Wednesday, March 4, 2009

Di bawah Pohon Beringin...





Salam,

Keadaan politik di Perak menjadi lebih rumit, merimaskan dan semakin memeningkan.

Kisah di negeri Perak ini menjadi perbualan umum sekarang. Pohon beringin menjadi kembali popular semenjak persidangan DUN dijalankan semalam.

Mana tidaknya tidak pernah ada di dalam sejarah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai 2 Menteri Besar... dan 2 set Exco Negeri... masing-masing mengaku mereka lah yang paling sah dan paling betul mengikut perlembagaan.

Wah.. hebat keturunan-keturunan Dato' Maharajalela ini. Tahniah orang Perak...

Bangga ler kawan saya Yeop... Maklumlah selama ini negeri Perak ini tidaklah beberapa dikenali sangat. Sejak Bukit Larut dah tak beberapa ada timahnya, maka, negeri Long Jaafar ni tidak beberapa popular sangat. Tapi semenjak dua menjak ini maka meletup pulak negeri deme yer Yeop.

Tambah pula teman saya si Yeop ini asalnya di Bota Kiri. Semenjak ADUN nya kerja melompat-lompat, lagi lah orang Bota makin popular. Kata si Yeop "Buat malu teman jer!"...

Huhuhu...

Apa pun, saya mengharapkan terhadap cahaya di sebalik terowong yang gelap. Semoga Allah membuka hati Sultan negeri Perak dan Raja Muda agar dapat menyelesaikan masalah ini dengan kadar yang segera.

Mungkin pilihanraya negeri adalah jalan yang terbaik, walaupun pada awalnya saya tidak bersetuju dahulu kerana akan melibatkan wang rakyat yang banyak. Namun keadaan menjadi bertambah rumit. Ekonomi makin jatuh dan pemimpin negeri Perak masih bercakaran. Pelaburan dari luar tidak akan masuk dengan ketidak stabilan politik yang ditunjukkan. Akhirnya yang menjadi mangsa, orang negeri Perak juga.

Mandat yang jelas akan ditunjukkan oleh rakyat jika wujudnya pilihanraya negeri. Menang kalah adat pertandingan. BN akan beruntung jika kerajaan yang ditubuhkan menunjukkan rakyat menyokong BN, begitu juga PKR. Masing-masing kenalah tunjukkan "gentlemen" masing-masing kan. Ini adalah "the real gentleman fight". Kalau kalah tuh, nak buat macamana. Terimalah kekalahan dengan lapang dada.

Akhir sekali, kita sama-sama doakan yang terbaik. Semoga Allah tunjukkan jalannya.

4 comments:

Anonymous said...

Salam Dr,

Sedikit pembetulan, kerajaan PR, bukan PKR sahaja ;)

~ Lady ell ~ said...

lg cepat bubar lg baik.biar rkyat yg tntukan dn harap ianya brjln dgn penuh telus n lancar..

Anonymous said...

teringat citer P Ramlee Laksamana Do Re Mi, kerajaan pasir dua butir yang mana raja & permaisurinya bersemayam di bawah pokok sbb menteri Fasola dah rampas takhta..heheh

Dr Azwan said...

Kerajaan Pakatan Rakyat... Maaf tersilap.

Related Posts with Thumbnails