Assalamualaikum Warahmatullah,
Selama saya merawat pesakit luar di klinik-klinik swasta di Kuala Lumpur ramai ibu bapa datang membawa anak mereka yang tidak sihat. Saya perhatikan terdapat 3 jenis golongan ibu-bapa. Biar saya terangkan di sini.
Golongan yang pertama ialah golongan ibu bapa yang terlalu risau atau anxious. Sebenarnya semua ibu bapa patut merasa risau sekiranya anak mereka tidak sihat. Tetapi ada golongan ibu bapa yang over anxious atau terlalu risau.
Kenapa saya katakan terlalu risau. Adakalanya setelah diperiksa, anak mereka mungkin ada demam sedikit dan batuk selsema. Tetapi ada ibu dan ayah tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak mereka cuma mengidap jangkitan virus biasa yang InsyaAllah akan hilang di dalam masa 7 hari. (Untuk pengetahuan anda hampir 80-90% jangkitan tekak dan hidung di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan virus dan akan hilang di dalam masa 7 hari)
Mereka akan bersungguh-sungguh memohon untuk dirujuk ke pakar kanak-kanak yang biasa mereka pergi. Sebenarnya tidak ada masalah untuk merujuk mereka ke hospital pakar sekiranya dirasakan bahawa mereka layak untuk dirujuk. Tetapi untuk merujuk kes yang cuma "the slightest fever" kepada pakar kanak-kanak adalah sesuatu yang dilema. Nak menjaga hati ibu bapa ni bukannya senang, apatah lagi ramai yang cerewet...
Adakalanya saya terpaksa fikir, (kadang-kadang menipu pun ada) apalah alasan untuk saya merujuk pesakit kepada pakar kanak-kanak. Itulah yang demam setakat 37.5 degree dinaikkan ke 38.5 degree.. heheh... untuk cukupkan syarat merefer. Kalau tak apa yang nak saya tulis dalam surat referal?
Sampai ke satu tahap saya terpaksa membuat rujukan dengan meletakkan ayat "as requested by the parent" - sehingga satu syarikat insurans pernah menelefon saya, adakah pesakit ini doktor sendiri ingin rujuk atau ibu bapa yang meminta rujukan... apa saya nak cakap? Saya ni bukannya pandai sangat bohong sunat sangat...
Golongan yang ibu bapa yang ke 2 ialah ibu bapa yang terlalu rileks. Perghh... anak dah bernafas macam "ikan atas darat".. boleh lagi negotiate dengan saya untuk tak payah hantar anak ke hospital. Saya dah siap tulis surat rujukan ke hospital, mereka seperti berat hati dan tidak mahu ke sana.
Ada juga ibu biapa yang rileks ini dah biasa dengan keadaan itu. Maklumlah 2 bulan lepas pun dah kena serangan sesak nafas, 4 bulan dulu pun dah kena, jadi apa bezanya dengan yang ini. Ini mungkin ibu bapa yang dah berpengalaman merawat anak-anak seperti ini. Jadi doktor macam saya ni yang pertama kali tengok anak dia berkedaan sebegitu mungkin tak senang duduk dan rasa gemuruh pula lebih daripada ibu dan ayah.
Apa yang ditakutkan ialah, mungkin adakalanya anak tersebut mengidap demam tinggi. Sekiranya ibu bapa menganggap ia demam biasa dan tidak dibawa ke hospital boleh jadi ia adalah penyakit yang serius seperti jangkitan paru-paru, meningitis atau denggi. Ramai orang kampung dahulu dahulu kala yang kehilangan anak akibat demam tinggi dan cuma dibawa ke hospital setelah terlalu lambat.
Golongan ke 3 ialah golongan yang sederhana. Tidak terlalu anxious dan tidak terlalu rileks. Dia bersedia mendengar pandangan doktor. Saya gembira untuk bekerjasama dengan ibu bapa yang sebegini. Malah, kalau boleh saya akan ambil no telefon mereka dan tanya perkhabaran anak mereka sekiranya anak mereka dimasukkan ke hospital.
Cerita saya
Semasa di plastik surgery HKL, ada seorang ibu bapa kepada anak yang mengalami kecacatan bibir sumbing. Bibirnya telah dibedah namun keadaan hidungnya masih tidak sempurna dan sedikit bengkok. Ini adalah kecacatan hidung yang biasa berlaku untuk pesakit sumbing bibir. Anaknya baru masuk ke sekolah tahun 1.
Prosedur di jabatan plastik surgery untuk tidak melaksanakan pembedahan ke atas hidung kanak-kanak kerana pelbagai sebab. Antaranya untuk membiarkan hidung itu berhenti membesar dahulu (kanak-kanak kan mengalami pembesaran tubuh - begitu juga hidung) dan dikhuatiri pembedahan pada usia awal boleh merencat pertumbuhan hidung. Pembedahan boleh dibuat selepas pesakit dewasa.
Oleh kerana tekanan daripada rakan seusia, diejek dan dihina oleh teman sekolah, ibu bapa itu mahu Pakar bedah plastik HKL untuk menjalani pembedahan hidung itu juga dan membelakangi nasihat daripada pakar. Untuk tujuan itu, ibu bapa kepada kanak2 ini mengumpulkan surat sokongan daripada menteri itu dan menteri ini, ahli politik itu dan ini.. sehinggakan surat daripada Dato' Seri Najib Tun Razak pun ada (sah dah orang Pahang!)
Situasi ini menimbulkan rasa kurang senang Ketua Jabatan Pembedahan Plastik ketika itu iaitu Prof Datuk Dr Ahmad Ridzwan Arshad. Beliau memberi nasihat kepada ibu bapa tersebut yang telah membuka mata saya dan saya ingin kongsikan kepada semua.
Yang saya nampak kenapa Dato' begitu marah sangat ialah kerana pada fikirannya, tipikal mentaliti orang ramai, untuk kerja jalan di dalam sektor kerajaan kena ada surat sokongan dan tandatangan menteri. Kalau tak ada surat, kerja tak jalan... jadi dengan surat sokongan menteri akan memberi tekanan kepadanya untuk membuat keputusan.
Dato' berkata bahawa sekiranya pembedahan ini perlu dilakukan, beliau pasti akan lakukan walaupun tanpa mereka membawa surat-surat sokongan daripada menteri-menteri ini kerana ia adalah sesuatu yang perlu. Beliau berasa terkilan kerana ibu dan bapa tersebut seolah mencabar professionalismenya dengan membawa surat-surat dari menteri kerana mungkin surat2 tersebut boleh memberi tekanan dan mengubah keputusan Dato' untuk membuat pembedahan.
Tapi yang paling penting nasihatnya ialah, kita sedang merawat anaknya bukan merawat ibu bapanya. Yang menjadi masalah sekarang ialah apabila anak sakit, yang perlu dirawat bukan anak tersebut tetapi ibu bapanya. Terimalah keadaan anak tersebut dengan seadanya. Kecacatan itu adalah ujian tuhan bukan sahaja kepada anaknya tetapi juga kepada ibu dan bapanya. Ya, nasihat itu menyebabkan ibunya mengalirkan air mata.
Itu adalah senario sekarang. Saya juga adalah seorang bapa dan saya tahu apa kesan antibiotik kepada anak2. Jadi saya menegur diri saya dan semua pembaca. Adakalanya saya berat hati untuk memberi antibiotik, tetapi adakalanya ada bapa yang menegur saya begitu kasar - Inikan anak saya, saya tahulah!!... bukan sekali dia kena sakit ni, dah banyak kali... kalau tak bagi antibiotik dia takkan baik punya!" - ini kisah benar saya di PUSRAWI.
Untuk ibu bapa yang terlebih pandai ini, saya nak buat macamana selain daripada tersenyum dan menulis jelah preskripsinya. Lagipun, kan dia kata itu anak dia...
14 comments:
dr,
saya adalah antara yang termasuk dalam golongan yang sederhana (maybe). dr, apa kesan antibiotik jika diberikan pada anak2? selalu kalau anak saya sakit dr di klinik akan bagi ubat demam saja.saya iye kan je lah.tp sesetengah org kata tak jadi kalau bagi ubat demam je.kena bagi antibiotik sekali.boleh dr terang kan.
terima kasih dr.
Saya adalah pesakit yang sentiasa memberi kuasa sepenuhnya kepada doktor apabila membuat keputusan menerima rawatan.
salam dr. azwan,
pengalaman saya lak..slalunya doktor yg insist nak bg antibiotik..tak kira la demam ke, batuk ke atau selsema..msti dapat antibiotik.. klau cakap tak mau sekalipun doktor akan insist jgk. kdg2 saya ambik je tp tak bg pn kat anak..
Dr, saya nak tanya, anak saya masa umur 3 bulan kena jangkitan telinga bernanah berpunca selsema, Dr pakar bagi antibiotik, lepas tu ok. sebulan kemudian jadi pulak tapi sebelah je, makan antibiotik lagi, sekarang ni dah umur baru 5 bulan. Dr terangkan cara nak elak jangkitan ini, banyak klinik sarankan cucuk vasin, ada risiko ke tak baby cucuk vasin ini.
assalammualaikum
anak perempuan sy, berumur 2 thn 10bulan, alah kepada santan kelapa.
dia blh makan tapi kuahnya tak blh sentuh kulitnya atau dia akan mula tergaru-garu dan merah kulitnya.
apa sebenarnya bhn dlm santan yg buatkan dia jd sebegitu? selain dari santan kelapa, bhn apa yg akan beri tindak balas serupa dgn santan?
hmm..saya kategori mana ek? kadang2 masuk kategori 1, kadang-kadang masuk kategori 3.hehe.
saya nak tahu lah kesan antibiotik pada anak, leh doc explain tak?hehe.alang2 dah tulis entry ubat tu...
Nurwahid : Saya akan tulis artikel untuk antibiotik
Kak JIe : memang sepatutnya begitu :)
CT : nanti saya komen dalam artikel antibiotik
Papa Amar : Saya tak pasti lah vaccine apa yer. Influenza ker? Kalau Papa Amar boleh info kat saya vaccine apa doktor sana nak bagi boleh saya tolong cerita. Saya tak pernah bagi vaccine tuh. Saya control dengan ubat dan antibiotik sahaja.
Anonymous : Adalah apa apa dalam santan yang dia allergy. Boleh cek kat Pantai Hospital. Rasanya dia boleh buat allergic patch test. IMR pun ada. Anak saudara saya tak boleh makan kacang dhal. Even sentuh kacang dhal pun dia boleh naik ruam. Kalau makan siap boleh kena asthma.
Raiyan : Saya sendiri masuk kategori 2. Hehe. Nanti saya tuls artikel pasal antibiotik.
Assalamualaikum,
saya sgt gembira jumpa blog nie. banyak sgt info :) dr. ada sebut pasal prof. Datuk Dr. Ahmad Ridzwan Arshad, dr. yang merawat /membedah anak buah saya sebab kes sumbing gak. saya tak sempat lah jumpa. tapi my sis ckp dr. ni sangat baik dan prihatin pada nak buah saya (namanya dia pun arshad). tgk bekas bedah pun memang kemas. sekali tgk macam xda ape2. cuma gusi je x elok sket. my sis ckp tunggu besar sket, itu pun tgk kalu anak buah saya nak buat ke idak.
kalau gusi ada sumbing, kita akan buat bila cuti lepas SPM nanti. Biasanya sedikit tulang akan diambil di kawasan iliac berhampiran peha atas dan dimasukkan diantara gusi yang berlubang, Selepas itu tulang tersebut akan menyebabkan penutupan sumbing tersebut disebabkan oleh reaksi penumbuhan tulang pada gusi. Baru gigi palsu kemudian di tanam. Saya ada melihat seorang doktor sendiri yang mengalamai kecacatang sumbing bibir dan gusi. Selepas memakai gigi yang ditanam, kecacatan gusi tersebut tidak kelihatan langsung. Malah giginya kelihatan begitu cantik. Ini adalah hasil usaha kerjasama Orthodontist (pakar surgeri oral). Selepas dah dewasa barulah, hidung pula dibedah.
kalau gusi ada sumbing, kita akan buat bila cuti lepas SPM nanti. Biasanya sedikit tulang akan diambil di kawasan iliac berhampiran peha atas dan dimasukkan diantara gusi yang berlubang, Selepas itu tulang tersebut akan menyebabkan penutupan sumbing tersebut disebabkan oleh reaksi penumbuhan tulang pada gusi. Baru gigi palsu kemudian di tanam. Saya ada melihat seorang doktor sendiri yang mengalamai kecacatang sumbing bibir dan gusi. Selepas memakai gigi yang ditanam, kecacatan gusi tersebut tidak kelihatan langsung. Malah giginya kelihatan begitu cantik. Ini adalah hasil usaha kerjasama Orthodontist (pakar surgeri oral). Selepas dah dewasa barulah, hidung pula dibedah.
a'kum. saya ingin berkongsi sedikit pengalaman. saya dental surgeon dr salah sebuah hosp. pd pengalaman saya, gusi yang sumbing biasanya akan di rawat selepas permanent teeth patient erupt(tumbuh), especially gigi depan. rawatan nya adalah 'Alveolar Bone Graft'yang akan dilakukan oleh Pakar Oral Surgeri. usually, dirawat masa umur 10thn ke atas. Orthodontist (pakar 'braces') akan membuat penyusunan semula gigi patient, bg gigi yang crowding.
