Monday, May 4, 2009

Mahalnya...




Salam,

Saya geram betul semalam.

Anak saya Irfan Auzai'e tidak beberapa sihat. Badannya agak panas dan kerap merengek. Ada batuk-betuk kecil dan selsema.

Di dalam peti ais ada beberapa botol syrup paracetamol dan syrup rhinothiol yang memang disimpan sekiranya ada demam, batuk dan selsema. Cuma yang tiada hanya picagari.

Kalau si Irfan Auzai'e demam atau selsema, kena bagi ubat guna picagari. Kalau guna sudu habis semua kena sembur. tapi kalau guna picagari, dia cuma marah mula-mula sahaja. Tapi ubat tu akhirnya ditelan juga.

Jadi misi saya semalam semasa pulang ialah untuk membeli satu unit picagari. Kalau di Cheras di Jalan Connaught menuju ke arah Kajang tu, berhampiran GIANT, kiri kanan jalan memang ada 3,4 klinik. Jadi saya fikir mudah lah untuk membeli picagari.

Oleh kerana sudah pukul 10 mlm, banyak klinik yang sudah tutup. Yang ada sebuah klinik bernama Klinik Medivir**. Saya pun berhenti di hadapan klinik dan masuk. Pembantu klinik warga Indonesia tidak faham apabila saya memberitahu saya nak beli "syringe 10 cc".

Saya mengambil kertas dan menulis perkataan syringe dan menyerah kepadanya. Di masuk ke dalam dan selang beberapa lama keluar sambil meletakkan satu unit picagari 10 cc di hadapan saya.

Saya pun mengeluarkan dompet dan bertanya, "berapa ye harganya?". Saya mengeluarkan wang RM 1 dari dompet. Harganya kalau di klinik saya dahulu dalam RM 0.50. Mungkin paling mahal pun RM 1 fikir saya.

"Sepuluh", kata pembantu klinik warga Indonesia yang berbaju merah jambu itu.

Saya bertaya semula, "Sepuluh sen?"...

Murah gampaaaaang!.. kata hati saya... meminjam loghat Indonesia..

Dia tersengih-sengih...

"Sepuluh ringgit cik!"... ujarnya.

Berhenti sekejap jantung saya. Seperti terasa terkena serangan "Myocardial Infarction" selama beberapa saat akibat darah berhenti mengalir ke beberapa arteri utama di jantung.

Adrenaline mula meningkat dan peluh "jantan" mula mengalir.

Ingin sahaja saya mengamuk dan meluru masuk ke dalam bilik rawatan berjumpa doktor yang bertugas di dalam. Tapi drama itu berhenti di setakat itu sahaja. "Tak jadilah... mahal sangat!", kata saya. Saya memasukkan wang RM 1 saya ke dalam dompet.

Sempat juga saya bercakap sorang-sorang ketika perjalanan keluar sambil mencebik muka. "Gila ke apa, syringe harga RM 10...".

Saya masuk ke kereta dan dengan rasa kecewa saya pun pulang ke rumah. Tiba-tiba teringat pula ke Poliklinik Gomez 24 jam berhampiran rumah.

Masuk sahaja ke klinik, seorang pembantu klinik menyapa saya. Saya kata saya nak beli syringe 10 cc untuk anak saya yang demam.

Pembantu klinik itu pun menghulur picagari 10 cc tersebut dan meletakkan di hadapan saya.

"Berapa harga?", saya bertanya.

"Tak payah encik, percuma sahaja", jawabnya. Saya pun berterima kasih dan berlalu pergi.

Terima kasih Poliklinik Gomez.

Sedih betul mengenangkan klinik Medivir** itu. Kalau nak untung, letak RM 2 pun saya beli. Ini nak untung beratus-ratus kali ganda. Macamana ambik untung banyak2 macam tu daripada orang sakit.






16 comments:

AZANI said...

Dr: Picagari auto kot?

siti nurbaiya said...

isk.. mahal sungguh...
tapi kalau bagi ibu bapa yang terdesak atau tak tahu harga memang beli ajer..
sebab tu kerajaan kena pantau harga treatment kat private clinic nih...

Ijah @ Fariza said...

selalunya free jerkan...tak penah pulak kene bayar..

RM10...mahal tu.

هدايه يسٓ / Hidayah Yassin said...

gilalah mahal...paling mahal pun rm 0.50 tu je...selalu sy kat klinik kalu patient mintak, bg saja...sekalian dengan ubat2nya...kalau jual pun 50 sen je...jarang sgt nak jual...klinik tu kenapa macam tu? atau pun pembantu klinik tu yg tatau kot harga sebenar?

Anonymous said...

harga syringe kat guardian kat cameron pon rm10 gak..kensel beli..mahai sgt...

-makcik adk77-

-NaNa- said...

hmm.. rasanya mat/minah indon tu saja je letak harga tu... wat makan malam die... masuk poket sendiri ape..

Saat said...

Oooo... tu picagari saintifik tu. dah dicalibrate. Tepat hingga 5 tempat perpuluhan. Selalu digunakan oleh 'doktor pakar' kat lorong hj taib. Tulah pasal dia jual harga mahal, street price!

Dr Azwan said...

saya terfikir juga dia ingat saya ni penagih dadah ke apa.. wahaha :)

Afyan said...

Pembantu klinik tu indon kan?

Mungkin dia maksudkan 10 rupiah sahaja :)


AFYAN
www.afyan.com

Anonymous said...

konpem die xtau hrga syringe 2..ahaks =D

tiram said...

haha MEDIVIRON kan kan kan..kekekeke

kelate_girl79 said...

dah mlm2 dia pk masuk poket die la tu...satu lg mgkin dia ingat doc xtau yg ianyer percuma sebab doc tanye harga kan..tu pasai dia main hantam 10 inggit..leh bli mkn mlm..biasa kat kinik mmg free jer kalau mintak..

Anonymous said...

bukan ker semua doktor2 cam tu...mengambil kesempatan atas kesempitan.....Dah banyak kali terkena dgn klinik2 atau pusat rawatan ni....yg islam ker atau yg tak islam pun samer jer.....

Dr Azwan said...

Anonymous : Ya... semua doktor swasta macam tu. :) Kalau tak nak doktor yang diambil kesempatan (diambil duit sebenarnya), boleh melawat hospital kerajaan... percuma. (Saya bergurau tetapi ada makna..)

Hindi Choti said...



Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Jibon Das said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Sexy Actress And Models Picture/photo

Related Posts with Thumbnails