Monday, April 6, 2009

Murnikan Kembali Peribadi Rasulullah SAW





Salam,

Hari Sabtu yang lepas, Dr Farid Shahran, Pensyarah Usuluddin dari UIAM datang untuk memberika tazkirah tetang Rasulullah SAW di Al Islam Specialist Hospital sempena Maulidur Rasul. Sempat saya bertanya pendapatnya tentang beberapa persoalan.

Saya bertanya tentang perarakan ketika Maulidur Rasul sedangkan ada Ulama yang tidak menyetujuinya.

Beliau menerangkan bahawa sekiranya perarakan itu hanya sekadar perarakan, diadakan kerana setiap tahun ada perarakan maka ia hanya sebagai ritual sahaja lebih baik tidak diadakan. Kerana apabila habis perarakan tersebut, maka tidak ada kebaikan yang wujud kepada ummat. Malah ia boleh jatuh haram sekiranya ia melibatkan pembaziran wang rakyat.

Walaubagaimanapun, sekiranya perarakan itu diadakan untuk membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW, apatah lagi di zaman yang seba moden ini, kalangan generasi muda lebih mengenali Peserta Akademi Fantasia atau One In A Million daripada Kehidupan Rasulullah SAW. Maka ianya dianggap harus.

Saya ada memberi pendapat bahawa, terlalu banyak unsur-unsur samada dari luar atau dalam yang menghentam dan mencemar peribadi Rasulullah dengan mengeluarkan kata-kata yang menghina. Ini termasuk amalan poligami yang diamalkan Rasulullah SAW, isu perkahwinan dengan Aisyah, Peperangan dan Jihad dan sebagainya.

Para Ulama mempunyai jawapan yang paling ampuh, bagus dan berkesan untuk diberikan kepada umat Islam. Ini merupakan waktu yang sangat tepat bukan sahaja untuk menjawab persoalan ini kepada musuh Islam tetapi yang paling penting menyampaikan jawapan-jawapan kepada persoalan ini kepada Umat Islam sendiri. Kerana sudah terdapat Umat Islam yang mula sangsi.

Umat-umat Islam yang sangsi ini bukan calang-calang kerana mereka adalah golongan professional. Apabila golongan berpendidikan ini dibiarkan dengan kesongsangan mereka tentang peribadi Rasulullah SAW maka wujudlah golongan-golongan berfahaman Liberal dan yang yang paling berat sekali adalah golongan Anti Hadis.

Golongan anti hadis yang menolak hadis ini menganggap bahawa Rasulullah SAW ini dihantar untuk menyampaikan Al-Quran sebagaimana Posmen menghantar surat. Yang penting surat itu tetapi bukan posmennya!

Sedangkan Saidatina Aisyah RA memberitahu kita bahawa Rasulullah itu adalah model Qur'an dan beliau adalah Al-Quran yang bergerak. Ini merupakan pendekatan yang sepatutnya kita ambil.

Saya kira sudah sampai masanya, pemimpin-pemimpin di Malaysia berbuat sesuatu bagi memberi kefahaman tentang isu-isu semasa yang ditimbulkan dan dimainkan oleh ramai golongan musuh Islam. Memurnikan peribadi Rasulullah SAW adalah jihad. Kurangkan ritual, tumpukan Substantial..

Wassalan

1 comment:

D'Rimba said...

Selagi sibuk menggunakan acuan barat sana sini selagi itulah nilai-nilai Islam makin dijauhi...........Kami anak bangsa amat perlukan tersendiri berteraskan Islam sejati....dan juga seluruh ilmu yang dipelajari digabungkan dengan nilai-nilai Islam itu sendiri bukan seperti sekarang ni terpisah gara-gara menceduk sahaja rujukan barat banyaknya tanpa menterjemahkan ke bahasa sendiri menambah nilai.

Related Posts with Thumbnails