Wednesday, January 9, 2008

Antibiotik - Kisah Seekor Harimau Yang Kehilangan Taring




Assalamualaikum,

Ramai ibu bapa yang meminta saya menulis tentang antibiotik. Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pd 1896 - tapi tak popular), penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.

Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan.

Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.

Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii..... :) )

Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.


Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.

2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut. Sila lihat gambar.


3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.


Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.


Kos Perubatan Meningkat

Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?


Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?

1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab...

a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat
garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar
dibezakan untuk sesetengah pesakit.

b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)

c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan...

d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.


2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.

"Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.


Cara Saya

Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.

Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.


Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!

"Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok".

Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.

Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.

Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.
Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria... Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!


46 comments:

Ummu Ati said...

Assalamualaikum Dr.
Terimakasih kerana memberi penerangan yang jelas berkenaan dengan antibiotik ni. Saya teringat telatah seorang kenalan saya. Asal anak-anak sakit mesti dia panik dah cepat-cepat suruh hantar anak-anak ke klinik. Lepas tu bila balik mesti tanya Dr ada bagi antibiotik tak? Kalau tak ada dia akan syarahkan pentingnya antibiotik untuk elakkan demam tu berulang semula. Kenalan ini bukannya seorang lulusan kedoktoran hanya seorang guru lulusan ijazah sahaja. Kekadang kita pun bengang dibuatnya…..Tapi penerangan Dr telah memberi banyak keyakinan kepada saya!! Teruskan menulis perihal-perihal sebegini Dr. Kami memberi sokongan penuh !!

Rai said...

Thanks Dr.
Baru la faham apa fungsi sebenar antibiotik... Rai kalau demam mmg makan la antibiotik ni(mmg Dr. bg, xpenah lak mintak)sbb dah set dalam kepala, dia bleh bunuh kuman... hehe..

whitesakura said...

Thanks for the info.. its really helpful.. by the way, can you describe about brufen? last 2 days i sent my hsbd to clinic due to high fever and the dr gave him brufen. and after that quite some rash (bintik2 merah ) appeared ,ulcer in the month and sakit dada.. is this brufen too much strong ?
Thanks again :)

Dr Azwan said...

Ummu Ati : Itu kena baca artikel saya pasal 3 golongan ibu bapa yang saya tulis last week. :) Biarlah dia, asalkan anak kita tak kena bakteria yang kebal dan kesan sampingan antibiotik. Suruh dia baca artikel ini.

Rai : saya pun bagi juga antibiotik. Kadang2 penat dah gaduh dengan patient. Fobia kadang2
White Sakura : saya nampak 2 perkara, Ulcer, ruam dan sakit dada, mungkin sebab jangkitan virus atau bakteria. Virus dan bakteria boleh buat buat batuk.. lama kelamaan batuk teruk boleh buat sakit dada.

Brufen atau sodium Diclofenac boleh buat ruam-ruam alahan. Suami boleh berhenti brufen dan continue dengan Paracetamol. Minum air banyak. Boleh cuba letak oral paste untuk ulcer supaya kurangkan sakit. Lepas 7 hari insyaAllah kurang. Brufen yang saya tahu tak pula boleh buat ulcer dan sakit dada tapi boleh terukkan gastrik. Dan salah satu ciri gastrik adalah sakit ulu hati ke dada. Mungkin itu sebabnya. Kena makan ubat selepas makan nasi ataupun makan sekali dengan gelusil iaitu ubat gastrik untuk kurang gejala sakit dada. thanks

-"Thinkerich"- said...

Terima kasih Dr Azwan,

Penjelasan yang baik untuk para pengguna...

Antibiotik untuk hapuskan bakteria dan bukan ubat cepat sembuh penyakit!

Memang menjadi lumrah orang kita, pakai terus pegang dan percaya apa yang mereka dengar daripada orang yang bukan bidangnya. Sebab itulah kebanyakan orang kita ini pandai...bila sakit terus ke farmasi cari ubat dan bukannya jumpa doktor untuk diagnosis penyakit tersebut.

Kedai Farmasi memang tempat jual ubat..cakap je sakit apa terus dicadangkan ubatnya dan sudah tentu direkomennya sekali antibiotik..kononnya untuk mempercepatkan proses penyembuhan..Maka pengguna yang kurang tahu tentang Antibiotik terus beli tanpa banyak persoalannya walaupun harganya bukan calang-calang...

Perkongsian yan menarik dan berguna.. Dr. Azwan, teruskan info perubatan ini untuk masyarakat pengguna..Hidup Blog drazwan

Thinkerich

kumb@ng said...

good info. dulu tau sikit2 pasal antibiotik, sekarang tau lebih sikit.tq doc.. :)

Jie said...

Terimakasih Doc, saya rasa ramai ibubapa yang membaca tulisan Doc faham , masalahnya untuk memberi pemahaman kepada orang lain..ramai kawan² saya seperti yang doc gambarkan.

ummumuhib said...

trima kasih. info yang baik... teruskan Dr. menulis...

SaZu said...

Salam.
Tq sensei (doktor). Bagus sesangat info ni. kami kat sini slalu singgah n baca blog sensei.
Baru2 ni sya kene kaze (selsema+batok+sakit tekak).. teruk gak lagi2 tgh winter ni. lepas tu jumpa sensei, dia bg dekat 5 jenis ubat.. saya makan smua.. nak kata ok tu.. sikit-sikit adalah..tapi bertambah pening n lemah pulak hehe. alhamdulillah, dlm masa 5 hari mula hilang sendiri. lepas baca artikel ni kat blg azwan sensei, terus stop xnak makan ubat tu lagi. mmg betullah kata azwan sensei berkenaan antibiotik tu.actually mmg tahu skit2 pasal hal tu tapi time sakit lupa plak..hehe. kami harap azwan sensei dpt teruskan menulis blog lebih2 lagi berkenaan kesihatan. Lagilah baik kalau sensei dpt cerita pasal "kehamilan" dan "perkembangan" dan "penjagaan".ok, slm dr kami suami isteri.. saitama,japan

Anonymous said...

Salam.
Tq sensei (doktor). Bagus sesangat info ni. kami kat sini slalu singgah n baca blog sensei.
Baru2 ni sya kene kaze (selsema+batok+sakit tekak).. teruk gak lagi2 tgh winter ni. lepas tu jumpa sensei, dia bg dekat 5 jenis ubat.. saya makan smua.. nak kata ok tu.. sikit-sikit adalah..tapi bertambah pening n lemah pulak hehe. alhamdulillah, dlm masa 5 hari mula hilang sendiri. lepas baca artikel ni kat blg azwan sensei, terus stop xnak makan ubat tu lagi. mmg betullah kata azwan sensei berkenaan antibiotik tu.actually mmg tahu skit2 pasal hal tu tapi time sakit lupa plak..hehe. kami harap azwan sensei dpt teruskan menulis blog lebih2 lagi berkenaan kesihatan. Lagilah baik kalau sensei dpt cerita pasal "kehamilan" dan "perkembangan" dan "penjagaan".ok, slm dr kami suami isteri.. saitama,japan

atiqi said...

assalamualikum Dr. Azwan,

Info yang menarik..

Sebelum ini saya bekerja di sebuah kedai farmasi & saya mengetahui dengan jelas mengenai antibiotik..tapi apakan daya..saya bukanlah seorang lulusan perubatan..apabila ada pelanggan yang datang minta ubat demam,saya beri la ubat demam..tapi ada sesetengah orang yang nak juga antibiotik..nak bunuh kuman katanya..bila saya kata tak perlu,mereka tak kan dgr kata saya..pernah satu hari saya dimarahi pelanggan krn tak mahu beri antibiotik utk baby demam..hatta ahli farmasi juga dimarahinya..saya rasa ini kerana kurangnya pengetahuan ttg fungsi antibiotik dlm masyarakat kita..

hazwah said...

Hi Dr,
Terima kasih mengenai info pasal antibiotik. Banyak maklumat berguna yang saya perolehi dari blog Dr.

Teruslah menulis.

pakdi said...

dr azwan mmg patut tulis buku pasa panduan kesihatan simple utk orang awam.

macam pelaburan jugak, semua benda nak return cepat, tp yang cepat selalunya bahaya sbb ia skim cepat kayap.

;)

Raiyanz said...

oo..gitu rupanya citer antibiotik.tq doc atas info yg diberi!

rizza said...

salam dr... saya suka dengan peneranagn anda... boleh tak saya copy n paste utk di letak kat blog...sebagai ingatan diri dan kawan2 saya la....lebih2 lagi penerangan dari seorg doktor(saya memang dah sedia maklum mengenai antiboitik ni...hubby saya dah terangkan..walaupun dia bukan doktor tapi dia byk membaca dan mencari info....) dan memang di msia kebykkan dr akan bagi antiboitik berlainan di sini (aussie) ..memang doktor tak beri melainkan teruk penyakit tu ....

terima kasih kongsi maklumat ni..

Dr Azwan said...

Ok rizza silakan.

Atiqy : farmasi boleh prescribe antibiotik tanpa doktor ke? Be careful.. :)

Azra said...

Dr Azwan,

artikel yang sangat bagus. I'm well impressed with the way you managed to explain all the scientific & medical terms so that readers can understand. My mum‘s friend had steven-johnson syndrome, kesian sangat. Tapi syukur dah sembuh. Mudah2an bilangan doktor & pharmacist di Malaysia yang ikhlas and selfless mcm Dr Azwan & atiqi bertambah...

Saya baru je mula membaca blog Dr Azwan ni. Tak perasan ada artikel ni, and many more brilliant stuff! And I'll definitely visit for more!

Dr Azwan said...

Azra : thanks Azra. Mintak tolong sampaikan mesej ni kepada family and friends.

I would prefer having chicken pox than full blown Steven Johnson. :)

Liz said...

Assalamualaikum

Dr Azwan terima kasih atas nasihat2 yg sungguh bermanfaat ni.Kalau pergi klinik, consultation fee je dah for sure cost u something.Anak saya pun ada alergi pada antibiotik (color purple & white, cant recall the name) until dia cirit birit.sekarang takut nak bagi antibiotik kat anak lagi. but will follow Doctor's advice of coz. Thanks for the great info

Anonymous said...

assalamualaikum..

hi doc..nice picture..

Dr Azwan said...

Hi Liz : most of the times 8 out of 10 occassions you dont need to give your child antibiotics

anon : thanks. Which pic is nice?

grace said...

tak amek antibiotik since blaja biologi kat high school.. hahaha
tp kan doc.. saye asek kene selseme je... virus ke bacteria??/

Dr Azwan said...

grace : terlalu kerap selsema mungkin disebabkan allergy - can be allergy to cold weather, atau dust... so, makan ubat allergy. Tak perlu ambil antibiotik.

mamat power said...

Betul tu Dr,aku setuju sangat. antibiotik kalau disalahguna memang bawak banyak mudarat dari manafaat.

alegik satu hal,yg paling teruk bile kuman2 tu jadi kebal pade ubat2 tu.skarang kan dah ade kes staph aureus yg kebal trhadap vancomycin aka VRSA.

betul,bkan semue kuman dlm perut tu jahat,ade gak yg baik.tp kalo diberinye antibiotik yg kuat2 mcm imipenem,cefepime dll,tk ke mati kuman2 tu.kalo kuman2 baik dah takde,sronok la C difficle nak konker.dah tak psl2 kene sakit pseudomembrane colitis.

aminoglycoside kalo disalaguna bole rosakkan buah pinggang dn organ pndengaran.tetracycline kalo disalaguna lak leh dpt anemia dn gray baby syndrome bg wnita mgandung.Antibiotik yg brasakan sulfa mcm cotrimoxazole lak boleh timbulkan reaksi autoimun mcm SJS kat atas tu.Jd ksimpulannye jgn main makan je ubat2 camtu...pgi tanye doktor taupun ahli farmasi.

MizCherry said...

Hi dr.. wah... selama ini ingatkan antibiotik adalah segala2nya ababila demam, selesema, sakit tekak... namun bila membaca artikel dr ni, rasa mcm takut pula mkn antibiotik.. haha
Tp ada kemuskilan sy, kenapa ya hospital-hospital kerajaan jg selalu memberi antibiotik kepada pesakit sedangkan beginilah kesan antibiotik kpd pesakit yg boleh dikatakan tidak memerlukannya? kalau cakap pasal keuntungan, dimana keuntungan hospital2 kerajaan sekalipun mereka memberi antibiotik kpd pesakit? Satu lg selalunya di hospital kerajaan, MA gred U29 yg selalu memeriksa pesakit (kkurangan dr myb) jd adakah perkara ini mrk (MA) tidak mengetahuinya?

MizCherry said...

Hi again.. Lagi nak tanya.. apa itu penicilin? i dont know isnt that penicilin and antibiotic are the same thing.. huh.. Bingung sy..

MizCherry said...

Dr.. saya geli tgk gambar cacing tu... Nak buka blog dr pn bila nampak gambar cacing 2, terus je meremang n kegelian amat sangat... sorry but its a true.. thanks..

Dr Azwan said...

mamat power : wah, mamat ni memang power, cakap pasal imipenem dan cefepime. Kat klinik mana ada ubat mahal dan power cam tu. :). Kami ada stakat azithromycin dan augmentin je paling power. apa pun thanks for sharing your knowledge.

mizcherry : MA adalah wakil doktor di tempat2 yang tertentu. Mereka juga terlatih dan tahu pasal antibiotik ni. Cuma adakalanya ilmu mereka kurang sempurna sikit dan kurang mendalam. Cara mizcherry cakap pasal MA tuh lebih kurang serupa sahaja dengan doktor kat klinik swasta ni. Ada juga yang bagi untuk semua, main bagi sahaja. Bukan sebab perlu pun.

Penicillin adalah sejenis antibiotik. ia adalah satu kelas daripada kelas2 antibiotiks. Kelas lain contohnya cephalosporin dan aminoglycoside. So, antibiotik ini adalah nama umum, dan dibahagikan kepada beberapa kelas dan jenis.

la.. apa nak geli kan. Orang buat kosmetik tuh tau. Ada yang letak kat muka dan sebagainya. Time pakai kosmetik, tak der pulak nampak cacing dalam tuh.. haha! :)

debu-papa said...

salam dr azwan,

saya dah search byk article pasal antibiotic, so kita dah tahu bad effect pasal antibiotic overruse.. skrg, macammana cara paling natural nak tingkatkan antibody system kita?

Anonymous said...

Askum Dr Aswan, saya dari Sarawak. Saya merupakan mangsa kepada pengambilan lebihan dos antibitoik..kesanya badan saya terasa lemah, hilang selera makan dan sakit dada. Walau bagaimanapun, keadaan kesihatan saya bertambah baik. namun begitu, badan saya masih sedikit terasa lemah..jadi Dr apa yang harus saya lakukan untuk mengembalikan tenaga dalam badan saya dan bagaimana untuk mengurangkan kesan antibitoik yang berlebihan supaya saya boleh hidup seperti biasa?

haza said...

assalamualaikum

saya selalu gie klinik kalu demam/batuk/selsema tak baik dlm masaseminggu. atau mkn panadol pun tak jd ape. bila dr. bg ubt + antibiotic (dia org suh habiskan) 2 hari je mkn. dah baik sakit, lepas tue segala ubat tolak tepi. ok ke camtu. tapi setakat ni takdalah berulang demam kalu wat cenggitu. penah lah juga saya demam dlm masa sebulan. demam tak kuat pun. kdg2 je suhu naik. ape saya buat tido. pastu ok. pastu next week camtue gak. pastu lama2 ok. tak mkn ubt pun. tak pa ke dr.?

Anonymous said...

nk tanya, tgan sy ni selalu kebas2
,selalu pening kepala..
dan tak bermaya selalu..
sy rase sy kekurangan darah..
jd ape ubat yang perlu sy amek..
sy tak dpt nk pergi ke klinik sbb tiada mase yg sesuai.
ape pendapat doktor

Anonymous said...

salam dr..
erm sy nk tanya.masalah sy ni,bl sy demam,klu sy mkn ubat demam(paracetamol),ubat selsema,ubat antibiotik ke,panadol ke,mata sy jdik bengkak n nk bnafas pun ssh..rasa mcm salur pernafasan jdik kecik,sempit..lelangit pun rs mcm bengkak..dlu ok je,tp sy jdik alergi ubat ni start awal tahun 2006..dlu ok je..xde masalah klu mkn ubat demam(panadol ke,2 pape ubat kat klinik)..tp skrg bila sy demam je,sy x brani mkn ubat..
tp tahun 2007,paling sy x blh lupa sb saya x blh bnafas lps mkn ubat dmam,selsema..mata sy bengkak smpai blh bkak mata ckit je..pas2 doktor bgi injection.(ubat tu sy beli kat medical centre)..mcm mn ni dktor??

Dr Azwan said...

Antibiotik perlu dihabiskan. Jika tidak bakteria yang masih hidup akan bermutasi dan menjadi kebal. Jangan amalkan antibiotik kalau tak mampu nak habiskan. Simpan ajer dalam stor atau peti ais. Jika makan kena habiskan sekurang2nya 5 hari. Jikalau tak nak habiskan jangan mulakan.

Anonymous : nasihat syaa pergi jumpa doktor.

Pergi jumpa doktor yang sama dan simpan rekod dalam satu klinik yang sama. Jangan shopping (membeli-belah) ubat-ubat kat farmasi kalau tak tahu ubat apa yang allergik. Kalau dah ada rekod mana yang allergik dan mana yang tidak mudah untuk doktor keep track. Kalau shopping sana sini kat klinik2 nanti susah nak decide mana ubat yang tak ok sebab tak ada rekod.

farra said...

sy mmg x suke antiobiotik..bau die x best..hehe..
tp Alhamdulillah sy jarang sakit...
macam sekarang saya dah hampir 3 tahun x demam..
tp bile demam dtg teruk sgt2...
Doc rs normal x org yg demam 3thn sekali ni???
smpaikan ade yg bersorak bile sy demam sbb ssh nk kene walaupun roomate sy 2 kerap demam n selsema.
Tp sy mmg bersyukur sgt kerana jrg sakit...Alhamdulillah

huda said...

Salam Dr,
my baby is 6 months n dua hari lepas dia demam panasn batuk2. bila pegi paed, dia subscribe antibiotic. should we give her or not? but kalau once dah bagi kena habiskan right?

Dr Azwan said...

Kalau pakar dah bagi, teruskan. kalau start kena habiskan. tq

manjalique said...

salam Dr,
saya terbaca blog dr ni masa nak cari info ttg antibiotik.baby saya baru 4mths.hr tu dia selesema n batuk sikit.pergi hospital kerajaan, doktor kasik ampicillin syrup.dah tanya dia smd ok ke tak mkn antibiotik since baru 4 months..dia kater ok sbb antibiotik yg dia kasi tu tak kuat..so sy kasi la juga.. betul ke dr?

lagi satu, bila bagi makan antibiotik ni kena habiskan kan? in case termiss bagi baby mkn..atau lambat bagi mkn antibiotik tu pd masa yg ditetapkan,bagaimana dr? boleh tak teruskan jer?dan set untuk masa yang baru..?

thanks dr.

ATHIRAH AMZAH said...

Salam...
Doktor, saya terbaca info mengenai antibiotik ini apabila sedang mencari 1 artikel. Bolehkan saya bertanya 1 soalan? Saya telah mengambil antibiotik doxymycin sejak dari 2007 hingga kini. Saya ingin tahu, apakah kesan sampingan atau kesan jangka panjang akibat pengambilan ubat doxymycin yang berlebihan?

10q.

adinda'z syg said...

salam Dr. saya aisyah. baru-baru ni sy demam,doktor telah bagi satu ubat nama azithromycin. namun setelah makan ubat tu, saya dapati kencing sy jadi kencing berdarah, dan mengalami kesakitan di saat buang air kecil.jadi apa sebnarnya yang berlaku Dr.? harap doktor boleh beri jawapan di emel sy : saisyah88@gmail.com

ana said...

salam Dr. bayi saya 9 bulan lebih baru baik dari demam campak, dan dr pakar dari sebuah hospital telah berikan ubat antibiotik dexchlorpheniramine dan beberapa ubat lain. ada bekas campak yang masih x hilang. dalam beberapa minggu, demamnya datang balik, dan dr berikan ubat yang sama. namun paling saya sedihkan,naik melecur di semua kulitnya dan yang paling teruk mata dan mulut :( . saya cuba pergi ke dr lain pula, dan beliau katakan yang bayi saya alergi ubat ubat antibiotik dexchlorpheniramine. isnin ni beliau minta rujuk ke pakar kulit. dan soalan saya, sabagai ibu, apa yang harus saya lakukan untuk sembuhkan anak saya.? untuk pengetahuan dr, bayi saya minum hanya susu ibu dan telah makan bubur. harap sangat dr berikan jawapan ke email saya,
norazlina11111@yahoo.com atau amrinaz77@yahoo.com. sekian,terima kasih.

Anonymous said...

Dr..bagaimana sekiranya anak diberi antibiotik tapi tak makan teratur...asik terlupa nak bgi...risau pula nak teruskan lepas seminggu..

Mohamad Nizam said...

Assalamualaikum doktor. Terima kasih pada info yang doktor ulaskan disini. Saya ingin menceritakan pengalaman saya dalam pengambilan antibiotik dan ingin bertanyakan beberapa soalan. Diharap doktor dapat memberi sedikit ilmu dan info untuk menyelesaikan masalah saya.

Untuk pengetahuan pihak doktor, saya pernah mengalami kemalangan pada tahun 1994 ketika saya bersekolah rendah lagi. Saya mengalami keretakkan dibahu dan luka yang besar disepanjang lengan kiri saya. Saya mendapat 30 jahitan. Sepanjang di hospital doktordisana memberikan banyak ubat untuk dihabiskan. Antara ubat yang paling banyak diberi adalah Antibiotik. Setiap kali rawatan susulan, doktor di hospital tersebut akan memberikan ubat antibiotik kepada saya untuk dihabiskan.Dari saat itu badan saya mengalami perubahan yang sangat mendadak.

Perubahan yang sangat ketara adalah pertambahan berat badan yang sangat serius. Saya mengalami gemuk air. Apa yang merisaukan ibu bapa saya pada ketika itu adalah berat badan saya bertambah menjadi 2 kali ganda dari berat asal. Kemudian berat tersebut semakin bertambah sehingga ke hari ini. Pelbagai cara telah saya lakukan untuk menurunkan kembali berat badan saya, namun semuanya gagal walaupun telah mengikut saranan yang telah diberikan. Umur saya ketika ini adalah 29 tahun.

Persoalan pertama saya adalah, Adakah benar antibiotik telah mengubah sistem perhadaman dalam tubuh badan saya? Sekiranya benar, apakah langkah yang harus saya lakukan untuk mengatasi masalah ini? Sekiranya saya mengambil probiotic (bakteria baik untuk tubuh) adakah ianya membantu untuk menurunkan kembali berat badan saya?

Persoalan kedua saya adalah adakah sistem buah pinggang saya juga terjejas selepas mengambil antibiotic yang pernah saya ambil pada ketika dahulu?

saya berharap sangat agar doktor dapat memberi maklumbalas dari komen saya ini. Doktor boleh membalas komen disini agar mereka yang pernah mengalami masalah yang sama dengan saya dapat membaca atau balas di email saya di nizam_email@yahoo.com. maklumbalas dari doktor sangat saya perlukan dan nantikan. Semoga Allah membalas jasa baik doktor. Terima kasih doktor :)

Anonymous said...

Sekarang saya tentang penyakit...saya ambik ubat antibiotik berlebihan dalam satu hari...tekak saya jadi merah..ada juga rasa sakit...jadi nak selasai sakit tekak saya ni mcn mana... Doktor..

Anonymous said...

Buat masa skrg tekak saya rasa x sedap lglah...

PETANI MODEN said...

Amal sunnah nabi...Insyallah.

Related Posts with Thumbnails