Saturday, April 25, 2009

Dulu Selsema Burung.. Sekarang Selsema Khinzir..

Salam,

Sejenis virus unik dipanggil Selsema Khinzir yang dijangka telah membunuh hampir 68 orang di Bandaraya Mexico mencetuskan panik di sana. Virus baru tersebut yang merupakan gabungan unsur genetik daripada khinzir, burung dan manusia tidak pernah dikenalpasti oleh mana-mana saintis sebelum ini. Walaupun 68 orang telah meninggal dunia dikaitkan dengan selsema khinzir ini, hanya 20 orang yang betul-betul disahkan meninggal dunia akibat virus ini.

Kisah wabak ini yang menular di Mexico telah menyebabkan lebih 1000 orang jatuh sakit. Ini menyebabkan ramai orang mula memakai topeng muka dan kebanyakan tempat-tempat perkumpulan awam ditutup.

Setakat ini belum ada vaksin yang dicipta bertindak spesifik terhadap virus selsema khinzir ini. Dan tidak dapat dipastikan bahawa vaksin-vaksin selsema yang ada serta vaksin selsema burung seperti tamiflu berkesan untuk memberi perlindungan terhadap selsema khinzir.

Apa yang dikhuatiri, selsema khinzir ini jika tidak dikawal boleh merebak ke seluruh dunia dan menyebabkan pandemik di seluruh dunia seperti selsema burung.

Kerajaan Mexico mengarahkan agar orang ramai cuba mengelakkan diri daripada ke Hospital kecuali jika terdapat kecemasan kerana hospital di sana adalah pusat penyebaran jangkitan. Orang ramai juga diarahkan agar mengelakkan daripada bersalam-salaman dan mencium pipi untuk mengurangkan jangkitan. Di lapangan terbang antarabangsa Mexico, para penumpang disoal siasat dan diperiksa untuk mengelakkan mana-mana penumpang yang dijangkiti menaiki kapal terbang dan akhirnya meyebarkan virus tersebut.

Pakar wabak selsema dari Universiti Michigan, Dr. Arnold Monto berpendapat bahawa sebelum ini memang sudah wujud kes virus selsema khinzir di dalam badan manusia hasil dari hubungan terus di antara manusia dan khinzir. Menurutnya yang ini agak berbeza.

Centre of Disease Control (CDC) di Amerika Syarikat berpendapat, terdapat kombinasi unit virus yang dijumpai ini kerana segmen genetiknya tidak pernah dijumpai pada mana-mana khinzir mahupun manusia. Virus ini mempunyai campuran segmen genetik daripada manusia, segmen virus selsema burung dari Utara Amerika dan virus khinzir dari Eropah, Asia dan Amerika Utara.

Pada tahun 2003, wabak SARS telah melanda Asia dan Beijing telah menerima kesan yang teruk. Pada Mac 2008, Hong Kong pula mengalami nasib yang serupa.

Virus yang baru ini dijangka boleh membunuh ramai manusia dan merebak dengan cepat kerana hibrid kombinasi genetiknya unik dan manusia masih belum boleh menghasilkan antibodi semulajadi untuk melawan virus ini dalam masa yang begitu singkat.

Pada pendapat saya sendiri, kita bersyukur kerana Allah tidak menjadikan khinzir ini boleh terbang seperti burung. Di dalam kes selsema burung, burung yang terkena jangkitan boleh menyebarkan virus tersebut kepada manusia tanpa sempadan kerana kebolehan terbangnya.

Yang boleh menyebabkan ia tersebar sekiranya kita mengimport khinzir-khinzir hidup dari luar negara, atau khinzir di Malaysia terkena virus selsema ini dan merebakkannya kepada manusia.

Apapun, sekiranya khinzir terpaksa dibunuh, ini boleh menyebabkan harga daging lembu atau ayam akan meningkat kerana permintaan yang tinggi akibat penukaran gaya hidup pemakan khinzir kepada pemakan daging atau ayam.

Wallahu Alam

9 comments:

Anonymous said...

tapi saya rasa bagus juga kalau khinzir ini harus dibunuh...
sperti masalah kita di Malaysia, ladang2 ternakan berada berdekatan dgn kawasan penempatan masayarakat Islam, yg mana memberi masalah kepada mereka sendiri..
bukan bersikap prejudis terhadap haiwan ini, tp hakikatnya kita sendiri tahu daging haiwan tersebut sendiri mengandungi lemak dan kolestrol yg tinggi..
dan pertukaran gaya pemakanan ini sendiri mungkin dpt membantu ekonomi rakyat kita sendiri yg mana boleh membuka peluang pekerjaan dan perniagaan..
tapi semuanya bergantung kepda pendapat masing2..

Anonymous said...

lau x kberatan leh sy tau ape simtom2 penyakit ini..?

Saat said...

"Dr. Arnold Monto berpendapat bahawa sebelum ini memang sudah wujud kes virus selsema khinzir di dalam badan manusia hasil dari hubungan terus di antara manusia dan khinzir."

Mungkinkah ini punca terhasilnya virus pelik ini? Atau adakah mungkin memang ada saintis gila yang dengan sengaja menghasilkan virus baru hasil kacukan secara geneti dari manusia, babi dan burung? Agak mengherankan jika virus ini menjadi mutant dan kemudiannya disebarkan oleh burung peghijrah. Lautan pasifik bukan laluan untuk burung berhijrah dari negeri 9 ke hong kong ke mexico. Tiga-tiga negara adalah negara tropika, sedangkan burung biasanya berhjirah pada hemisfera yang berlainan. Virus bukan haiwan, tak bergerak sendiri apatah lagi terbang merentasi benua.

Apa yang nyata virus ni macam dari satu keluarga - H1N1, macam hampir dengan H5N1. Tapi apa yang jelas, setiap kali ada wabak mesti babi terlibat sama. Adakah babi menjadi 'jambatan' kepada virus dan penyakit untuk menyeberangi dari haiwan kepada manusia? Dr, adakah dulu-dulu penyakit seumpama ini boleh menyebrang dari haiwan kepada manusia?

Anonymous said...

Orang yang patut kena penyakit ni ialah MB Selangor dan geng2 dia dari DAP,PKR dan Pas yang sibuk bertungkus-lumus mempertahankan ladang ternakan babi di Selangor tu...biar depa tau knapa Allah Taala mengharamkan babi...biar mereka tahu sikit hukum halal haram dan hikmah dari Allah...bukan hanya pandai nak ambil hati orang kafir sampai sanggup halalkan yg haram...

Dr Azwan said...

Anon : Ada kebaikannya dan ada keburukan. Seperti saya tulis, hakikatnya, tuhan jadikan khinzir ada sebabnya. Even dengan adanya khinzir, penternakan lembu dan kambing sekarang pun tidak dapat menampung keperluan daging untuk makanan kita. Jika semua khinzir dibunuh, dan semua manusia makan lembu dan kambing, maka harga daging kambing dan lembu akan meningkat dengan kadar yang kita pun tak mampu nak beli. Even ikan dan ayam pun nanti akan naik harga. Saya fikir yang kaya adalah peniaga lembu dan kambing, dan yang merana nya adalah pembeli. tapi saya setuju pendapat tuan, daging khinzir banyak lemak dan kolestrol :).

Anon 2 : simptom nya adalah selsema, batuk, demam, muntah dan cirit birit.

Saat : Virus mutan boleh. Kalau tak silap saya virus ebola dulu hosnya monyet. Even HIV pun dulu asalnya daripada monyet. Bila ia mengalami mutasi genetik, maka ia merebak. Avian flu dikatakan satu senjata biokimia yang pada asalnya digunakan untuk peperangan. Begitu juga ebola. Tak tahu sejauh mana cerita ini benar. Mungkin taktik sesetengah pengeluar vaksin yang nak mengaut keuntungan... Macam cerita movie V for Vendetta... waaaahh..

Anon 3 : Saya fikir yang patut kena dulu Ketua Menteri Melaka sebab Ladang babinya lagi besar.. waahahaha! Cadangan Selangor untuk memusatkan sistem penternakan babi lebih memudahkan pemantauan. Kalau kena selsema babi pun senang nak bunuh babinya. Sebab dah setempat. Kalau kat Melaka bersepah-sepah kan susah. :)

Mak iti kawan Yus said...

Aku setuju dgn ko Wan, kalau semua babi dibunuh, nanti orang MCA, Gerakan pun tak leh makan.
Tempat aku dah buat research masa JE virus melanda, the only solution utk eradicate the virus is by eradicating the host(pig).
Tapi sebab 30% M'sian population ni consume pork, the only way is buat sistem ternakan bersepadu mcm yang hang cakap tu lah.

max said...

"Orang yang patut kena penyakit ni ialah MB Selangor dan geng2 dia dari DAP,PKR dan Pas yang sibuk bertungkus-lumus mempertahankan ladang ternakan babi di Selangor tu...biar depa tau knapa Allah Taala mengharamkan babi...biar mereka tahu sikit hukum halal haram dan hikmah dari Allah...bukan hanya pandai nak ambil hati orang kafir sampai sanggup halalkan yg haram..."
----ni satu lagi komen orang buta hati.tu projek anak toyol perasan ensem la wei.rasionallah sikit.kalau projek tu ada baiknye tak perlu la diberhentikan.babi tu untuk org bukan islam.yang nko macam kena sawan melalut ni apasal?belum apa apa dah kena sawan babi..tolong pantau sikit komen bangang ni wan...

Dr Azwan said...

sapa-sapa boleh komen di sini. tiada halangan. Tapi kalau cerita politik memang tak habis punya. berkait-kait. so, kalau sangkut pasal politik, kena ada sikit common sense. so blog ni pembangkang boleh, pro kerajaan pun dialu-alukan...

TOGEL SONGAPURA said...

SAYA IBU SRI HASTUTI DARI MEDAN,
DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KI LANTORO DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KI LANTORO DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....

…TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI LANTORO…

**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

…=>AKI LANTORO<=…
>>>082-310-352-761<<<

Related Posts with Thumbnails