Doc ni mmg pandai buat lawak bila tulis artikel tapi bila jumpa kat klinik idzham cam serious je control hensem ke ...he he
saya adalah ibu bapa kategori 3. So far tak pernah marah2 doctor yg merawat anak saya sbb doc2 kat klinik idzham semuanya baik2.
Tapi saya pernah dimarahi dgn doktor kat hosp besar seremban kira2 4 thn yg lalu. Begini kisahnya,mak saya masuk wad sebab muntah2 dan paras gulanya tinggi.Bila saya sdg tunggu mak tepi katil tiba2 phone saya vibrate saya pun bergegas nak beredar dr situ utk jwb panggilan ttp saya telah dijeritkan oleh doc yg nak merawat mak saya yg mana saya langsung tak perasan kehadirannya "awak nak Kemana?! jerit doc tu, saya pun tak jadi nak answer call. Then bila dah periksa dia pun marah2 saya dan kata saya tak jaga mak saya dgn baik. ewah ewah kap lam ya nga ni suka2 hati .....dia je nak tuduh aku camtu.
Saya pun apa lg bertekak lah ngan doc tu kat situ dgn disaksikan nurse, pesakit2 dan juga pelawat2.Bila semua tuduhan2 dia saya tepis dgn ganasnya dan dia pun kehabisan idea utk berckp, barulah volume suaranya turun sikit demi sikit dan lama kelamaan bernada spt biasa. Saya memg terkejut n bingung dgn perangai doc tu. FYi saya tak tinggal ngn mak cause masih blajar kat U itupun nasib baik cuti semester. Memg smpai arini saya takkan lupakan kes tu.
besh la blog doc ni
sy bdak ipta
juz singgah jp cri psal perniagaan cacing
sume topic yg doc bincangkan sgt3 menarik
doc sy ada msalah ngan pelajaran sy doc.sy skrg berada pd sem 1 tahun 2.pointer result sy pd sem 1 tahun 1 sgt2 terok n mendrop kan result sy yg sterusnye.sy wisau sgt dgan mse depan sy ni.maap saya telah lari topic
Assalamualaikum..
saya baru je melayari blog dr azwan dan tertarik dgn article ini. saya juga adalah seorang bapa kepada dua anak. masalah utama anak saya yang kedua, dia alergic kpd dustmite. kesan alergic dia akan mendapat eczema dan worst akan menyebabkan running nose dan lelah.. apabila lebih 3 hari running nose maka mulala episod batuk yang tak henti dll.. selepas beberapa kali melalui keadaan ini, saya dapat mengenalpasti bila keadaan akan menjadi teruk.. selalunya (apa yang sering berlaku pada saya) ia akan berlaku pada mlm minggu dan kebanyakan klinik tutup pd waktu tersbut... masalah saya bila saya pergi ke klinik doc x mau memberi antibiotik dan mmg keesokan harinya anak saya makin teruk.. lagi teruk lak klinik tutup esok harinya, dan saya terpaksa pergi ke mana2 hospital swasta yang buka 24hr... menjadikan kos rawatan menjadi tinggi.... adalah lebih baik kalu doc dpt memberi standby antibiotik, dan sekiranya keadaan makin teruk barulah diambil... tp ramai pulak doc yg x mahu bagi antibiotik standby..saya pernah kena, pukul 8 mlm jumpa doc dia kata just mild, no antibiotik given dgn alasan let her body fight the bacteria. moreover dia x demam. tp pd pukul 2 pagi dia mula batuk tak henti2 sehingga lar pukul 6. itu pun sbb dah letih sgt... so disini saya nampak kalu lambat bg antibiotik ia akan mengeruhkan lagi situasi, bayankan just hanya running nose menjadi demam panas, lelah dan radang paru2.. lebih teruk anak x mau minum dan mkn dan terjadi dehydrated dan perlu masuk wad... itu lah yang sering berlaku pada anak saya yg berumur 2 thn..
Post a Comment