Assalamualaikum,
Terima kasih kepada Pak Lah yang telah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima. Maka termateri lah teori R.A.H.M.A.N. yang dahulunya sering dikontroversikan (Saya dahulu terfikir A-Anwar Ibrahim, N-Nik Aziz).. hehehe.
Saya secara peribadi amat kagum kepada Pak Lah yang membawa banyak perubahan kepada negara terutama kepada Industri Pertanian.
Visi Pak Lah yang melihat bahawa lebih ramai umat bangsa melayu dapat dibantu secara ekonominya melalui pertanian merupakan visi yang bijak. Untuk beberapa tahun lepas, industri pertanian telah melonjak namanya dan ini sangat penting bagi negara kerana Malaysia banyak mengimport makanan berasaskan pertanian dari luar negara.
Malah hasil import Malaysia adalah melebihi daripada kemampuan negara mengeksport hasil tersebut. Ketiadaan surplus ini menyebabkan negara kerugian berbilion RM kerana pengaliran wang keluar kerana permintaan yang tinggi daripada produk pertanian yang diimport seperti beras, buah-buahan segar dan sayur-sayuran.
Dengan adanya perubahan dasar pertanian yang melihat bahawa strategi pertanian secara komersial yang merupakan satu perniagaan yang menguntungkan, lahirnya ramai jutawan-jutawan melayu yang merupakan penternak lembu dan kambing, penanam cili dan sayur, pengusaha ikan keli, udang dan telapia dan pelbagai lagi pengusaha-pengusaha di dalam pelbagai produk pertanian. Malah industri hiliran seperti pengusaha keropok dan kerepek banyak juga mendapat manfaatnya.
Pengukuhan institusi perbankan yang menyumbang ke arah permodalan kepada pertanian adalah dialu-alukan. Peruntukan RM 300 juta oleh kerajaan sebagai pinjaman mikro oleh Agro bank baru-baru ini sebagai contoh, merupakan satu "spark" bagi pengusaha baru yang mungkin terdiri daripada graduan lepasan universiti yang tidak mendapat pekerjaan di dalam ekonomi sekarang. Dengan adanya kemudahan ini mereka memulakan perusahaan pertanian dengan modal maksimum RM 50,000 tanpa memerlukan apa-apa cagaran tanah dan penjamin.
Akhir kata, terima kasih Pak Lah di atas usaha yang berterusan untuk membantu lebih ramai usahawan di dalam bidang pertanian ini. Semoga Pak Lah panjang umur dan dimurahkan rezeki agar dapat beribadah kepada Allah SWT dengan hati yang lapang.
Amin.
3 comments:
sama2 kita doakan Pak Lah...
insyallah
Semoga PakLah meninggalkan kesan dan tinggalan penuh bermakna buat negara dan bangsanya supaya orang yang tidak menyukainya insaf........Kesian dia jadi mangsa.Lembu punya tahi, sapi dapat busuknya.......Sajak PAkLah yang amat berkesan dan mudah meresap ke dalam hati itu melambangkan keperibadian beliau.
Sepatutnyer kabinet baru ni Pak Lah dilantik jadi Menteri Pertanian (or whatever the name is now).....
Post a Comment