Monday, March 23, 2009

Jasa di Nilai berdasarkan Populariti ? - Satu Pandangan Peribadi kepada Artikel PPIM






Assalamualaikum.

Saya rasa tertarik dengan komen negatif daripada beberapa pengunjung PPIM di websitenya tentang penganugerahan Tokoh Perdana Maulidur Rasul tahun ini kepada Prof Dr Sidek Baba, Professor Pendidikan di UIAM.

Di dalam salah satu artikelnya di sini beliau menyatakan bahawa Prof Dr Sidek Baba pernah menyinar dahulu tapi sekarang sudah terkeluar daripada "aliran perdana" atau lebih tepat sudah hilang pengaruh dan taringnya.

Penulis cuba menunjukkan bahawa kehebatan tokoh lain yang masih segar di arus perdana, sedang Prof Dr Sidek Baba sudah tidak lagi. Apabila Prof Dr Sidek dilantik menjadi tokoh ia sebagai satu situasi yang pelik lagi ajaib. Malah beliau memberi konotasi bahawa terdapat unsur permainan politik di atas pemilihan Prof Dr Sidek Baba sebagai tokoh.

Sejak bila tokoh dan jasa seseorang dinilai di atas betapa popularnya dia di media massa? Prof Dr Sidek Baba selama ini dikenali sebagai penyokong kerajaan kah?

Beliau tidak mengulas dengan lebih lanjut tentang kelebihan-kelebihan Prof Dr Sidek yang diantaranya Ahli Panel Penasehat Pendidikan Institut Integriti Malaysia, Panel Penulis dan Pemikir Islam Hadhari, Ahli Lembaga Pengarah Darul Quran, Ahli Lembaga Pengarah Institut Ketamaddunan Islam, dan Ahli Lembaga Pengarah IKIM. Manakala jawatan tetap beliau adalah Professor Pendidikan di UIA.

Nampaknya ada unsur dendam kesumat di dalam artikel ini. Lebih lebih lagi beliau menekankan bahawa Prof Dr Sidek Baba adalah orang yang bertanggungjawab mencantas program PPIM di IKIM.

Prof Dr Sidek Baba adalah anak melayu Kg Masjid Tanah, Melaka yang dahulunya seorang yang miskin. Pernah berjalan berbatu-batu untuk ke sekolah kerana tidak mampu berbasikal kerana ibu dan ayahnya penoreh getah. Beliau juga pernah menoreh getah untuk menyambung pelajarannya.

Setelah Universiti Malaya beliau menyambung pelajaran di dalam bidang PhD. Di sana beliau membesarkan anak-anaknya walaupun hidup di dalam keadaan susah. Beliau banyak berjasa menjadi Timbalan Rektor yang bersama-sama membangunkan UIAM di waktu tunasnya. Malah telah ramai anak didiknya telah cemerlang di dalam bidang kerjaya.

Walaupun seorang Professor di UIAM namun apabila bersama saya beliau membahasakan diri beliau CIKGU. Bila berborak dengan beliau memang jarang ada bualan kosong, pasti ada bualan yang berbentuk nasihat dan ilmiah.

Setahun yang lepas, kebetulan kami di Bandar Melaka, saya dapati Cikgu Sidek menyampaikan ceramah di hotel tersebut untuk satu program Felda. Kebetulan pula saya juga menyampaikan ceramah kepada peserta yang sama di program itu cuma berlainan waktu.

Saya pun menjemput Cikgu Sidek untuk minum teh pada waktu malam bersama kerana ada kelapangan waktu. Kami berborak lama sehingga ke tengah malam. Banyak yang dibincangkan dan keseronokan bertukar-tukar pandangan dari arena pendidikan sehingga ke politik sehinggakan saya tidak terasa masa begitu pantas berlalu.

Apabila penulis artikel ini merendah-rendah Prof Dr Sidek Baba, saya melihat tentu terdapat niat yang tidak baik terhadap beliau. Orang yang banyak berjasa kepada bidang pendidikan ini, saya kira tidak wajar ditarafkan dengan lain-lain tokoh. Saya amat sedih apabila beliau dibandingkan dengan tokoh yang lain termasuk Adik Muhammad Ahmad Zahid, qari kecil yang menjadi juara hafazan di Dubai baru-baru ini yang juga memenangi anugerah tokoh.

Tidakkah mereka berdua ini berbeza dari segi sumbangan mereka?

PPIM memang hebat dari sudut organisasinya dan perjuangan agenda ummahnya. Saya menyokong perjuangan mereka sejak dari dulu. Tetapi terdapat juga penyokong kuat PPIM yang saya kira terlalu emosional dan kadang-kadang lebih sudu dari kuah. Lihat sahaja komen mereka yang merapu-rapu di website PPIM. Kadang-kadang malu juga melihat betapa rendahnya pemikiran umat Islam yang kononnya membawa agenda ummah.

Apapun Hidup PPIM.... Teruskan Perjuangan!

Wallahu A'lam.

4 comments:

Anonymous said...

Sdr Pembaca,

terpanggil atas rasa perihatin simpati dan kasihan melihat org setua Tok Sidang diperlekeh, dihina dan diperkecilkan oleh individu mashor spt Dr. Azwan yg namanya gah di Malaysia dan seluruh pelosok dunia dan berguru pula dg tokoh2 besar dan guru2 tersohor.

Menggunakan bahasa yg sangat molek spt "seronok menyelami pemikiran tok sidang" kemudian " rupanya tok sidang ini 2 wajah" dan pelbagai perkataan yg mempermain2kan tok sidang menjadi satu kepuasan peribadi kepada Sdr Dr kita ini.

Apakah bezanya antara tok sidang dan para komentar lain yg diperlekehkan oleh dr. azwan sendiri di dalam blog beliau dg dirinya?
Ia diibaratkan paku dulang paku serpih@ meludah kelangit.

Agaknya inilah yg dikatakan sbg krisis nilai dan krisis 'superiority complex'. Bilamana seseorang itu merasakan dirinya terlebih bijak, terlebih hebat dan terlebih segala2nya dg org lain apabila mendapat title Dr. dipangkal namanya.

Dg mudah menuding jari menggunkan bahasa yg bisa terhadap org lain bukannya membantu menyelesaikan kemelut utama yakni menggariskan kritirea pemilihan tokoh maulidul rasul dan mendapatkan penjelasan mengenai tindakan menghapuskan program Agenda Ummah radio IKIM bersama PPIM.

Bukan membantu memberikan jawapan, sdr Dr. Azwan sebaliknya mempertahankan individu secara total, malah tidak menjawap persoalan2 yg ditimbulkan oleh penulis artikel.

Nampaknya sdr juga mudah melompat dan tidak bersikap rasional dalam membentangkan fakta. Selidiklah dahulu pokok persoalan dan kemudian baharulah berikan jawapan kalaupun TIDAK DAPAT MEMBANTU TETAPI JANGANLAH MENAMBAH BUNTU.

Akhirkata, sbg warga muslimah PPIM saya ingin mengucapkan selamat berjaya kpd sdr dr azwan dalam karier yg sedang sdr gilap. Sekiranya Allah dan keredhaan yg kita cari, maka kita akan mudah melembutkan lidah dan hati dan saling kasih mengasihi antara satu sama lain.

wassalam.

Anonymous said...

Salam,

Tertarik dengan polimik Sdr. Dr. Shahrizal Azwan Bin Samsudin dg Sdr.Tok Sidang yang nampaknya berlanjutan panjang. Masing2 juga sudah berhujah memberikan pandangan dan pendapat, rasanya patut dimuktamadkan sahaja.

Artikel yg dipaparkan adalah sebuah pandangan peribadi seorang pembaca yang ingin kepastian daripada pihak berkaitan mengenai kriteria pemilihan Tokoh dan kenapa pula dipilih Prof Sidek yg kebelakangan ini 'diragui' pendiriannya terutama terhadap PPIM.

Mungkin penulis ini membuat konklusi berasaskan kpd tindak tanduk tokoh berkenaan terhadap program Agenda Ummah yg sudah DICANTAS oleh tokoh itu sebaik shj dipilih menduduki kerusi penting di IKIM.

Rasanya keraguan penulis berkenaan adalah BERASAS.

Manakala komen2 yg menyusul selepas itu adalah menjurus kpd pelbagai perspektif yg diluar bidang kawalan PPIM sendiri kerana sifat web itu sendiri adalah INTERAKTIF dan tidak akan ditapis isinya sehingga ia KETERLALUAN dan menjejaskan keselamatan.

Dr.Azwan yg mempunyai blog beliau tersendiri nampaknya turut TERBAWA EMOSI dan mencanangkan ILMU BELIAU YG TINGGI sehingga seolah2 RIAK DAN TAKABBUR dan menghentam Tok Sidang yg sudah merendahkan nadanya dg menggunakan bahasa yg sangat cantik menyuruh tok sidang keluar dari TEMPURUNG.

Kita melihat, bhw tok sidang langsung tidak menyentuh keperibadian Dr. Azwan yg sudah tentu cendikiawan dan intelektual elitis kelahiran UIA dg TITLE Dr. itu secara peribadi. Cuma apa yg disebut adalah jgn taksub kepada manusia atau individu kerana mereka bukannya sempurna spt segln manusia yg terlalu taksub kpd kerajaan atau pembangkang sehingga menafikan kebaikan dan keburukan pihak lain.

Nampaknya sdr yg mempunyai title Dr. dipangkal nama dan kelahiran UIA itu sendiri telah dpermain oleh emosi dan sanggup pula menghentam website PPIM dilaman blog sdr sendiri. Memperkecil, memperlekeh dan mengetawakan komen peribadi para pelayar web PPIM ini yg mungkin pd pandangan peribadi sdr tidak setaraf dg title Dr. yg sdr pegang itu dan sesuai utk berbicara dlm blog milik sdr.

Sepatutnya, bukan begitu caranya menegur. Ada cara yg lebih afdhal dan ada cara yg lebih molek. Bolehkah sdr siasat dahulu kenapa artikel berkenaan ditulis, tanyakan dulu guru Tuan Dr. yg dikaitkan namanya...malah tak perlulah sdr bariskan senarai nama tuan2 guru sdr yg namanya memanglah BESAR2 DAN HEBAT2 DAN GAH SEANTERO DUNIA ITU.

Kita sepatutnya mengikut resam padi..makin berisi makin tunduk dan bukan semakin mendabik dada dan menceritakan kehebatan diri kita kpd org lain dan memperkecilkan org tua spt toksidang.

Manusia di hadapan Allah bukan ditanya mengenai kehebatan gurunya tetapi dihisab dan dinilai dari segi keikhlasan amal ibadahnya. Dilihat dari segi niat dan tingkahlaku masing2. Nabi tidak pernah menghina individu lain walaupun yahudi yg menginaya beliau sendiri.

inikan pula individu yg cuma menyatakan kehairanan dan ingin mengetahui kedudukan tindak tanduk org lain sehingga mungkin beliau kehilangan siaran radio ikim yg diminatinya. Beliau bukan meminta hiburan, bukan ingin melihat filem x tetapi hanya mahukan siaran agenda ummah itu terus ke udara.

Sdr. tuan doktor, marilah kita bermuhasabah...kita buka minda dan keluar dari kepompong ligitimate dan doctrine kertas akademik dan berjuang atas landasan keikhlasan dan saling bantu membantu dan bukan saling jatuh menjatuhkan. Jangan perkecilkan org lain, jgn sindir org w/pun dg bhs halus..org faham..org melayu kaya dg budi bahasa dan faham apa yg tersirat selain dari yg tersurat.

selesaikan masalah utama, kebetulan pula sdr anak murid kesayangan..sudi apalah kiranya memanjangkan duduk perkara kpd Prof Sidek ini mengenai tujuan sebenar beliau mencantas program berkaitan supaya boleh dipaparkan di dalam web ini utk tatapan ramai.

saya dg rendah hati tidak memerlukan jawapan panjang lebar dan berbentuk ilmiah dari tuan dr. cuma apa yg saya ingin tahu jawapan dari DR. Sidek sendiri apakah alasan beliau menamatkan siaran berkenaan. CAKAP TERUS TERANG DAN JANGAN BERSELINDUNG... jadilah manusia yg berani dan jangan salah guna kuasa.

Wallahuaalam.

Dr Azwan said...

Salam Anon,

1. Sebenarnya nak membalas komen seorang yang tak berani meletakkan namanya dan berlindung atas nama anonymous ni saya tidak beberapa gemar. Apapun, saya kira, komen anon 1 dan anon 2 adalah oang yang sama mengikut gaya penulisan dan huruf besar. Jadi saya menjawab sekali sahaja lah ye.

2. Kalau puan/cik/tuan ni nak membela tok sidang di dalam blog saya ini saya tidak menjadi masalah kerana saya tidak mengkritik Tok Sidang di atas dasar apa. Cuma ketidak adilan kepada Dr Sidek Baba yang dihentam secara emosional daripada penulis artikel. :)

3. Jika dilihat komen saya, saya membawa usul dan kritikan. kalau kritikan saya itu dianngap takabbur, saya sekali lagi ingin menyusun jari memohon maaf. Kepada Tok Sidang saya memohon maaf. Bukanlah saya biadap kepadanya tetapi saya menegur cara mengkritikinya. Walaupun namanya Tok Sidang, tetapi tidaklah saya tahu umurnya berapa, orangnya comel ke tak dan ada gigi ke tiada gigi.. huhu. Maaf ye Tok Sidang. Boleh contact saya untuk saya belanja minum teh tarik kurang manis. :)

4, Jika pihak tuan boleh menyiarkan artikel yang menghentam seorang yang dianugerahkan tokoh maulidurrasul, dengan tidak diberi hak dan keadilan, membandingkan dia dengan sesiapa secara tidak adil, saya di sini meyampaikan pendapat saya untuk menyokongnya dan berbeza pendapat.

5. Adakah berbeza pendapat satu yang salah di PPIM?

6. Saya berbahasa halus ini kerana saya dididik dengan bahasa yang berlapik. Pernah saudara cek kritikan pemberi komen kepada Tabung Haji? Segala macam bahasa digunakan sehingga merasa diri ini sungguh malu untuk membacanya. Dengan "bodohnya".. "kafirnya".. dan macam macam lagi.. pernah tuan kritik mereka berbahasa sebegitu? Malah itu dibaca oleh semua orang di Malaysia malah di dunia. Adakah tuan nak menyatakan lebih baik berbahasa kesat dan menyokong bahasa kesat? Yang menulisnya siapa?

7. Saya melihat Radio 24-PPIM berjalan dengan lancar sekarang. Malah saya adalah peminat Nazira Noran-Tokki pada setiap Rabu dan diulang pada Sabtu dan Ahad. Malah saya banyak kali menulis artikel yang menyokong Tokki dan PPIM di blog ini. Apa yang sudah-sudahlah. Adakah agenda ummah sekarang sudah berubah jika PPIM di radio 24? Maka biarlah kita berjiwa besar di dalam hal-hal sebegini.

8. Mengkritik PPIM = menghentam PPIM. Saya rasa itu tidak berjiwa besar saudara. Saya pernah memuji PPIM dan Tokki, jadi bagaimana pula dengan itu?. Siapa yang emosional.

9. Persoalan saya sekarang, kenapa persoalan menghina Dr Sidek Baba di dalam artikel ini? Itu isunya. Saya memenangkan guru saya adalah hak saya sendiri. Saudara tidak dapat menjawab kritikan saya secara fakta maka saudara membawa isu-isu emosional seperti bahasa lah, masyhur lah, apa lah.. jadi saya pun takde apa-apa nak dikomen kerana tiada pun faktanya.

10. Artikel ini membawa konotasi dendam kepada Dr Sidek Baba dan saya masih menganggap bahawa konotasi dendam oleh penulis artikel ini adalah sesuatu yang tidak wajar. Jika benarpun dia mencantas program PPIM, saya rasa tidak wajar dinafikan jasanya yang lain.

11. Saya akan bertanya Prof Sidek dan saudara diminta bersabar oleh kerana kadang2 dia berada di luar negara. Smentara itu, tarik nafas dan rileks. Masa masih panjang kalau Allah izinkan. :)

Wallahu Alam

motoraku said...

apa pun jangan kita sama-sama bertelingkah,
berbaik-baiklah sesama agama. setiap yang baik kita ikut yang buruk kita tinggalkan.

Related Posts with Thumbnails