Sunday, June 28, 2009

MB Johor, Prof Ungku Aziz tak sokong PPSMI?

Dipetik dari Malaysiakini.


MB: Laksana PPSMI 'tidak beretika'
Jimadie Shah Othman Jun 27, 09 1:03pm

Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi, kata menteri besar Johor.

"Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman.

"Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia."

Abdul Ghani, juga pengerusi Permuafakan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), mengulas dasar kontroversi tersebut sewaktu merasmikan kolokium mengenai PPSMI anjuran NGO itu di Shah Alam pagi tadi.

Ucapan ringkasnya itu dibacakan oleh Pengerusi Eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin.

Turut hadir, Prof Diraja Ungku Aziz dan seniman Datuk Jins Samsudin.

Abdul Ghani juga berkata, Pembina berpendirian bahawa sebarang perubahan dasar pendidikan mestilah dibuat berdasarkan perancangan rapi, tidak secara tiba-tiba, serta berlandaskan fakta dan data yang sah.

Tambahnya, kajian badan tersebut – yang disokong ahli akademik dari tujuh universiti awam – mendapati PPSMI menyebabkan berlakunya "kepupusan generasi akibat bertambah ramai murid gagal (dalam matapelajaran) Sains dan Matematik" di pelbagai peringkat.

Sementara Ungku Aziz dalam ucapannya selepas itu menyifatkan masalah dalam sistem pendidikan berlaku disebabkan terlalu banyak kompromi pemimpin politik.

"Banyak pemimpin politik luar dan dalam kabinet tentu hendak mencari kompromi. Orang politik suka berkompromi. Bila banyak komporomi, dia tidak boleh berpikir dengan rasional.

"Tambahan lagi, orang politik hendak cepat. Bagi saya, jalan singkat tidak ada," katanya yang kerap bercerita dan berjenaka dalam ucapannya.

Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu.

"Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau guna bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila.

"Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor.

Selain menyokong saranan Pembina supaya PPSMI dimansuhkan di semua peringkat, Ungku Aziz mencadangkan masa pengajaran bahasa diajar secara tetap tiga hingga empat jam seminggu, selain menggunakan kaedah pembelajaran terkini.

"Masa untuk belajar bahasa tidak cukup. Itu kunci kepada semua sekali, perkara pokok sekali. Dalam sistem pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti, masa untuk belajar bahasa itu diberi sedikit sahaja.

"Pendekatannya pun salah. Banyak orang (pemegang) PhD bawa teori lapuk sepuluh tahun lalu. Dia lupa, apa dia belajar dulu orang lain sudah tukar (hari ini)," katanya.

Pembina pertama kali mengedarkan dan membentangkan kajian PPSMI mereka kepada umum hari ini. Dokumen itu pernah diedarkan kepada peserta Kongres Melayu ke-2 penghujung Mac lalu di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.

Selain laporan itu setebal 200 halaman, dua lagi kajian berhubung pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dihasilkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) turut dibentangkan.

9 comments:

Anuar Manshor said...

Huh berdebar-debar menanti keputusannya. Khabarnya pada minggu ini.

a kl citizen said...

hanya cikgu2 yang berdepan dengan murid2 ni tahu dan faham situasi sebenar....

laporan, kajian kadang2 tak menepati...

sepatutnya, jadi macam Khalifah Umar, kena gi sendiri, masuk sekolah tanpa keluar surat nak datang, duduk bersama pelajar ...jangan pilih sekolah2 ternama sahaja...

Anonymous said...

Salam,

Kuning pulak. Pijar jugak mata ni.

Faizal

Nik A said...

Datuk Abdul Ghani Othman:
"Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata menteri besar Johor.


>>>>> SAYA SETUJU <<<<<
> SEORANG YANG BERANI DAN RATIONAL DALAM PENDAPATNYA<


Prof Ungku Aziz::
"Masaalah disebabkan terlalu banyak kompromi pemimpin politik
pemimpin politik - SUKA TUKAT HALA TUJU/DASAR PEMBELAJARAN SESUKA HATI...


>>>>> SAYA SETUJU <<<<<
>DALAM 30+ tahun... macam macam slogan masuk and keluar/di tinggalkan. 3m/3r/... Semua ada baiknya... tapi tiada perlaksanaan yang berlanjutan (no finishing/no one want to finish it. Pengarah KPM may not be interested. bec. no sense of of ownership.>

Anonymous said...

Salam,
saya pernah mengajar di hulu kelantan as guru sementara.Kalau saya mengajar dalam bahasa Inggeris,muka-muka suci dalam kelas tu akan terkebil2 lah. Kalu dalam BM, boleh lah jawab. Bukan mereka tak pandai, tapi not their mother tongue. Kalu tambah masa pembelajaran BI, saya setuju.
PPSMI sesuai dengan budak bandar yang rata2 nonbumi or anak melayu elite

kucau said...

tungku and MB johor ni tak belajar sains. Cuba bagi contoh Dekan fakulti perubatan ke baru adil skit. Prof2 sains yg tukang translate english ke melayu ke bagi pandangan ade la weight skit... tungku aziz? ade ke clue sains dan matematik?

Awang said...

Kucau, saya belajar sains dan saya mempraktikkan sains dengan serius ketika ini. Saya tak tahu latar belakang anda tapi yang saya tahu idea PPSMI ni memang membuang masa, membunuh bangsa dan mempunyai agenda perniagaan bersalurkan politik yang amat kuat. Untuk pengetahuan kau Ungku Aziz (bukan tungku) dan Datuk Ghani cakap bukan sekadar cakap. Mereka dah buat kajian mendalam dulu, walaupun mereka 'tak belajar sains'.

Biras aku ada cakap (guru sekolah menengah), ada sorang pelajar di sekolah dia yang tak pernah lulus apa-apa mata pelajaran kecuali Bahasa Malaysia. Semua guru termasuk Guru Besar jangkakan dia ni akan gagal dengan cemerlang. Tapi bila keputusan SPM keluar bukan setakat dia lulus, malahan dapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Sekolah tu mencatatkan keputusan 100% lulus tahun tersebut. Apa maknanya? Maknanya demi untuk membuktikan dan menyokong idea PPSMI ini, markah lulus telah direndahkan serendah-rendahnya. Tak tahulah apa akan jadi pada kualiti pelajar sekolah tu di masa depan. Kalaulah pelajar kacang hantu jadi doktor, apa penyakit la agaknya yang dia akan rawat?

Pihak yang menyokong PPSMI mempunyai kepentingan perniagaan yang amat besar dalam projek ini. Salah satunya adalah pembekal projektor LCD dan komputer riba.

Dalam hal meminta pendapat, tak kan kita nak tunggu orang yang tukang terjemah sahaja yang kita terima pendapatnya. Kalau macam tu, lebih baik kau tanya pada perisian komputer; dia yang buat terjemahan macam kucau cakap tu.

Seperti anan di atas, saya juga setuju bahawa adalah lebih baik dan bijak menambah masa pembelajaran Bahasa Inggeris daripada menyerapkannya dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Untuk balasan komen ini, saya hanya gunakan Bahasa Malaysia 100%. Boleh faham kan? Tapi kenapa kucau nak tulis satu setengah baris pun terpaksa campur perkataan Inggeris? Salah pulak tu!

Dr Azwan said...

Awang : Kucau tu doktor.

Kucau : Dekan Prof Sains, medic pun kalau bagi statement akan hilang weightnya pasal hal ni kalau nak dibanding dengan authentic studies yang dibuat oleh pakar di institut pengajian Tinggi.

Hindi Choti said...



Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails