Friday, January 25, 2008

Ratatouille

Assalamualaikum...



Baru-baru ini saya membeli sebuah vcd bertajuk Ratatouille mengisahkan seekor tikus yang mempunyai kehebatan menghidu bahan-bahan makanan, mempunyai kebolehan membaca dan akhirnya bertukar menjadi chef dengan bantuan seorang manusia bernama Linguini.



Chef Gusteu iaitu tuan punya Restoran terkenal di Paris, merupakan idola Remy si Tikus. Chef Gusteu meninggal dunia kerana terkejut akibat reputasinya dijatuhkan oleh seorang pengkritik makanan terkenal Anton Ego. Takdir telah menentukan Remy bertemu Linguini di Restoran Gusteu dimana Linguini adalah pembuang sampah dan pencuci lantai restoran itu.



Perjalanan cerita menjadi lebih menarik apabila diketahui rahsia bahawa Linguini sebenarnya adalah pewaris kepada restoran Gusteu yang terkenal.



Perjalanan kisah hidup tikus yang bernama Remy ini memang menarik kerana akhirnya Remy seekor tikus berjaya memikat hati pengkritik makanan yang sombong iaitu Anton Ego melalui "Ratatouille", sejenis makanan kampung yang telah diubahsuai oleh Remy.



Remy si tikus berjaya membuat Anton Ego merasa rendah diri dan akhirnya bersetuju dengan pendapat Chef Gusteu bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi chef.



Saja saya bercerita kerana anak2 saya sedang menonton cerita vcd ini di komputer hampir setiap hari sehinggakan saya sendiri pun hampir dah menghafal jalan ceritanya. Cerita ini boleh menjadi teladan bahawa sesiapa sahaja boleh melakukan apa yang diinginkan sekiranya dia berusaha bersungguh-sungguh.


Karakter yang dibangunkan adalah seperti hidup dan animasi yang dipaparkan sungguh mengesankan. Oleh kerana ramai pengunjung blog saya ni juga adalah di kalangan chef dan teringin nak jadi chef, apa kata kita layan cerita ni kalau ada masa lapang.

Wassalam





8 comments:

Anonymous said...

kalau tikuih la yg masak, den raso tak makan la den. :)

angel_baik said...

citer nie mmg best. tapi geli la tgk tikus byk2....

Dr Azwan said...

Ano : Hahaha den pun tak makan jugak.

Angel baik : Memang pun. saya ni anti tikus gak...

nuruL said...

Masih belum tgk citer ni lagi.
Nanti nak pegi tny sape2 yg ada la.
Tak sabar pulak nak tgk!

isteri said...

chomel je suami saya pronoun ratatouille sbg rita-toilet..best story ni..memang semua orang boleh memasak..asal tau ramuannya,tau mana satu mau campur dulu, dan paling penting tau merasa..

Dr Azwan said...

nurul : kena tengok tau

isteri : Saya dah tengok rupa ratatouille yang sebenar - tak macam msakan dalam filem ini pun. Ia macam sayur2sayuran.

nasikerabupetro said...

Saya suka cerita ni...
Kelakar apabila seekor tikus mengamalkan tabiat kebersihan yang baik :)

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails