Wednesday, March 11, 2009

Mati Kehausan Dikelilingi Air






Salam,

Ada kawan saya bercerita tentang seorang kawan yang bekerja di kapal di Australia. Kapal ini terlibat dengan syarikat minyak dan gas. Pada kebiasaannya, dia akan berada beberapa bulan di laut untuk menjalankan tugas.

Selama di laut, dia hanya memakan buah-buahan sahaja. Dia tidak sampai hati makan makanan yang disediakan untuk krew kapal kerana makanan tersebut disediakan oleh chef bukan beragama Islam. Makanan tersebut diletakkan dengan arak dan kemungkinan makanan yang haram.

Oleh kerana hanya dia yang beragama Islam dan hanya seorang sahaja orang Malaysia daripada beratus-ratus orang di atas dek, maka suaranya tidak kedengaran. Takkan dek kerana dia seorang, chef terpaksa memasak set yang berbeza. Sekiranya chef tersebut memasak makanan yang halal pun, masih was-was juga kerana tukang masaknya bukan Islam.

Tetapi gajinya, MasyaAllah.. mencecah angka RM 20k. Gajinya dibayar di dalam Australian Dollar. Elaun sahaja mencecah ke angka RM 10k.

Walaupun gaji beribu-ribu, namun di atas kapal tersebut, wang tersebut tidak ada nilainya pada waktu itu. Berapa lama beliau boleh bertahan dengan makan hanya buah-buahan sahaja sedangkan yang lain memakan makanan yang sedap tidak kita ketahui.

Serupa juga orang yang karam di tengah laut. Walaupun air banyak di sekeliling, namun air masin tersebut tidak boleh dibuat minum. Akhirnya, mati kehausan dikelilingi air yang banyak.

Ada orang yang hidup mengumpul kekayaan sehingga setiap duit sen berkira. Berzakat dan Haji jauh sekali. Malah wang untuk makan sendiri dan anak-anak pun sangat-sangat berkira. Walaupun duit di dalam bank berjuta, tapi hari-hari makan nasi, sayur pucuk paku dengan ikan kering.

Maka inila orang yang rugi. Apabila mati, duit berjuta yang tinggal diguna untuk membeli kain kapan. Yang lebihnya dikongsi oleh yag hidup. Maka doalah kepada Allah agar dijauhkan hati kita dari sifat kikir dan bakhil.
Wallahu Alam.



2 comments:

Rohani said...

salam,

Kerana itulah rezeki yang banyak tidak bererti berkat dan rezeki yang sedikit tidak bererti tiada keberkatan. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang mampu membawa kita kesyurga Allah di akhirat nanti. harta yang banyak tiada gunanya, tidak akan dibawa bersama bila kita mati. Semua itu akan bertukar milik kepada org lain. Malah harta yg banyak juga adalah satu ujian yg besar untuk kita. tapi orang kaya yg beriman dan menggunakan hartanya kejalan Allah akan masuk syurga lebih cepat dari org susah... sama-sama kita fikir-fikirkan..

Anonymous said...

salam wan ....aku setuju dgn komen ko kat sini....yups kekayaan yang ada sekarang gunala sebaik mungkin....simpan pun simpan gak....jgn simpan sampai kita tak nikmati.....so gunakan duit kita sebaik mungkin....dah kaya guna duit yang ada and nikmatilah...segala2nya..... rebutla masa muda mu sebelum datang tua mu......

wsalam

Related Posts with Thumbnails