Monday, October 19, 2009

Dr Azwan Meyertai Misi Ke Padang Pada 24 Okt.





Salam,

Saya terpilih untuk bersama-sama pasukan Malaysian Relief Agency (MRA) bagi misi ke 5 Bantuan Kemanusiaan ke Padang, Sumatera bermula pada 24 hb Oktober sehingga 31 hb Oktober 2009.

Bersama-sama saya ialah Dr Ishak Mas'ud, Pakar Perubatan Gastroenterology dari Hospital Pakar Al-Islam, Seorang Pakar Bedah Kanak-kanak, Puan Junairah, Ketua Jururawat dan seorang lagi jururawat dari Hospital Pakar Al-Islam.

Kemungkinan doktor dan jururawat lain dari Hospital lain juga akan menyertai misi ini dibawah panji MRA.

Buat masa ini, MRA telah mengambil pendekatan untuk bergerak secara berpusat di PUSKESMAS (Pusat Kesihatan Masyarakat) di Periaman, memandangkan 80% kawasan di sana mengalami kemusnahan.

Bergerak bersama Dewan Dakwah Indonesia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia, MRA menjalankan klinik dari petang sehingga malam. Adakalanya klinik yang dijalankan mencecah sehingga ke 100 pesakit sehari.

Terdapat bilik pembedahan kecil yang menampung kes-kes yang memerlukan kaedah pembedahan dan buat masa ini, MRA sedang memohon bantuan beberapa agensi untuk menghulurkan bantuan kewangan bagi membeli peralatan pembedahan yang baru dan lebih sempurna.

Diharap semua sahabat blog dapat mendoakan keselamatan saya pergi dan balik pada 24 hb ini. InsyaAllah. Sekiranya semua selamat, saya akan membuat catatan blog dan merakamkan gambar-gambar terkini di Padang.

Wallahu Alam.

5 comments:

Choy HH said...

Tahniah bro kerana terpilih utk menyertai misi tersebut.

" Sekiranya semua selamat ... ", don't be so negative my friend, everything will be well and i 'll be praying , so does other friends for your and the rest of the crew's safety. We pray together. Selamat pergi dan selamat balik ya !

Enjoy and we awaits you back here,Dr Azwan, to Malaysia.

Bro, ada masa nanti, harap anda dpt meluangkan masa utk berkongsi ilmu ttg MRA - latar belakang, cara2 utk kami, sukarelawan utk menyertai dan sebagainya.

Take care,

ChoyHH

kakcikseroja said...

Untuk Dr dan rakan-rakan sepasukan, didoakan selamat pergi dan selamat kemabli. Juga selamat berbakti...

Manja M said...

Good Luck Azwan. Safe journey, safe return....

mama said...

salam dr.
tahniah dan senoga misi ini dapat membantu sebanyak yang mungkin kepada mangsa gempa di Padang yang kebanyakannya beragama Islam. Hanya Allah yang akan memberi ganjaran atas segala pengorbanan yang dilakukan oleh MRA... K.par doakan semoga semuanya selamat..insyaAllah

Hindi Choti said...



Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails