Salam,
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Sifu Puan Ainon dari PTS Publishing yang telah pada hemat saya berjaya menyampaikan hujah yang hebat, ketika dijemput menjadi salah seorang panel dalam sebuah rancangan forum kelolaan RTM malam tadi.
Saya amat terkesan dengan pandangan balas Puan Ainon dan rakan rakan panelis seperti Saudara Khair Ngadiron (Bekas Deputy Dean Matrik UIAM dulu) dan seorang lagi panelis ketika disoal oleh Moderator Tuan Sayed Munawwar (a.k.a Abang Chik).
BUDAYA PEMBACAAN ILMU MELALUI BAHASA IBUNDA
Memang benar, melarik minda kelas pertama di kalangan orang Malaysia bermula dengan budaya pembacaan buku. Penterjemahan ilmu ke dalam bahasa Malaysia perlu dirintis kerana melalui ilmu yang diterjemah ini ke dalam bahasa yang difahami mendatangkan minda yang lebih terbuka dan objektif.
Di dalam hal ini, Puan Ainon memberi beberapa contoh-contoh yang baik seperti bagaimana orang Eropah terkebelakang selama seribu tahun kerana ilmu-ilmu yang ada ketika itu dipelopori oleh bahasa asing ilmu iaitu bahasa latin. Hanya setelah bahasa tersebut diterjemah kepada bahasa ibunda negara itu sendiri, maka zaman pencerahan mula berlaku dan negara eropah menjadi negara-negara besar seperti sekarang.
MASUK TEPUNG KELUAR TEPUNG
Apabila buku-buku tidak diterjemah ke dalam bahasa sendiri, ilmu sains yang datang dari barat dianggap sebagai sesuatu yang asing. Ini berlaku di Filipina. Di Filipina, sains di ajar di dalam bahasa Inggeris, tetapi adakah orang Filipina lebih hebat sainsnya daripada Orang Jepun, Korea atau Perancis yang belajar sains di dalam bahasa ibunda mereka sendiri? Jawapannya tidak.
Apabila diterjemahkan ke dalam bahasa ibunda negara itu sendiri, maka rasa "self belonging" kepada ilmu itu akan timbul. Rasa menghargai ilmu tersebut sebagai hak sendiri menyebabkan pecambahan minda saintifik dan ia akan berkembang. Maka jadilah satu tamsil iaitu tepung yang masuk akan diuli dan diadun menjadi roti.... bukan masuk tepung keluar pun tepung juga.
Perbandingan yang Puan Ainon bawa iaitu semua negara-negara besar, maju dan kaya di dunia ini menggunakan bahasa ibunda sendiri sebagai bahasa tunjang untuk menghayati ilmu dan akhirnya meningkatkan peradaban dan tamadun.
TIADA PERUNTUKAN UNTUK PENERBITAN BUKU?
Menurut Puan Ainon, tidak ada peruntukan kerajaan untuk pinjaman menerbitkan buku. Beliau membuat pinjaman menerbitkan buku daripada bank-bank "cina". Betul juga apabila beliau menyatakan bahawa kerajaan memberi peruntukan untuk menerbitkan filem-filem sehinga berpuluh juta ringgit, sedangkan tiada peruntukan untuk penerbitan buku?
Malah beliau mencadangkan agar Kementerian Pelajaran memperuntukkan dana RM 1 billion dan diserahkan kepada Institut Penterjemahan Negara untuk menjana projek penterjemahan di negara ini. Dengan ini lebih banyak lagi buku-buku yang berkualiti diterjemah sekaligus meningkatkan lagi budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Ada yang mengatakan bahawa, bisnes buku tidak menjamin pulangan yang memberangsangkan. Ini disangkal oleh Puan Ainon. Jika nak dikatakan buku tiada nilai pasaran di Malaysia, jualan buku PTS naik 50% setiap tahun. Ini bermakna seolah-olah penjualan buku yang diterjemah keluaran PTS Publishing adalah "Mesra Gawat" ataupun "Recession Proof" di dalam kegawatan ekonomi sekarang.
