhaan Allah.


Dipetik dari Malaysiakini.

Majlis dialog antara kerajaan negeri dan penduduk Seksyen kecoh pagi ini - bermula dengan perang mulut antara lima penduduk yang melepaskan kemarahan mereka kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Mereka bertindak demikian apabila anggota penguatkuasa berkenaan tidak membenarkan dua warga emas dari kawasan berkenaan masuk ke dalam dewan bankuet, MBSA, tempat majlis dialog itu diadakan.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi. Difahamkan sebuah rumah hanya dibenarkan menghantar seorang wakil sahaja, tetapi warga emas itu dipercayai mengikuti anaknya ke situ.

Bagaimanapun, selepas lima minit berlaku pertengkaran tersebut, dua warga emas itu dibenarkan masuk.

Sejurus kemudian, berlaku kekecohan kedua apabila beberapa penduduk bertindak menghalu keluar empat anggota unit amal PAS yang berada di dalam dewan tersebut kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23.

Kira-kira 250 penduduk dari Seksyen 23 menghadiri majlis dialog berhubung isu bantahan penduduk terhadap keputusan untuk memindahkan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke tempat mereka.

Ketika itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail sedang masuk ke dewan.

Sejurus selepas itu, beberapa penduduk bertindak menghalau keluar seorang wanita yang membawa kamera dan mengambil gambar mereka yang hadir di dalam dewan tersebut.

Selepas itu, apabila pengerusi majlis menyebut nama menteri besar dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad disebut, ada penduduk yang mengeboo mereka.

Majlis bermula dengan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazlan Md Noor memberi taklimat mengenai kuil di Shah Alam dan rancangan awal mengenai pemindahan kuil dari Seksyen 19 itu.

Bagaimanapun, taklimat sering diganggu oleh penduduk yang tidak puas hati dengan isu tersebut.

3 comments:

amin007 said...

Kisah Luqman al-Hakim dan anaknya yang berjalan ke pasar dengan keldai. Anaknya yang naik keldai dulu pun salah, bapanya naik pun salah, kedua-dua naik pun salah, tak naik keldai itu pun salah juga. Serba serbinya salah.

namun apa pilihan yang kita ada???

odah said...

Benda dah nyata nak buat juga, pilihan tetap ada tempat lain ada nape nak diteruskan juga....jgn konon nak meraih kepercayaan agama diletakkan ketepi

Hindi Choti said...



Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails