Saturday, December 4, 2010

Berkhatan Untuk Kanak-Kanak Obes



Salam,

Pada musim berkhatan ni, saya mengkhatankan hampir 100 orang kanak-kanak. Kebanyakannya dijalankan di Hospital tempat saya bekerja sekarang di dalam bentuk pakej. Ada juga jemputan oleh kawan-kawan untuk membantu menjalankan khatan di masjid-masjid. Alhamdulillah, secara keseluruhannya tidak ada masalah.

Walaupun begitu, boleh dikatakan hampir 20% kanak-kanak yang berkhatan terdiri daripada kanak-kanak yang obes atau terlampau gemuk.

Berkhatan untuk kanak-kanak obes boleh menjadi satu masalah. Ini kerana tisu persekitaran di kawasan kemaluan tebal dengan lemak. Ini menjadikan 'kepala' seolah-olah tenggelam ke dalam dan yang tinggal cuma kulit sahaja. Tidak banyak doktor di klinik yang sanggup mengkhatankan mereka yang terlalu obes kerana kesukaran tertentu.

Di sini saya senaraikan 5 masalah utama untuk pemahaman kita bersama.


Masalah 1 : Memberi Bius Setempat

Masalah utama ialah untuk memberi bius setempat. Terdapat saraf-saraf di kawasan sekeliling kemaluan yang perlu dibius supaya berkhatan mudah dijalankan. Adakalanya, kesukaran timbul untuk mengenakan bius setempat di kawasan ini kerana lemak yang tebal. Ini kadangkala, menyebabkan bius boleh terlebih dan menyebabkan tisu menjadi bengkak dan menyukarkan tugas. Adakalanya bius pula terkurang dan pesakit pula boleh merasa kesakitan.


Masalah 2 : Bius habis awal

Kesan ubat bius setempat ialah di antara 90 minit hingga 2 jam. Ubat bius yang diberi bergantung kepada lemak badan. Bagi mereka yang gemuk, ada masanya ubat bius setempat tidak tahan lama. Cucuk sekejap jer dah hilang sakit. Ini kerana secara mudahnya ubat bius larut di dalam lemak lebih cepat.


Masalah 3 : Masa Menjalankan Khatan yang Lebih Panjang

Masalah juga boleh berlaku ketika menjalankan khatan itu sendiri. Kanak-kanak memang secara tabi'inya takut dengan khatan. Siapa tidak? Macamana rasa macho sekali pun, apabila di atas katil berkhatan, pasti peluh jantan akan menitik. Jika tidak, takkan ada yang baru nak khatan bila berumur 25 tahun. Itupun sebab nak kahwin tahun depan. Yang datang untuk temankan khatan pulak tunang sendiri.... Eeeeeeee... malu!!!!

Saya sendiri perlu bantuan dua orang untuk mengkhatankan kanak-kanak yang terlalu obes. Seorang sebagai pembantu dan sorang lagi untuk menekan kawasan lemak di atas kemaluan supaya khatan boleh dijalankan. Itu sekiranya anak tersebut tidak meronta dan menangis. Sekiranya meronta, mungkin 4-5 orang diperlukan untuk membantu memegang dan memujuk.

Dalam masa yang sama, saya juga berdoa supaya tidak ada banyak pendarahan. Oleh itu, di dalam kes khatan untuk anak yang obes, masa untuk berkhatan itu sendiri lebih panjang daripada biasa. Jangan terlupa bahawa kesan bius pula adalah lebih singkat daripada biasa.


Masalah 4 : Penjagaan Selepas Berkhatan

Masalah penjagaan selepas berkhatan juga perlu diberi perhatian. Biasanya sebaik sahaja selepas khatan, 'kepala' akan masuk ke dalam dan kelihatan seolah-olah hilang. Bagi ibu-bapa, masalah untuk membersihkan selepas kencing atau cuci harian terjadi kerana seolah-olah 'tidak ada apa-apa yang nak dicuci.

Jika dibiarkan sahaja nanti boleh menyebabkan jangkitan dan melambatkan penyembuhan. Kuman pun boleh duduk di bawah pelipat lemak itu. Oleh itu jangan risau, sewaktu kencing, tekan tisu di sekeliling agar kemaluan itu sedikit terkeluar. Lepas itu cuci sahaja dengan air bersih dan lap kering-kering selepas itu.


Masalah 5 : Tak cukup Potong

Anggaran untuk membuang berapa banyak kulit boleh menjadi sukar kepada mereka yang obes kerana kesukaran mengagak. Bagi kanak-kanak yang boleh dirasa 'kepala'nya ia tidak menjadi sukar. Bagi yang tidak rasa.. kita terpaksa buang kulit dengan cara menganggar sahaja. Bagi yang berpengalaman, ia agak sukar. Apatah lagi bagi yang kurang berpengalaman mengkhatankan kes-kes sebegini.