Oleh kerana kerajaan tidak memberi peruntukan pinjaman kepada syarikat penerbitan buku untuk menghasilkan lebih banyak buku, maka pasaran buku sebenarnya adalah berdasarkan refleksi sebenar daripada permintaan pelanggan buku. Sekiranya ada peningkatan kepada permintaan buku maka ia adalah sebenarnya permintaan terus daripada pelanggan bukannya orang tengah. Maka tidak hairanlah, terdapat terlalu banyak judul buku telah habis cetak dan tidak dapat dipasarkan ke pasaran terbuka.
TAIWAN vs MALAYSIA
Saya tertarik dengan perbandingan negara Taiwan yang dari segi populasinya mempunyai bilangan yang hampir sama dengan Malaysia.
Walaupun bilangannya sama tetapi mereka menghasilkan 2 kali ganda judul baru buku daripada Malaysia. Ini menunjukkan bahawa negara Taiwan lebih aktif menghasilkan bahan bacaan dan membawa konotasi bahawa peningkatan kepada budaya pembacaan di Taiwan semakin mengukuh berbanding di Malaysia.
Akhir kalam, untuk melarik minda kelas pertama kita memerlukan tamadun ilmu yang unggul berasaskan pembacaan buku-buku yang mengandungi ilmu tersebut. Mengapa pihak bertanggungjawab boleh memperuntukkan wang berpuluh juta kepada penerbitan filem-filem Malaysia yang pada pandangan saya masih di takuk lama, sedangkan penerbitan dan penterjemahan buku-buku adalah lebih penting untuk melahirkan generasi berilmu dan berwawasan. Jika kita hairan anak muda kita lebih suka menonton TV daripada membaca buku, maka kita harus fikir kembali arah tuju kita untuk menyemai budaya berilmu.
7 comments:
TV terlalu menghidang hiburan kosong banyaknya yang makin meruntuhkan tamadun bangsa merosakkan bahasa dengan kemunculan kumpulan muzik muda yang menyanyi bahasa Melayu berbunyi ala Inggeris diangkat di juara lagu digilai muda mudi. Ternyata mereka perlaksana tegar acuan barat mengakrabi sesuatu yang boleh mengukuhkan mereka berkuasa. Saudara istilah bahasa Melayu dulu kini dan selamanya tiada bahasa Malaysia dalam lipatan sejarah.
kita peminat buku motivasi dan komunikasi ainon mohamad..
Bosan tgk tv msia skrg semua rancangan menyanyi je.. Sepesen je.. Undi undi kluar undi kluar.. Dah bersepah penyanyi skrg.. Nasib baik i tak jadi penyanyi.. Wah!
salam semua...budaya mambaca harusla dipupuk dari rumah..orang tua kita harus menunjukkan tauladan yg baik utk anak anak contohi...barulah minda kelas pertama di jayakan...
Doktor, berdasarkan pengalaman saya sebenarnya ada banyak faktor yang 'menarik kebelakang' keinginan bakal penulis di negara ini daripada meneruskan hajat mereka. Antaranya:
1. Takut bercanggah / bertentangan dengan polisi pekerjaan mereka sekarang.
2. Tak tahu bagaimana prosedur dan di mana nak terbitkan buku mereka kelak.
3. Tak dapat menyelami buku apa agaknya diperlukan dalam pasaran.
4. Takut nak mula. Alasannya "saya tak pandai menulis". (bukankah kita dah diajar menulis sejak darjah atu lagi?)
5. Bersetuju dengan kata orang ramai bahawa di Malaysia penulis tak ramai, penulis tak boleh berjaya, penulis itu, penulis ini.
Mengenai penyebaran ilmu dalam bahasa ibunda, saya 100% sikong supaya buku apa pun yang kita tulis, utamakan dalam Bahasa Melayu. Saya tak percaya Bahasa Inggeris boleh memajukan rakyat negara Malaysia. Namun begitupun, saya agak terkilan bilamana kurangnya kecenderungan dikalangan penulis yang cuba menulis "di luar kotak". Maksud saya begini, kalau seorang doktor macam Dr Azwan (contohlah, bukan sebetulnya) ingin menulis buku, kecenderungannya adalah menulis buku perubatan yang disasarkan kepada pengamal perubatan. Bahasanya tinggi-tinggi, jargon-jargon yang hanya difahami oleh para doktor. Akibatnya buku itu hanya dibeli oleh beberapa orang doktor sahaja. Mengapa tidak seorang profesional menulis tentang ilmu yang menjadi kemahirannya dalam bahasa "orang biasa?". Jadi orang biasa mudah nak faham dan amalkan. Kalau tak semua, tentu ada beberapa ilmu yang boleh orang biasa berkongsinya.
Mengapa buku terbitan negara ini tak boleh pergi jauh? Mungkin:
1. Promosi kurang.
2. Manfaatnya kurang.
Apabila menulis buku, ramai yang menyangka dia perlu meluahkan apa yang dia tahu dan dia kuasai. bagi saya bila tulis buku, lebih baik menulis apa yang orang lain tak tahu tetapi ingin tahu benar. tak kiralah apa genre buku yang hendak kita tulis. Kalau kita lihat novel harry potter yang begitu tinggi jualannya, pada pendapat saya ia mempunyai unsur tersebut. Pembaca tak pernah tahu cara hidup penuh khayalan ahli sihir tetapi ingin tahu benar mengenainya. Godaan untuk mengetahuinyalah yang menyebabkan orang terus tertunggu-tunggu episod-episod seterusnya. Apakah tidak mungkin untuk buku ilmiah menggunakan taktik tersebut? Tak bolehkah dimasukkan unsur-unsur kreatif seperti mitos, dongeng dan fantasi ke dalam buku ilmiah bagi dipersembahkan kepada orang biasa. Sekurang-kurangnya bila kanak-kanak biasa baca, terbit keinginan untuk mengetahui lebih dalam menganai ilmu tersebut. Sedangkan siri CSI pun penuh dengan dongeng. Tapi lihatlah kesannya, berapa ramai yang mula memberikan perhatian terhadap bidang analisis forensik kini?
Akhir sekali, saya ingin menarik perhatian terhadap Pesta Buku yang sedang berlangsung sekarang ini. Selama dua hari saya mengunjunginya, saya dapati keadaannya amat-amat sesak. Kalah PC fair. Walaupun itu bukan mewakili keseluruhan rakyat Malaysia, namun saya berpendapat bahawa rakyat Malaysia sebenarnya memang minat membaca.
D' Rimba : Penyanyi muda kita tiada identiti? Tu sebab jadi choc fudge.
Nazira Noran.. : Hehehe.. boleh ker? test sikit kan konti?... Nyanyi lagu raya nanti boleh la.. Tuan Asmawi nyanyi lagu raya - wahaha - bersepah sepah... wakakaka!
anon 1 : setuju ya amat.
Saat : Penulis harus bijak mengolah pemikiran pembacanya. Saya ni nak menulis buku tapi belum ada kesempatan. Ada sekali buat pasal hartanah, stop sampai bab ke 5 sahaja. Masa yang ada ni pun tak cukup2. Kertas kerja banyak nak buat. Rasanya kena berhenti tulis blog dulu la.
Yah... sy setuju juga ngan pendpt puan ainon...
sbnrnya pembelajaran dlm bhs ibunda / penterjemahan ilmu drpd bhs asing ke bhs ibunda lebih berkesan... kita akan jd lebih kreatif..... lebih menerokai....
SAYA IBU SRI HASTUTI DARI MEDAN,
DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KI LANTORO DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KI LANTORO DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....
…TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI LANTORO…
**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..
…=>AKI LANTORO<=…
>>>082-310-352-761<<<
Post a Comment