Untuk mengetahui potong kulit itu cukup atau tidak, agak sukar dikesan pada peringkat awal. Terutama bagi kanak-kanak yang obes. Ini kerana badan seseorang oleh berubah. Dulu masa kanak-kanak badan gemuk dan tak boleh nampak kaki pun masa berdiri, tapi sekarang bila dah besar, kurus dan slim melim pula.

Bila dah kurus, baru perasan masa doktor potong dulu, kulit tidak banyak dibuang jadi ia kembali tertutup atau tertutup separuh. Jadi fungsi khatan tadi tidak mencapai sasarannya. Saya pernah menceritakan di dalam blog saya tentang kisah seorang guru yang saya khatankan kali kedua kerana kulit kepalanya tertutup semula.

Jika ini berlaku, tiada pilihan lain selain daripada datang untuk berkhatan semula.


Kesimpulan

Berkhatan di kalangan kanak-kanak obes boleh dijalankan secara bius setempat. Sekiranya tidak dapat dijalankan, maka mungkin ibu bapa terpaksa menunggu anak-anak kurus sedikit atau lebih dewasa. Ini kerana hormon testesterone yang dirembes semasa anak lelaki menjadi dewasa boleh membantu membesarkan kemaluan dan berkhatan boleh dilakukan selepas itu.

Adakalanya doktor mencadangkan bius tidur atau bius penuh (general anaesthesia) untuk memudahkan khatan. Sekianya bius penuh, suntikan bius setempat tidak perlu diberi sebelum khatan dan kanak-kanak tidak meronta. Ini lebih memudahkan khatan. Bius sepenuhnya adalah satu alternatif tetapi kalau boleh dielakkan, lebih baik dielakkan kerana kos yang tinggi dan risiko-risiko bius penuh pula. Sekiranya ingin dijalankan juga dan menetapi syarat-syarat pakar bius, maka ia boleh dijalankan.

Ini cuma coretan pengalaman saya sendiri. Sila kongsikan pengalaman anda sekiranya ada.

Dr Azwan..


11 comments:

Cinderellasian said...

Hello Doc.
Im a medical student 2nd year from Universiti Malaya.
Ive been following ur blog for quite sometimes(i dont hv my own blog tho),and only now i decide to comment.I find ur blog very informative and interesting.I love ur writings especially on ur experience as housemenship and volunter in a medical mission,medical related articles like PWS,CAD :)I have suggestion for you that I think u might want to consider doing it.I would love if u provide some tips for medical students like me in any subject,mnemonics or etc.Also provide space for us to ask any medical related question,because I think with ur experience,this might help a lot pf medical students out there.Also patients who needs more info abt the disease the r suffering from can ask for clarification from u bcoz some patient i think they r too shy to ask face to face.This is jux a suggestions,I really hope u can share ur knowledge and experience with us(im saying this on behalf of medical students hehe).Thanks for ur time Dr.azwan

mFaiz said...

yeah...obes!!
peringatan yg sgt2 penting utk parents...anak2 time kecik, bile gemuk "wah, cute-nye"...bile anak tu dah makin mningkat usia, baru risau camne nak kurangkan berat badan~

Unknown said...

info berguna, terima kasih kerana berkongsi.

Marjan Jeffry said...

Dr,
Apa pendapat Dr jika berkhatan ( lelaki ) masa umur bayi? Ada umur yg boleh Dr sarankan?

Mia Zahra said...

As salam Dr.
apakah umur yg paling sesuai pula utk berkhatan bg anak perempuan? Mahu berkhatan ketika dlm pantang sy rasakan terlalu kecil, dan skrg baby girl sy sudahpun 8 bulan. Adakah skrg ms yg sesuai @ perlu menunggua lagi sehingga berusia 2-3 tahun?

Unknown said...

Salam...

bole x kanak2 yg berbadan gempal berkhatan...?
sbb ank sy pernah kene reject mse nk khatan...
sbb faktor berat badan...?

nor afsah said...

Sy baru balik dr klinik. Process berkhatan utk ank umur 10thn terpaksa ditunda kerana obes. Kulit dikeliling kepala bebird pon melekat dan process nk lekangkan kulit dr kepala bebird agak sukar sbb ank rasa sgt ngilu.

Kalau sy pilih utk bius penuh, bole ke buat di klinik biasa? Boleh doctor suggest klinik atau hospital mana yg bole utk bius penuh berkhatan? Sy tinggal di Melaka.

Thanks.

Zura said...

Anak sy usia 11tahun ,berat badannya 54kg.tahun lepas plan sunatkan dia tapi tak lepas sbb kulitnya byk lebih,bebird tenggelam.camna nak buat ye? Kena diet makan@camna? Harap dpt penjelasan.

chazskit said...

Doctor..biase dgr kulit terkurang potong...kalau kulit terlebih potong..ade kesan ape2 x..zakar jd pendek x..kot kulit ilang elastik

Anonymous said...

Blh sy tahu anak pn sudah khatam ke krn obes. Klinik mana ye

Anonymous said...

Saya dr btu berendam mlaka

Related Posts with Thumbnails